IPOH: Bekas bek kiri skuad kebangsaan Nazirul Naim Che Hashim mengesahkan akan meninggalkan pasukan Perak bagi menyertai sebuah pasukan yang beraksi dalam Liga Super pada musim ini.
Pemain kelahiran Kuala Kangsar itu berkata beliau sendiri memohon pelepasan daripada pihak pengurusan baru-baru ini untuk meninggalkan Perak FC yang telah disertai sejak musim 2016.
"Kalau diikutkan ini (berhijrah) bukan tindakan yang saya ingin buat sebenarnya. Tetapi selepas meneliti pelbagai perkara serta berbincang dengan keluarga dan rakan terdekat, ia perlu dilakukan.
"Mengenai pasukan mana yang akan saya main, itu biarlah pasukan tersebut yang umumkan. Saya tidak mahu mendahului mereka," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Sebelum ini, bekas juara Piala Malaysia 2018 itu telah kehilangan kapten pasukan Shahrul Saad dan penyerang naturalisasi Guilherme De Paula, yang berhijrah ke Johor Darul Ta'zim (JDT), manakala Kenny Pallraj dan J. Parthiban mengambil keputusan menyertai skuad Kuala Lumpur (KL) City FC.
BACA: Kelab penyokong bola sepak teruja Vida pimpin Perak FC
Nazirul Naim berkata keputusan untuk berhijrah itu juga diambil bukan kerana isu tunggakan gaji sebaliknya memikirkan tentang masa depan serta kekurangan mendapat minit permainan sepertimana yang diinginkan.
"Musim ini pun tidak banyak saya beraksi untuk 90 minit penuh. Jadi bila ada pasukan yang boleh tawarkan perkara itu, saya fikir mereka nampak kemampuan saya. Ini juga antara cara untuk saya tingkatkan mutu permainan," katanya.
Beliau berkata selain itu, skuad The Bos Gaurus ketika ini agak tempang untuk meneruskan misi kekal dalam Liga Super ekoran penghijrahan beberapa tonggak utama ke pasukan lain.
"Secara realiti, apa yang ada ini belum cukup. Bukan kata pemain muda tiada potensi tetapi aksi Liga Super tidak sama macam Liga Premier. Ditambah dengan kekurangan pengalaman, saya fikir bukan mudah kita nak bereksperimen dalam baki perlawanan yang tinggal," katanya.
Nazirul Naim juga berkata beliau tidak akan sesekali melupakan jasa dan sumbangan Perak FC kepadanya selain sentiasa terbuka untuk kembali beraksi bersama kelab itu pada masa akan datang.
"Pintu hati saya tak pernah kata tidak untuk Perak tapi untuk ketika ini, biarlah saya bawa haluan berbeza terlebih dahulu. Mana tahu, ada rezeki nanti saya akan pulang untuk kembali bersama," katanya.
Dalam ciapan di akaun Twitter semalam Nazirul berkata: "Bukan mudah membuat keputusan untuk kerjaya dan keluarga anda. Sentiasa ada pro dan kontra. Namun itulah kehidupan. Sekali anda buat keputusan, anggaplah ia sebagai satu cabaran. Terima kasih untuk segala memori. Maafkan saya."
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 25 2021

Nazirul Naim berkata beliau tidak akan sesekali melupakan jasa dan sumbangan Perak FC kepadanya selain sentiasa terbuka untuk kembali beraksi bersama kelab itu pada masa akan datang. - Astro ARENA

AirBorneo: Sarawak bakal peroleh model pesawat jenis ATR 72-600 baharu
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.

Google Photos kelak tidak akan menyimpan imej RAW secara automatik
Imej DNG akan disimpan dalam folder tersendiri dan dikenal pasti sama ada telah diproses atau belum.

Kiosk Sentuhan Madani kedua di KL Sentral akan dilancar esok
Kerajaan akan memperluaskan inisiatif Kiosk Sentuhan Madani ke lokasi strategik kedua di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral).

Lelaki langgar mati suami isteri mengaku tidak bersalah memandu bawah pengaruh dadah
Tertuduh, Ng Ju Han, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi.

Kes kolej vokasional: Tertuduh pertama dakwa hanya tolak, tepis bahu mangsa
Tertuduh pertama dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu bahawa dia tidak memukul mangsa ketika di bilik asrama, sebaliknya hanya menolak serta menepis bahu.
Suruhanjaya Eropah umum langkah balas terhadap tarif AS
Suruhanjaya Eropah pada Rabu mengumumkan pelaksanaan langkah balas terhadap tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap blok negara berkenaan.
[TERKINI] Bukan 'bailout', pelaburan dalam Sapura Energy langkah strategik
Kerajaan menafikan pembiayaan RM1.1 bilion kepada Sapura energy sebagai tindakan 'bailout' terhadap syarikat berkenaan, sebaliknya ia merupakan langkah pelaburan strategik.

ACLE: Jaringan Obregon dibatal VAR, ini penjelasan Subkhiddin
JDT terpaksa akur jaringan Suphanat Mueanta di separuh masa kedua bertindak sebagai pemisah sekali gus menyingkirkan JDT daripada kejohanan.

Projek LRT Laluan Mutiara: 100 lot tanah akan diambil
Kerja fizikal projek LRT dijangka bermula pada suku ketiga tahun ini, dengan tender untuk Pakej Tiga Projek LRT telah dibuka sejak Disember 2024.

Zayn Rayyan alami masalah pertuturan serius - Doktor
Zayn Rayyan didiagnosis sebagai receptive and expressive language delay.

Yusri Che Lah akui ketangkasan Muhammad Aqil antara punca Perak FC gagal raih tiga mata di Manjung
Pemain terlalu gopoh dan tertekan untuk menjaringkan gol menjadi punca Perak FC gagal memanfaatkan kelebihan bermain di halaman sendiri.

Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.

Liga Super: Kuching City bangkit ikat Perak, Penang FC menang besar di Kota Bharu
Kuching City FC gagal memperbaiki kedudukan selepas terikat 1-1 dengan Perak FC pada aksi Liga Super.

Yusri mahu Perak FC kekalkan momentum kemenangan
Yusri Che Lah mampu tersenyum lebar selepas menyaksikan skuad bimbingannya menang bergaya 7-0 ke atas KDN FC.

Perak berpesta gol benam Kelantan 7-0 di Manjung
Perak FC melonjak ke tangga kelima Liga Super selepas membelasah Kelantan Darul Naim FC 7-0.

Liga Super: Selangor atasi KL City 1-0, Bos Gaurus ikat Harimau Kumbang 3-3
Peluang terbaik babak pertama hadir pada minit ke-30, hasil hantaran Alvin Fortes kepada Quentin Cheng, namun gagal disempurnakan.

Piala Malaysia: Sri Pahang tempah tiket separuh akhir
Kejayaan Skuad Tok Gajah ini disahkan menerusi kemenangan agregat 4-3.

Liga Super: Perak FC dihukum akibat kelalaian sendiri
Yusri berkata para pemain perlu mengambil pengajaran dan sedar bahawa kelalaian mereka dalam perlawanan hanya akan membawa padah.

TFC kutip tiga mata penting, benam Kelantan 2-1
Skuad Penyu melancarkan pelbagai serangan awal untuk menguji ketangkasan penjaga gol KDN FC, Mohammad Fikri Che Soh.

Piala Malaysia: Yusri Che Lah mahu pemain kekalkan momentum
Yusri mengakui masih ada ruang yang perlu diperbaiki bagi memastikan Perak terus mara.