KUALA LUMPUR:Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah mengesahkan sudah mengadakan perbincangan awal bersama dua pasukan bagi memastikan beliau kekal dalam saingan Kejuaraan Grand Prix Motosikal Dunia (MotoGP) pada musim hadapan.
Tanpa mendedahkan nama dua pasukan berkenaan, pelumba pasukan Aspar Team Moto2 itu menjelaskan perbincangan dengan dua pasukan tersebut masih di peringkat awal.
Pelumba berusia 26 tahun itu juga berkata buat masa ini beliau mahu memberi tumpuan dalam baki empat perlumbaan iaitu GP Teruel di Litar Aragon, Sepanyol pada 23-25 Ogos, GP Eropah (6-8 Nov) dan GP Valencia di Litar Ricardo Tormo, Sepanyol (13-15 Nov), serta GP Portugal di Litar Antarabangsa Algarve (20-22 Nov).
"Buat masa sekarang, saya tak ada letak apa-apa harapan kerana saya masih fokus beri yang terbaik kepada pasukan saya sekarang. Apapun, kalau ada rezeki, saya akan sambung, dan jika sebaliknya, saya percaya ada rezeki di tempat lain," katanya kepada kepada Bernama, hari ini.
Baru-baru ini, Aspar Team Moto2 mengesahkan khidmat pelumba Sepanyol, Albert Arenas dari pasukan Aspar Team Moto3 untuk mewakili pasukan berkenaan dalam saingan Moto2 musim hadapan, sekali gus mencetuskan tanda tanya mengenai masa depan Hafizh Syahrin bersama pasukan itu.
Arenas, bakal bergandingan dengan rakan senegaranya, Aron Canet musim depan.
Arenas, 23, mendahului carta kedudukan Moto3 dengan 144 mata, manakala Canet di tangga ke-11 dalam carta Moto2 selepas mengutip 61 mata daripada 11 perlumbaan setakat ini.
Sementara itu, prinsipal pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) Datuk Razlan Razali mengesahkan, beliau ada memberi maklumat mengenai Hafizh Syahrin kepada beberapa pasukan lain.
"Saya tidak terlibat langsung dengan perbincangan antara pihak Hafizh Syahrin bersama beberapa pasukan berkenaan memandangkan beliau sendiri sudah mempunyai pengurus. Saya tidak pasti dengan pasukan mana beliau berhubung, tapi saya ada kenalkan dia dengan beberapa pasukan lain," katanya.
Hafizh Syahrin kini mengutip 18 mata untuk menduduki tangga ke-21 carta pelumba Moto2. Pencapaian terbaik pelumba kelahiran Selangor itu pada musim ini adalah meraih kedudukan keenam di GP Sepanyol pada Julai lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 19 2020
![Hafizh Syahrin mulakan perbincangan bersama dua pasukan Hafizh Syahrin mulakan perbincangan bersama dua pasukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81603109646_hafizhsyahrin.jpg)
Hafizh menjelaskan perbincangan dengan dua pasukan tersebut masih di peringkat awal. - Foto: Instagram/Hafizh Syahrin
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
KR sedia tambah baik SOP pembinaan lebuhraya
Alaxender berkata kementerian bersedia untuk mendedahkan laporan kajian insiden jika ia melibatkan kemalangan berskala besar dan meragut nyawa.
![Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107133_keropokberacunrem.jpg)
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
KPM alukan pesara guru ajar Bahasa Inggeris
Jelas Fadhlina Sidek pesara-pesara guru telah banyak membantu usaha KPM dalam meningkatkan PdP bahasa Inggeris termasuk melalui Program Highly Immersive Programme Mentor (HIP Mentor).
![Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721100784_TBmysj.jpg)
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
![Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Wanita dakwa dituduh Rafizi fail saman
Seorang wanita memfailkan saman terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan ialah isteri kepada bekas menteri yang dikaitkan dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
![Cub Prix Malaysia 2024: Akid laung amaran awal di Jasin Cub Prix Malaysia 2024: Akid laung amaran awal di Jasin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709429459_TBCubPrix.jpg)
Cub Prix Malaysia 2024: Akid laung amaran awal di Jasin
Md Akid memulakan aksi sesi kelayakan satu dengan catatan masa terpantas 49.491s, diikuti Md Iqbal Amri (50.083s) dan Md Aiman (60.088s).
![Pelumba cilik, Maleeq Dragster cipta sejarah di Jepun Pelumba cilik, Maleeq Dragster cipta sejarah di Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701378734_MaleeqDragster.jpg)
Pelumba cilik, Maleeq Dragster cipta sejarah di Jepun
Maleeq berjaya menewaskan barisan pelumba dari negara lain, antaranya China, Jepun dan Thailand pada kejohanan di Tokyo Summerland itu.
![ACC 2023: Pelumba negara kuasa besar Asia tiba di Malaysia ACC 2023: Pelumba negara kuasa besar Asia tiba di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686518259_MuhammadShahAzizu.jpg)
ACC 2023: Pelumba negara kuasa besar Asia tiba di Malaysia
Lebih 400 pelumba termasuk 60 pelumba para bakal mengambil bahagian pada kejohanan yang menawarkan mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris itu.
![Enam pelumba bawa cabaran TSG di Tour of Sharjah Enam pelumba bawa cabaran TSG di Tour of Sharjah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674446947_UAETourOfficial.jpg)
Enam pelumba bawa cabaran TSG di Tour of Sharjah
Kejohanan selama lima hari di UAE itu, merupakan perlumbaan sulong pasukan berkenaan pada musim ini yang bertaraf 2.2.
![Jazeman sasar podium perlumbaan European Le Mans Series Jazeman sasar podium perlumbaan European Le Mans Series](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61648601789_JazemanJaafar.jpg)
Jazeman sasar podium perlumbaan European Le Mans Series
Jazeman berkata sasaran tersebut mampu direalisasikan jika sebarang kesilapan yang boleh mengakibatkan kemalangan dapat dibendung.
![Ibu, keluarga, rindukan Shah Firdaus Ibu, keluarga, rindukan Shah Firdaus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81628909953_Ibukeluargarinduk.jpg)
Ibu, keluarga, rindukan Shah Firdaus
Mereka terpisah sejak 2019 sehingga pelumba kelahiran Muar itu kini dalam dilema untuk menyertai Kejohanan Dunia di Perancis.
![Terengganu pertimbang modul sekolah keirin di Jepun Terengganu pertimbang modul sekolah keirin di Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/41605656137_pembinaanvelodrom.jpg)
Terengganu pertimbang modul sekolah keirin di Jepun
Antara faktor utama Jepun berjaya melahirkan pelumba terhebat berbasikal trek ialah kerana kewujudan sekolah keirin yang melahirkan pelumba berpotensi.
![Rossi tetap pelumba terbaik - Hafizh Rossi tetap pelumba terbaik - Hafizh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61628271597_TBHafizhSyahrin.jpg)
Rossi tetap pelumba terbaik - Hafizh
Hafizh berkata, kelibat Rossi di litar menjadi inspirasi kepada bakat muda di seluruh dunia.
![Tokyo 2020: Jangan pandang rendah kemampuan Malaysia dalam acara keirin Tokyo 2020: Jangan pandang rendah kemampuan Malaysia dalam acara keirin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71628270626_AzizulhasniAwangP.jpg)
Tokyo 2020: Jangan pandang rendah kemampuan Malaysia dalam acara keirin
Meskipun cabaran Malaysia dalam saingan pecut berakhir lebih awal, ia tidak boleh menjadi kayu ukur kepada peluang Azizulhasni dan Shah Firdaus dalam acara keirin.
![Tokyo 2020: Pelumba negara perlu ada taktikal ampuh dalam keirin, kata Rizal Tisin Tokyo 2020: Pelumba negara perlu ada taktikal ampuh dalam keirin, kata Rizal Tisin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61628198474_TrekBerbasikal.jpg)
Tokyo 2020: Pelumba negara perlu ada taktikal ampuh dalam keirin, kata Rizal Tisin
Taktikal sangat memainkan peranan dalam usaha mereka mengintai pingat emas dalam keirin kelak.