Grand Prix Itali: Pelumba Moto3 Jason Dupasquier meninggal dunia dalam nahas
Pelumba berusia 19 tahun mewakili Pruestel GP dari Switzerland itu mengalami kecederaan serius selepas terjatuh di selekoh ke-9 sebelum dilanggar pelumba lain.
Astro Awani
Sun May 30 2021
Dupasquier meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan semasa sesi kelayakan Grand Prix (GP) Itali. -twitter @MotoGP
PELUMBA Moto3, Jason Dupasquier meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan semasa sesi kelayakan Grand Prix (GP) Itali.
Pelumba berusia 19 tahun mewakili Pruestel GP dari Switzerland itu mengalami kecederaan serius selepas terjatuh di selekoh ke-9 sebelum dilanggar pelumba lain.
Penganjur MotoGP dalam satu kenyataan di Facebook pada Ahad berkata pemergian Dupasquier amat dirasai.
Sumber Facebook MotoGP
"Kami sangat sedih untuk memberitahu kehilangan Jason Dupasquier.
"Bagi pihak seluruh keluarga MotoGP, kami mengucapkan takziah kepada pasukannya, keluarga dan orang tersayang.