Pengarah Sabah FC, Mohd Joh Wid, mendedahkan pasukan itu menanggung perbelanjaan gaji pemain secara keseluruhan mencecah RM1.7 juta sebulan.
Astro Arena
Thu Jun 13 2024
Sebelum ini, pemain Sabah meraikan jaringan gol dengan simbol empat jari sebagai isyarat sindiran akan masalah gaji yang tertunggak selama empat bulan. - Foto Stadium Astro
PENGARAH pasukan Sabah FC, Mohd Joh Wid, mendedahkan pasukan di bawah bayu itu menanggung perbelanjaan gaji pemain secara keseluruhan mencecah RM1.7 juta sebulan.
Melalui satu video yang tular, dia berasakan penyokong Sang Badal wajar mengetahui jumlah tanggungan kelab memandangkan isu itu sering menjadi persoalan penyokong serta pencapaian kelab itu yang tidak begitu memberangsangkan.
Sebelum ini, pemain Sabah meraikan jaringan gol dengan simbol empat jari sebagai isyarat sindiran akan masalah gaji yang tertunggak selama empat bulan.
"Kita mempunyai tanggungan gaji sebulan sekitar RM1.7 juta, saya berterus terang agar peminat tahu tanggungan kita sebenarnya.
"Mengapa harga terlalu tinggi sedangkan pasukan lain yang pernah menjulang piala tidak sampai ke situ (jumlah perbelanjaan)," soalnya.