Pemain remaja negara, Goh Jin Wei terlepas peluang keemasan untuk merangkul gelaran senior sulung apabila tewas 17-21, 17-21 kepada pemain Jepun, Saena Kawakami pada aksi final Kejohanan Badminton Grand Prix Emas BWF Terbuka Taiwan, hari ini.
Bagaimanapun, pemain berusia 17 tahun dari Bukit Mertajam itu menunjukkan semangat juang tinggi dalam aksi perseorangan wanita yang berlangsung selama 39 minit di Taipei Arena, Songshan.
Set pertama menyaksikan pertarungan sengit apabila kedua-dua pemain saling meraih mata sehingga terikat 16-16, namun beberapa kesilapan mudah dilakukan Goh membolehkan pemain Jepun berusia 19 tahun itu mendahului 19-16, seterusnya memenangi set berkenaan.
Bersambung set kedua, Goh tampak lebih yakin untuk mendahului 10-6, tetapi Kawakami berjaya menyamakan kedudukan 10-10, sekali gus meraih kemenangan ketiga ke atas pemain ranking ke-44 dunia itu.
Goh sebelum ini pernah kecundang di tangan pemain yang menduduki ranking ke-59 itu pada pusingan pertama kejohanan yang sama tahun lalu dan pusingan ketiga Kejohanan Remaja Terbuka Belanda 2015.
Juara Remaja Dunia 2015 itu mara ke final selepas menewaskan seorang lagi pemain Jepun, Haruko Suzuki 21-16, 21-17 dalam tempoh 46 minit pada saingan separuh akhir, semalam.
Beliau merupakan satu-satunya wakil negara yang berjaya mara ke final apabila pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia dan pasangan beregu lelaki, Chooi Kah Ming-Low Juan Shen kecundang di peringkat separuh akhir semalam.
Zii Jia, 19, yang menduduki ranking ke-106 dunia terpaksa akur dengan keputusan 15-21, 21-10 dan 12-21 kepada pemain tuan rumah, Chou Tien Chen, yang juga merupakan pemain nombor enam dunia dalam pertarungan sengit yang berlangsung selama 51 minit.
Sementara, gandingan Kah Ming-Juan Shen yang kini berada dalam fasa persediaan menghadapi Kejohanan Badminton Dunia di Glasgow, Scotland dari 21 hingga 27 Ogos ini, tumpas 14-21, 21-19, 13-21 kepada beregu tuan rumah dan pilihan kedua kejohanan, Chen Hung Ling-Wang Chi-lin.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 02 2017

Goh (gambar) mara ke final selepas menewaskan seorang lagi pemain Jepun, Haruko Suzuki 21-16, 21-17 dalam tempoh 46 minit pada saingan separuh akhir, semalam. - Gambar fail

Rusia larang kemasukan 9 warga Jepun, termasuk diplomat tertinggi
Sebagai tindak balas terhadap dasar sekatan Jepun, Rusia telah melarang sembilan warga Jepun daripada memasuki wilayahnya, termasuk Menteri Luar Jepun Takeshi Iwaya.
AWANI Ringkas: Cuaca panas tahap satu di tiga kawasan di utara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Noraniza Idris buat laporan polis dakwa perniagaan muruku ditipu RM630,000
Penyanyi Noraniza Idris hari ini membuat laporan polis selepas perniagaan muruku miliknya mengalami kerugian hampir RM630,000.

Trump pertahan keputusan kenakan tarif ke atas barangan Mexico, Kanada
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kekal dengan pendiriannya untuk melaksanakan tarif terhadap barangan dari Mexico dan Kanada, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kerajaan setuju lantik wakil pembangkang dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen
Pelantikan akan dibuat oleh Jawatankuasa Pemilih esok, jika RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.

DBKL lapor polis pihak manipulasi lesen bazar Ramadan
Dr Zaliha Mustafa berkata agak mengecewakan apabila masih terdapat cubaan penjualan tapak yang dikesan melalui saluran WhatsApp.

Warga emas ditemui terbakar mati akibat hentakan objek tumpul, sedutan asap
Punca kematian wanita warga emas yang ditemui terbakar dipercayai dibunuh anaknya pada Ahad lalu, disebabkan oleh hentakan objek tumpul di kepala serta sedutan asap kebakaran.

Pusat latihan TVET di Gua Musang dijangka mula beroperasi suku ketiga 2025
Pusat latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang dijangka mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, menurut Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Pelancaran komersial pertama roket Ariane 6 Eropah ditangguh lagi
Pelancaran komersial pertama roket baharu Eropah, Ariane 6 terpaksa dibatalkan pada saat akhir, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
[TERKINI] Astro Audio mohon maaf, trio Pagi Era direhatkan
Astro Audio memohon maaf atas insidne rakaman video melibatkan penyampainya, Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin. Trio Pagi Era itu juga akan direhatkan dari ke udara sehingga diberitahu kelak.

Pearly fokus latihan fizikal, tingkatkan stamina
Pearly berkata perkara ini penting memandangkan bulan lepas tiada sebarang kejohanan disertai bersama gandingannya M Thinaah.

Yew Sin-Ee Yi mahu lakar kejutan di Seluruh England
Atlet berusia 30 tahun itu percaya dapat mencapai tahap terbaik menjelang kejohanan itu.

Aaron-Wooi Yik perkemas corak permainan agresif
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mahu kembali memperkemas corak permainan agresif yang pernah menjadi 'senjata' kemenangan mereka dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

Adam Adli gesa mangsa penipuan aktiviti sukan buat laporan polis
Timbalan Menteri Belia dan Sukan saran mangsa penipuan melibatkan aktiviti sukan buat laporan polis agar tindakan tegas dapat diambil.

Pearly-Thinaah jatuh satu anak tangga, Soon Huat-Shevon Lai kini ranking ketiga dunia
Kemas kini terbaharu ranking badminton dunia menyaksikan beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah turun satu anak tangga.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England
Herry mengakui perubahan itu tidak boleh berlaku sekelip mata, memandangkan beliau memerlukan masa untuk melakukan transformasi.

Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England
Muhammad Haikal disisihkan sejak bulan lepas susulan kecederaan koyak otot di bahagian pinggul kanan.

KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.

Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy
Katanya, BWF sepatutnya memikirkan perkara yang lebih penting berbanding hanya menukar sistem pemarkahan untuk menjadikan sukan itu lebih kompetitif.