Nike membatalkan tajaan keatas bintang tinju Filipina, Manny Pacquiao setelah dia mengeluarkan kenyataan mengatakan golongan homoseksual adalah lebih teruk dari binatang.
Bagaimanapun, peninju berusia 37 tahun itu menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf.
Jenama sukan terkemuka dunia, Nike menganggap kenyataan itu terlalu menghina dan membuat keputusan drastik untuk menarik penajaan.
"Nike secara keras tidak menyokong sebarang perkara yang berbentuk diskriminasi dan dari dulu lagi kami menyokong hak golongan LGBT," kata Nike dalam kenyataan yang dikeluarkan.Pacquio membuat kenyataan itu ketika dalam sesi wawancara dan bertindak mempertahankan kenyataan itu.
"Saya cuma berkata perkara yang benar seperti mana di tulis dalam Bible," katanya dalam wawancara tersebut.
Sementara itu dalam laman Facebook miliknya dia berkata dia tidak mengkritik golongan LGBT tetapi sekadar tidak bersetuju dengan perkahwinan diantara golongan homoseksual.
Pacquiao bakal kembali dari persaraan pada bulan Mei untuk berdepan lawan dari Amerika Syarikat, Timothy Bradely di Las Vegas sebulan selepas itu.