KUALA TERENGGANU: Enam pelumba menjadi taruhan pasukan berbasikal terbaik Asia, Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) untuk berentap di Tour of Sharjah bermula Jumaat ini.
Ketua Pegawai Operasi TSG Nasiruddin Wan Idrus berkata kejohanan selama lima hari di Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu, merupakan perlumbaan sulong pasukan berkenaan pada musim ini yang bertaraf 2.2.
Beliau berkata pelumba yang terpilih membawa cabaran itu termasuk tiga import dan tiga tonggak tempatan, sedang menjalani kem latihan fasa satu TSG di dalam negara.
"Untuk pelumba tempatan kita ada Wan Abdul Rahman Hamdan, Mohd Shahrul Mat Amin dan Irwandie Lakasek yang sudah beberapa musim bersama skuad elit kita.
"Tonggak import pula dibarisi Metkel Ayob, Anatolii Budiak dan pelumba baharu TSG musim ini, Aiman Cahyadi yang juga pelumba terbaik Indonesia 2022," katanya ketika dihubungi pemberita.
Menurut Nasiruddin pihaknya menyasarkan untuk meraih dua podium dan mempertahankan gelaran juara keseluruhan pasukan di Tour of Sharjah itu nanti.
Katanya TSG perlu meraih seberapa banyak mata bermula daripada perlumbaan pertama agar sasaran muncul sebagai pasukan benua terbaik dunia 2023 menjadi kenyataan.
"Di Tour of Sharjah 2022 kita berjaya meraih juara keseluruhan dan menang satu podium menerusi Anatolii Budiak. Tahun ini kita harap pencapaian lebih baik dengan kekuatan skuad yang ada," katanya.
TSG musim 2023 dibarisi 16 pelumba termasuk tujuh import dan sembilan tempatan di bawah bimbingan jurulatih kelahiran Kanada, Jeremy Hunt.
--BERNAMA
Bernama
Mon Jan 23 2023

Kejohanan selama lima hari di UAE itu, merupakan perlumbaan sulong pasukan berkenaan pada musim ini yang bertaraf 2.2. - Foto Twitter/UAE Tour Official

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Enam pelumba bawa cabaran TSG di Tour of Sharjah
Kejohanan selama lima hari di UAE itu, merupakan perlumbaan sulong pasukan berkenaan pada musim ini yang bertaraf 2.2.

Tiga pelumba Terengganu Polygon sapu bersih GP Gundogmus
Pelumba dari Ukraine, Anatoliy Budiak muncul juara selepas menamatkan kayuhan dengan catatan masa dua jam 38 minit 29 saat.