Penasihat baharu Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) Datuk Hanifah Hajar Taib-Alsree tidak berminat menjadi presiden persatuan itu, sebaliknya mahu calon yang lebih sesuai diambil mengisi jawatan tersebut.
Bagi Hanifah, tidak semestinya beliau harus menjadi presiden bagi menyumbang, malah percaya banyak sumbangan yang masih boleh dilakukannya atas kapasiti sebagai penasihat persatuan itu.
"Apa yang paling penting ialah untuk memilih siapa yang paling layak untuk jawatan presiden demi Sarawak, FAS, pemain dan penyokong ... tidak semestinya saya menjadi presiden," kata Hanifah ketika ditemui selepas perlawanan Liga Super terakhir antara Sarawak dan PDRM di Stadium Negeri, Petra Jaya, semalam.
Menurut Hanifah, beliau cukup gembira dengan peranan yang dimainkannya ketika ini, seperti memberi nasihat dan menyumbangkan sesuatu yang boleh membantu pasukan bola sepak Sarawak serta memotivasikan pemain.
Katanya, banyak perkara yang perlu beliau fikirkan sebelum dapat menerima jawatan sebagai Presiden FAS.
"Kalau kita tidak mampu menjalankan tanggungjawab sebagai presiden, itu pun satu dosa juga dari segi amanah," tambahnya.
Hanifah merupakan anak bongsu kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud yang giat menjalankan aktiviti kebajikan di negeri itu terutama sebagai Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Sarawak (PERKIS) yang diwarisi daripada ibunya, Allahyarham Puan Sri Hajah Laila Taib.
FAS sehingga ini masih belum mempunyai presiden selepas mantan penjawatnya, Datuk Sudarsono Osman tidak mempertahankan jawatannya, malah tiada calon yang bertanding jawatan berkenaan pada mesyuarat agung FAS pada 17 Sept lalu.
Sementara itu, Timbalan Presiden FAS Abdul Wahab Rahim berkata pemilihan presiden akan diadakan pada mesyuarat agung FAS pada Januari tahun depan.
Katanya, mengikut perlembagaan FAS mesyuarat agung boleh diadakan tiga bulan selepas mesyuarat agung yang terakhir dan pemilihan juga hanya boleh diadakan sewaktu mesyuarat itu.
Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada Hanifah akan dicalonkan untuk jawatan berkenaan. -BERNAMA
Bernama
Sun Oct 23 2016
FAS sehingga ini masih belum mempunyai presiden selepas mantan penjawatnya, Datuk Sudarsono Osman tidak mempertahankan jawatannya, malah tiada calon yang bertanding jawatan berkenaan pada mesyuarat agung FAS pada 17 Sept lalu. - Gambar fail
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18 singkap tirai
Juara dan naib juara kali ini masing-masing akan membawa pulang hadiah lumayan berjumlah RM10,000 dan RM7,000.
Tunku Ismail pernah salur bantuan kewangan kepada Selangor - Subahan
Subahan berkata sumbangan diberikan Tunku Ismail itu disalurkan kepada pasukan Selangor semasa beliau menjadi Presiden FAS dari tempoh 2017-2018.
FAS berhasrat majukan bola sepak wanita menerusi WSL
10 pasukan akan bertanding dalam musim pertama pertandingan liga buat wanita yang julung kali diadakan pada peringkat negeri mulai 29 Nov.
Dr Johan Kamal dilantik sebagai CEO Selangor FC
SFC bakal diuruskan entiti baharu iaitu Red Giants FC Sdn Bhd dan dimiliki beberapa pemegang saham termasuk Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah selaku pemegang saham utama.
FAM tidak terlibat bantu FAS dapatkan khidmat Sumareh
Dr Johan Kamal Hamidon ada menghubunginya bagi mendapatkan kepastian berhubung status pemain kelahiran Gambia itu.
Selangor tarik diri daripada kejohanan bola sepak jemputan di China
FAS mengambil keputusan menarik diri daripada Kejohanan Jemputan Bola Sepak Antarabangsa Piala Meizhou Hakka di Wilayah Guandong, China yang dijadual berlangsung mulai hari ini sehingga 29 Jan.
FAS sasar lahir 250 pengadil di Selangor menjelang akhir 2020
Naib Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAS, Abdul Basith Abdul Hamid berkata beberapa program akan dilaksanakan bagi menarik minat ramai, terutamanya golongan belia, menyertai bidang pengadilan.
Isu denda MFL: Kevin perlu letak jawatan - Posa
Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) menggesa Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Kevin Ramalingam meletak jawatan berikutan isu denda yang dikenakan ke atas persatuannya.
Tengku Amir Shah kecewa anggota FAS tidak mahu selesaikan isu berbangkit
Tengku Amir berkata beliau telah memanggil pihak berkenaan untuk bertemu dengannya bagi menyelesaikan perkara berkaitan, namun mereka gagal berbuat demikian.
Amirudin mahu kemelut landa FAS segera diselesaikan
Walaupun sebelum ini Tengku Amir sudah bertitah enggan mengadakan kongres luar biasa (EGM) dalam badan induk itu, namun beberapa ahli gabungan tetap berdegil.