KUALA LUMPUR:Kejayaan memenangi trofi penyerang terbaik pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2020 (ABK20), membakar semangat penyerang kebangsaan Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi untuk memburu kejayaan lebih gemilang bersama pasukan Selangor, pada saingan Liga Malaysia 2021.
Bekas penyerang Perak itu mengakui terkejut dengan pemilihan untuk dirinya menerima anugerah berkenaan, setelah bergelut dengan prestasi hambar pada musim lalu, selain sukar untuk mendapatkan minit permainan di bawah jurulatih Mehmet Durakovic.
"Memang saya tidak menyangka trofi ini akan menjadi milik saya, kerana kalau kita tengok ada tujuh calon pemain import yang sememangnya cukup berkualiti dan bukan mudah untuk ditandingi," katanya dalam kenyataan dikeluarkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini.
"Namun, saya bersyukur kerana usaha saya untuk menampilkan prestasi terbaik atas padang berbaloi, dan semestinya anugerah yang diterima ini menjadi penghormatan kepada saya untuk melakukan lebih baik pada masa hadapan," kata pemain berusia 26 tahun itu yang mesra dengan panggilan Eki.
Kejayaan dipilih sebagai anugerah penyerang terbaik itu merupakan kejayaan kali kedua buat pemain kelahiran Tawau, Sabah itu, yang pernah mengungguli anugerah sama sewaktu mewakili PKNP FC pada 2017.
Selain gelaran penyerang terbaik, Muhammad Shahrel Fikri turut membawa pulang trofi penjaring terbanyak Liga Super (pemain tempatan) menerusi ledakan 10 gol pada ABK20 yang majlisnya diadakan secara maya semalam, susulan penularan pandemik COVID-19.
Berkongsi kegembiraan sama adalah pemain pertahanan tengah kebangsaan Aidil Zafuan Abdul Radzak, yang dinobatkan selaku pemain pertahanan terbaik buat kali kelima, selepas memenangi anugerah sama empat kali sebelum ini iaitu pada 2009, 2010, 2012 dan 2015.
Menurut pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu, beliau agak terkejut dengan pemilihan namanya selaku pemenang, kerana berpandangan terdapat calon lain yang lebih layak untuk membawa pulang trofi pemain pertahanan terbaik kali ini.
"Apa-apa pun, saya percaya kepada rezeki dan ternyata tahun ini menjadi rezeki saya selepas kali terakhir menang pada tahun 2015.
"Insya-Allah selagi saya mampu bermain, saya akan sentiasa berikan yang terbaik, tetapi apa-apa pun, saya bermain bola bukanlah semata-mata untuk menang anugerah, tetapi lebih kepada kepuasan sendiri sebab bola sepak adalah karier saya," kata pemain kelahiran Negeri Sembilan itu.
ABK20 yang disiarkan secara langsung dari ibu pejabat MFL di Kelana Jaya, Petaling Jaya, menyaksikan pasukan JDT mendominasi keseluruhan anugerah dengan kemenangan lima kategori.
Penjaga gol kebangsaan, Farizal Marlias dipilih sebagai penjaga gol terbaik, disusuli pengendali JDT Benjamin Mora (jurulatih terbaik), pemain sayap kebangsaan Muhammad Safawi Rasid (pemain tengah terbaik), selain gelaran pasukan terbaik turut dimenangi skuad Harimau Selatan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 31 2020

Eki mengakui terkejut dengan pemilihan untuk dirinya menerima anugerah berkenaan. - Bernama

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Selangor, Harimau Malaya hilang khidmat Shahrel Fikri
Shahrel dimasukkan sebagai pemain gantian dalam separuh masa kedua bagi mengambil alih tempat Daniel Asri.

Gelaran penyerang terbaik pembakar semangat Eki buru kejayaan bersama Selangor
Bekas penyerang Perak itu mengakui terkejut dengan pemilihan untuk dirinya menerima anugerah berkenaan.

#WeBelangTogether: Adakah Sumareh akan beraksi pada separuh akhir kedua?
Adakah tempoh rehat empat hari sudah memadai untuk Sumareh beraksi pada Rabu ini?