KUALA LUMPUR: Impian peminat tempatan untuk menyaksikan skuad Harimau Malaya berentap dengan Jepun pada jendela perlawanan antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), September depan tidak kesampaian selepas pasukan nombor satu Asia itu mempunyai komitmen lain.
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin, bagaimanapun berkata tiga pasukan lain berminat untuk menguji skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon dalam tempoh tersebut iaitu Taiwan, China dan Kuwait.
Menurut beliau pasukan negara masih berpeluang bertemu skuad Samurai Biru, sekiranya diundi bersama dalam pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bermula November ini, selain ketika dalam persediaan terakhir sebelum menghadapi Piala Asia 2023 di Qatar pada Januari 2024.
"Kita sepatutnya berjumpa Jepun tetapi mereka ada komitmen dan kita sudah ada pasukan lawan lain, mungkin kemudian kita akan jumpa (dengan Jepun). Pan Gon akan melihat peluang itu selepas November.
"Sepatutnya selepas November sudah perlu lawan dengan pasukan lebih besar tetapi ada kemungkinan berjumpa pada Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027, Jepun dan Korea Selatan... atau mungkin Disember sebelum pergi ke Doha," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Pada masa sama, disebabkan faktor lokasi, Hamidin secara peribadi merasakan Taiwan dan China merupakan lawan ideal pasukan negara yang merancang untuk beraksi di luar pada September, namun beliau berkata Pan Gon terlebih dahulu akan membuat pilihan.
Sebelum ini, Hamidin memaklumkan FAM sedang menunggu jawapan berhubung perancangan mengadakan aksi persahabatan antara Malaysia dan Jepun pada jendela perlawanan antarabangsa FIFA pada September.
Kali terakhir Malaysia membuat perhitungan menentang Jepun, yang juga juara Piala Asia empat kali, pada aksi persahabatan ialah pada Piala Cabaran Kirin 2004 yang menyaksikan pasukan negara tewas 0-4.
Sementara itu, Hamidin berkata pasukan negara merancang untuk berangkat ke Doha 10 hari lebih awal sebelum saingan Piala Asia 2023 membuka tirai bermula 12 Jan hingga 10 Feb bagi melakukan persiapan terakhir.
Malaysia mencipta sejarah layak secara merit ke Piala Asia selepas 42 tahun pada Jun tahun lepas.
Kali terakhir Malaysia beraksi di Piala Asia adalah pada edisi 2007 ketika menjadi tuan rumah bersama, namun lebih empat dekad gagal layak secara merit sejak edisi 1980 di Kuwait.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 09 2023
Hamidin (gambar) secara peribadi merasakan Taiwan dan China merupakan lawan ideal pasukan negara, namun katanya, Pan Gon terlebih dahulu akan membuat pilihan. - Gambar fail
Lapan perjalanan feri Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi batal akibat ombak kuat
Lapan perjalanan feri laluan Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi terpaksa dibatalkan berikutan keadaan ombak besar, hari ini.
Teroka kawasan bukan jelapang, atasi pengurangan tanah
Selain terus memberi tumpuan kepada kawasan jelapang padi, Pensyarah di Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Muhamad Shakirin Mispan berkata, Malaysia perlu meneliti potensi kawasan bukan jelapang serta memanfaatkan teknologi pertanian untuk meningkatkan produktiviti.
Zaim Ikhwan, Ismanira akan mohon kes abai Zayn Rayyan ditarik balik
ibu bapa Zayn Rayyan akan menghantar representasi supaya pertuduhan mengabai kanak-kanak itu yang dikenakan terhadap mereka, ditarik balik.
[TERKINI] Mohkzani dan Mirzan sudah isytihar harta
Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mengisytiharkan harta mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Petronas taja biasiswa RM320 juta kepada 600 pelajar cemerlang SPM
Petronas mengumumkan penajaan biasiswa berjumlah RM320 juta kepada 600 pelajar SPM 2023 di bawah inisiatif Powering Knowledge.
AWANI Ringkas: Sistem dianggap tidak berkesan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sembilan maut, Lubnan umum penutupan sekolah dan institusi pendidikan
Menteri Pendidikan Lubnan Abbas Halabi juga menyeru "masyarakat global untuk menghentikan mesin pembunuh Israel, yang tidak menunjukkan belas kasihan."
Pas kesal, dukacita dengan kenyataan Saifuddin Nasution
Tuan Ibrahim berkata, sepanjang Muktamar Pas berlangsung, tiada satu nama disebut dan diserang oleh Presiden Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam ucapan beliau.
Kebakaran hutan: Brazil berdepan kekurangan sumber
Menurut Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva, kenyataannya ketika ini adalah negara berdepan kekurangan sumber yang diperlukan, termasuk anggota bomba dan anggota pertahanan awam, untuk menguruskan wabak kebakaran dengan berkesan.Menurut Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva, kenyataannya ketika ini adalah negara berdepan kekurangan sumber yang diperlukan, termasuk anggota bomba dan anggota pertahanan awam, untuk menguruskan wabak kebakaran dengan berkesan.
Taufan Yagi: Tindakan balas kemanusiaan antarabangsa diperlukan di Myanmar
Negara jiran Myanmar mesti mengetepikan politik dan membuka sempadan mereka bagi membolehkan bantuan kemanusiaan antarabangsa kepada rakyat negara itu melalui pihak berkuasa penentangan dan rangkaian masyarakat sivil.
'Sebelum ini mustahil, tapi saya mula yakin wakili Harimau Malaya' - Mats Deijl
Pemain pertahanan kelab Liga Eredivise, Go Ahead Eagles, Mats Deijl teruja mahu menyertai Harimau Malaya.
Presiden FAM terima Darjah Kebesaran, kini bergelar Tan Sri Hamidin
Presiden FAM Tan Sri Hamidin Mohd Amin hari ini dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.
FAM akan bentang struktur organisasi Harimau Malaya kepada Perdana Menteri - Hamidin
FAM berjanji untuk membentangkan struktur organisasi pengurusan skuad Harimau Malaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ejen Park Hang-seo sudah adakan perbincangan dengan FAM
Ejen kepada bekas jurulatih skuad kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo, dilaporkan sudah memulakan perbincangan dengan Presiden FAM.
Faisal Halim terharu keprihatinan Hamidin, FAM
Faisal Halim meluahkan rasa terharu di atas kepekaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjaga kebajikan pemain skuad kebangsaan.
Park Hang-seo calon kemudi Harimau Malaya - Hamidin
ASEAN Football menyatakan bekas ketua jurulatih Vietnam, Hang-seo, merupakan salah seorang calon untuk mengambil alih skuad Malaysia.
Wan Kuzain sarung jersi Harimau Malaya
Hamidin berkata, sepatutnya Wan Kuzain menyertai pasukan pada Pestabola Merdeka kali ini, namun tidak bernasib baik kerana mengalami kecederaan.
Kim Pan-gon tidak profesional, FAM jadi mangsa - Hamidin
Datuk Hamidin Amin, menyifatkan Kim Pan-gon, sebagai tidak profesional susulan tindakan pengendali dari Korea Selatan itu meninggalkan Malaysia.
Sudah tiba masanya Azizulhasni jadi jurulatih
Hamidin berkata, pengalaman dimiliki Azizulhasni amat bernilai kepada atlet pelapis trek berbasikal negara.
Olimpik Paris 2024 gagal? Hamidin minta semua pihak berpijak di bumi nyata
Ketua Kontinjen berpendapat, sebahagian besar atlet yang mewakili negara menunjukkan peningkatan dari segi rekod dan prestasi pada Olimpik Paris 2024.