MELAKA:Pasukan Harimau Malaya di bawah kendalian ketua jurulatihnya Tan Cheng Hoe, berkemungkinan akan bermain secara karnival bagi perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA Qatar 2022 dan Piala Asia AFC China 2023.
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, aksi itu dijangka berlangsung pada Mac dan Mei tahun depan di negara yang dibenarkan seperti di Qatar atau mana-mana negara Emiriah Arab Bersatu (UAE), sekiranya situasi penularan COVID-19 itu berterusan.
"Walaupun tiada sebarang aksi kompetitif di peringkat antarabangsa tahun ini, namun penangguhan itu membolehkan skuad kebangsaan membuat persediaan bagi mengharungi pusingan kelayakan berkenaan.
"Mungkin mereka sudah lama tidak berlatih bersama tetapi kalau kita lihat, pemain-pemain kini bermain dengan kelab masing-masing dalam Liga Malaysia dan lebih bersedia untuk kejohanan itu nanti," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-71 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam di Seri Negeri di sini, pada Sabtu.
Terdahulu, Hamidin dianugerahkan Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira.
Skuad Harimau Malaya sepatutnya mengharungi aksi timbal balik pusingan kedua Kumpulan G, dengan bertandang ke UAE pada 8 Okt sebelum menyambut Vietnam, disusuli aksi bertemu Thailand (17 Nov).
Bagaimanapun Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), menangguhkan baki aksi kempen tersebut ke tahun depan.
Dalam perkembangan lain Hamidin berkata, penganjuran pertandingan Piala Malaysia musim ini tetap akan diteruskan biarpun negara berdepan peningkatan kes COVID-19 ketika ini, namun pihaknya akan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Susulan pindaan jadual itu menyaksikan undian Piala Malaysia yang sebelum ini dijadualkan pada 12 Okt ditunda kepada 19 Okt, sebelum kejohanan tertua di Asia Tenggara itu membuka tiranyai pada 25 dan 26 Okt ini berbanding jadual asal pada 16 hingga 18 Okt.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 10 2020
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, aksi itu dijangka berlangsung pada Mac dan Mei tahun depan di negara yang dibenarkan seperti di Qatar. - Gambar fail/BERNAMA
FOMC: AS bakal potong kadar faedah atau tidak?
Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan Amerika Syarikat (FOMC) akan bermesyuarat pada 17 dan 18 Disember ini dan ia merupakan mesyuarat terakhir untuk minggu ini. Bakal berlaku pemotongan atau tidak? Kupasan bersama Dr Mohd Afzanizam Abd Rashid, Ketua Ekonomi di Bank Muamalat Malaysia Bhd
Aksi Manchester City ibarat pasukan B-15 - Bernardo Silva
Bernardo Silva label Manchester City bermain seperti budak B-15 untuk rebah di penghujung pertembungan 'derby' kepada Manchester United, awal pagi tadi.
Rangka Kerja RIA: Tiga tahap simpanan untuk persaraan lebih terjamin
Rangka Kerja RIA memperkenalkan tiga tahap simpanan untuk memenuhi keperluan persaraan, dari asas hingga dipertingkat, membolehkan ahli menetapkan sasaran mengikut gaya hidup dan aspirasi persaraan mereka. Bakal dilancarkan pada Januari 2026. Ulasan bersama Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff.
[Data & Statistik] Rangka Kerja RIA meningkatkan kualiti hidup persaraan anda
Dengan pelancaran pada Januari 2026, Rangka Kerja RIA menawarkan tiga tahap simpanan yang disesuaikan untuk memastikan ahli mencapai kebebasan kewangan dan kualiti hidup yang lebih baik semasa persaraan. inisiatif ini membolehkan ahli menetapkan sasaran simpanan mengikut aspirasi persaraan mereka.
Banjir: 40 mangsa masih berada di PPS Johor, Pahang
Jumlah mangsa di Johor kekal 36 orang daripada 11 keluarga yang ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Batu Badak, Segamat.
AWANI Ringkas: Polis Kuala Lumpur jalankan siasatan dalaman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bumi Kenyalang kehilangan pemimpin ulung, arkitek utama pembangunannya tahun ini
Selama 33 tahun berkhidmat, Abdul Taib berjaya membawa Sarawak muncul sebagai sebuah kuasa ekonomi yang dihormati, terkenal dengan kestabilan politik dan keharmonian sosial.
#AWANIRingkas 16 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 16 Disember 2024
1️⃣ Mangsa berkurangan ke 40 orang setakat 6 pagi Isnin
2️⃣ Polis Kuala Lumpur jalankan siasatan dalaman
3️⃣ Dagangan bursa dijangka lemah
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa berkurangan ke 40 orang setakat 6 pagi Isnin
2️⃣ Polis Kuala Lumpur jalankan siasatan dalaman
3️⃣ Dagangan bursa dijangka lemah
#awaniringkas
"Saya tidak cukup bagus" - Guardiola
Guardiola yang menyaksikan City mencipta 10 peluang percaya dia bukanlah orang yang tepat untuk memimpin City berdasarkan kemerosotan mereka baru-baru ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [16 Disember 2024]
Fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Harits Asyraf Hasnan
1. Banjir: Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
2. Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
3. Sekolah di Damsyik dibuka semula
1. Banjir: Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
2. Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
3. Sekolah di Damsyik dibuka semula
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.