Skuad Harimau Malaya berjaya menamatkan kemarau kemenangan tahun ini, setelah menundukkan Laos 3-1 pada aksi persahabatan antarabangsa kelas 'A' di Stadium Thupatemee, Pathum Thani, Thailand hari ini.
Pemain Felda United, D Christie Jayaseelan muncul wira skuad negara apabila meledak dua gol pada minit ke-50 dan masa kecederaan babak kedua perlawanan, selain gol daripada penyerang Pahang, Azamuddin Mohd Akil pada minit ke-53.
Laos, pasukan ranking ke-179 dunia, meraih gol sagu hati menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Sitthideth Khanthavong pada minit ke-82.
Penyerang veteran kebangsaan, Safee Sali hampir menambah jaringan untuk skuad Harimau Malaya, namun sepakan penaltinya pada masa kecederaan babak kedua sedikit tersasar di sebelah kanan pintu gol Laos.
Perlawanan berkenaan merupakan aksi pemanas badan, sebelum berdepan Timor Leste pada perlawanan kelima kumpulan A pusingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium Perbandaran Dili, 13 Oktober ini.
Demikian menurut twitter Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Dalam pada itu, Kim Swee berharap kemenangan sulung berkenaan menjadi pembakar semangat kepada pemain skuad Harimau Malaya apabila berdepan Timor Leste.
Beliau mengakui terdapat beberapa kelemahan ketara melibatkan skuad kebangsaan pada perlawanan berkenaan disebabkan keadaan padang yang kurang elok, namun berpuas hati dengan persembahan cemerlang para pemain.
Pada masa sama, Kim Swee turut memuji Christie yang berjaya meledak dua gol, selain menjadi nadi penggerak kepada kejayaan skuad Harimau Malaya melakar kemenangan pada perlawanan tersebut.
"Beliau membuktikan bahawa bukan sahaja boleh beraksi di sayap kanan ataupun di bahagian serangan tetapi boleh membantu apabila kita bertahan. Mendapatkan dua gol membuktikan Christie mempunyai kualiti untuk bermain di peringkat tinggi," jelasnya.
Berkongsi pandangan sama adalah Christie yang tidak menyangka dapat membantu skuad kebangsaan meraih kemenangan sulung setelah lama tidak dipanggil mewakili negara pada aksi antarabangsa.
"Banyak kali dapat peluang di bawah jurulatih terdahulu, namun kali ini saya berazam untuk membuktikan sesuatu kepada jurulatih setelah lama tidak beraksi mewakili negara," katanya.
Bernama
Thu Oct 08 2015
Pemain Felda United, D Christie Jayaseelan muncul wira skuad negara apabila meledak dua gol pada minit ke-50 dan masa kecederaan babak kedua perlawanan. - Foto Twitter FAM
"Ada banyak perkara kita perlu belajar dari Palestin" - Son Heung-min
Kapten Korea Selatan, Son Heung-min menyatakan rasa kagum dengan corak permainan ditampilkan pasukan bola sepak Palestin sehingga mampu mengikat pasukannya.
Kes buli UPNM: Suspek mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai but spike
Pelajar senior yang dipercayai terlibat dalam kes buli penuntut tahun dua Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sehingga mangsa mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak, pada bulan lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
AWANI Ringkas: JPS beri amaran paras sungai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Empat lelaki didakwa culik dua warga asing
Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menculik dua lelaki warga asing dalam kejadian di tapak pembinaan di Telok Air Tawar, Butterworth pada 13 November lepas.
Perlu penyasaran FDI untuk pembangunan ekonomi yang berkesan - Pakar
Penganalisis Ekonomi, Prof Emeritus Datuk Dr. Zakariah Abdul Rashid, berkata, penekanan kepada nilai tambah domestik, pembangunan lestari, dan kesejahteraan rakyat adalah kunci kejayaan FDI.
Inflasi meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024
Inflasi Malaysia meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.4 berbanding 130.9 pada bulan
yang sama tahun sebelumnya.
yang sama tahun sebelumnya.
Marang dan Setiu kembali terjejas banjir
Jumlah mangsa banjir di Terengganu menunjukkan sedikit peningkatan hari ini, susulan dua daerah iaitu Marang dan Setiu kembali dinaiki air.
Dakwaan rasuah: Adani Group hilang projek lapangan terbang, tenaga di Kenya
Adani Group dari India kehilangan projek pembesaran lapangan terbang dan tenaga di Kenya selepas pengasasnya, Gautam Adani didakwa di Amerika Syarikat.
Lelaki Myanmar mengaku bersalah korek mata
Warga Myanmar yang mengorek biji mata kiri seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini.
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.
23 dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat terbakar di Bangkok
Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa.
ATBC: Muhammad Rafiq menang emas, Malaysia sapu bersih pingat perseorangan lelaki
Muhammad Rafiq menebus kekecewaan pada edisi lepas dengan menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Asia.
Kedutaan Malaysia di Bangkok anjur resepsi hari kebangsaan, sambut hubungan dua hala yang erat
Lebih 600 tetamu, termasuk diplomat asing, profesional Malaysia, ahli perniagaan, wakil dewan perniagaan dan Malaysians in Bangkok (MIB) hadir.
Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.