KUALA LUMPUR: Malaysia nyaris meruntuhkan 'tembok besar' China apabila mengikat pasukan di ranking ke-80 itu dengan keputusan 1-1 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Phoenix Hill di Chengdu, China hari ini.
Keputusan itu menyaksikan skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon yang berada pada kedudukan ke-136 dunia, berjaya mempertahankan rekod tanpa kalah dalam enam aksi persahabatan selepas mencatat empat kemenangan dan satu seri sejak Mac lepas.
Pada pertembungan hari ini, Malaysia yang mencatat keputusan seri 2-2 dengan Syria pada Rabu lepas, mengejutkan China menerusi jaringan Darren Lok pada minit kedua namun dibatalkan selepas Mohamad Faisal Abdul Halim yang melakukan hantaran berada dalam posisi ofsaid.
Kekecewaan tersebut pantas ditebus pasukan negara yang berjaya merobek gawang skuad bimbingan pengendali Aleksandar Jankovic dari Serbia pada minit ke-11 menerusi rembatan leret kencang Mohamad Faisal dalam kotak penalti selepas menerima hantaran Muhammad Akhyar Abdul Rashid.
Malaysia terus mengasak namun Muhammad Akhyar terlepas peluang keemasan di depan gawang untuk meletakkan pasukan selesa mendahului apabila lambat melepaskan rembatan yang menyaksikan pemain pertahanan Gao Zhunyi bertindak cemerlang mengeluarkan bola pada minit ke-33.
Tiga minit berselang, China yang diberi julukan Dragons berjaya menyamakan kedudukan selepas Lin Liangming yang tidak dikawal, tenang melepaskan rembatan padu dari luar kotak penalti yang gagal ditampan kemas penjaga gol negara Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.
Selepas terikat di separuh masa pertama, Pan Gon melakukan tiga pertukaran pada awal babak kedua antaranya dengan membawa masuk pemain sayap sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT) Arif Aiman Mohd Hanapi dalam usaha mengubah corak permainan.
Bagaimanapun, pasukan negara tidak berjaya mengulangi corak permainan babak pertama apabila dilihat lebih berhati-hati selain penyudah yang tumpul, sebaliknya China lebih 'bernafsu' untuk melakar keputusan positif di depan penyokong sendiri.
China berjaya mencipta beberapa percubaan berbahaya antaranya rembatan kencang pemain gantian Xie Pengfei yang sedikit tersasar pada minit ke-54 selain sepakan penjuru yang menggegar tiang gawang pasukan negara pada minit ke-70.
Malang menimpa pemain China Li Shuai apabila terpaksa dibawa keluar padang dengan menggunakan ambulans pada minit ke-83 susulan perlanggaran dengan Muhammad Syahmi.
Kedudukan 1-1 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan pengadil dari Qatar Abdulhadi Alasmar Al-Ruaile yang menyaksikan Malaysia akhirnya melakar keputusan positif berdepan China dalam tempoh lebih 40 tahun sejak kali terakhir mencatat kemenangan 3-1 pada 1980.
Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu pada 2013 menyaksikan China menang 2-0 pada aksi persahabatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 09 2023

Malaysia berjaya pertahankan rekod tanpa kalah dalam enam aksi persahabatan selepas mencatat empat kemenangan dan satu seri sejak Mac lepas. - Facebook FAM
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.

Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.

Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.

Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.

Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.

Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.

'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.

Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.

Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.

Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.