Berahimi menangkap gambar bersama Ferdinand, yang menjadi pengulas sukan BBC di Brazil, menjelang perlawanan antara Costa Rica dan England.
Kedua-duanya mungkin menyokong pasukan berbeza pada kumpulan D tetapi Ferdinand dilihat cukup gembira dengan bergambar dengan wartawan berusia 28 tahun itu yang memuat naik gambar tersebut menerusi lawan Twitter @JaleBerahimi.
Berahimi (Kiri) dan Ferdinand - Twitter Jale Berahimi
Berahimi berkata dia berada di Brazil untuk mencari sumber berita yang menarik perhatian umum.
Sebaliknya, penyampai itu sendiri yang lebih menjadi perhatian umum dengan memuat naikkan gambar di Twitter ketika membuat liputan pada kejohanan dunia berkenaan.
Berahimi turut dilaporkan berkata: "Saya sukakan bola sepak. Saya seronok. Anda tidak akan berhenti belajar. Saya menyaksikan sukan dan cuba belajar setiap hari. Piala Duia bukan sahaja sukan, tetapi ia turut banyak memiliki elemen menarik yang menjadi perhatian umum. -- Astro Arena
Sumber gambar: twitter Jale Berahimi