KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin dilantik sebagai Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam yang dijadual berlangsung dari 21 Nov hingga 2 Dis depan.
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata pemilihan Hamidin itu berdasarkan kepada kemampuan dan pengalamannya menerajui FAM untuk menguruskan kontinjen negara membabitkan jumlah atlet negara yang ramai pada temasya dwitahunan itu.
Beliau berkata keputusan itu diambil sebulat suara pada mesyuarat Lembaga Eksekutif badan induk berkenaan yang berlangsung hari ini selepas menerima cadangan daripada Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail.
"Kita memerlukan seorang pemimpin yang mempunyai daya kepimpinan tinggi, mempunyai pengalaman luas, tahu keseluruhan proses dari segi pentadbiran sukan, pemilihan atlet dan juga 'hands on' kepada kontinjen negara.
Walaupun kita selalunya beranggapan Sukan SEA adalah sukan persahabatan, tetapi kita selalunya akan hantar kontinjen yang besar. Kita rasa sebagai pemimpin satu organisasi sukan yang besar seperti FAM (Hamidin merupakan calon sesuai) untuk menjaga kontinjen seumpama itu," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Lembaga Eksekutif MOM ke-25 di Wisma MOM di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Mohamad Norza berkata Jawatankuasa Pemilihan akan mengadakan perjumpaan dengan persatuan-persatuan sukan kebangsaan (PSK) pada 18 dan 19 Mac ini bagi membincangkan komposisi atlet ke temasya sukan berkenaan susulan keputusan untuk menghantar kontinjen campuran dibarisi atlet muda dan senior.
"Kita bercadang jumpa PSK untuk teliti sama ada mereka mempunyai atlet junior ataupun tidak, dan sekiranya mereka ada perancangan tertentu untuk mengetengahkan atlet junior. Kita juga ingin melihat atlet senior yang mereka ada untuk mengenal pasti siapakah yang layak mewakili sukan masing-masing," katanya.
Mohamad Norza berkata pihak penganjur juga belum memuktamadkan jumlah sebenar acara akan dipertandingkan kerana masih ada persatuan membuat rayuan seperti Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) yang meminta acara lebuh raya dipertandingkan.
MOM dijangka menghantar penyertaan mengikut sukan pada hujung bulan ini, manakala penghantaran senarai panjang atlet dianjak sehingga Mei, katanya.
Pada Sukan SEA 2019 di Filipina, Presiden (ketika itu Setiausaha Agung) Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Datuk Megat Zulkarnain Omardin menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Kontinjen negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 09 2021

Pemilihan Hamidin itu berdasarkan kepada kemampuan dan pengalamannya menerajui FAM untuk menguruskan kontinjen negara membabitkan jumlah atlet negara yang ramai pada temasya dwitahunan itu. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Mohd Joehari mahu teruskan langkah positif Hamidin
Mohd Joehari berkata segala perancangan direncana Hamidin selama ini, disifatkan sudah cukup baik.

Calon tunggal jawatan Presiden bukti keyakinan FAM - Joehari
Joehari percaya perkhabaran positif menjadi calon tunggal menggantikan tempat Hamidin sebagai Presiden sebagai tanda keyakinan FAM kepada dirinya.

Joehari bakal jadi Presiden FAM baharu
Naib Presiden FAM Datuk Joehari Mohd Ayob bakal diumumkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden FAM menggantikan tempat Tan Sri Hamidin Mohd Amin.

FAM manfaat dana RM30 juta tingkat program pembangunan skuad kebangsaan - Hamidin
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berjanji untuk memanfaatkan sebaik mungkin peruntukan tambahan yang diumumkan Perdana Menteri.

Perubahan kepimpinan FAM perlu pastikan kesinambungan, keberkesanan
Meskipun perubahan adalah biasa dalam dunia sukan, ia perlu dilakukan secara terancang supaya tidak menjejaskan perancangan sedia ada.

Hamidin beri laluan kepada pemimpin baharu lonjak FAM ke tahap lebih tinggi
Presiden FAM Tan Sri Hamidin Mohd Amin mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan bagi memberi peluang kepada individu lain.

Hamidin tidak pertahan jawatan Presiden FAM
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin, tidak akan mempertahankan jawatan itu dalam Kongres FAM awal tahun depan.

Tan Sri Ibrahim Saad banyak jasa dalam pembangunan bola sepak - Presiden FAM
Hamidin menambah Allahyarham juga banyak memberikan pendapat kepada rakan-rakan setugas demi pembangunan bola sepak tanah air.

'Sebelum ini mustahil, tapi saya mula yakin wakili Harimau Malaya' - Mats Deijl
Pemain pertahanan kelab Liga Eredivise, Go Ahead Eagles, Mats Deijl teruja mahu menyertai Harimau Malaya.

Presiden FAM terima Darjah Kebesaran, kini bergelar Tan Sri Hamidin
Presiden FAM Tan Sri Hamidin Mohd Amin hari ini dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.