Formula baharu bagi memulihkan sukan bola sepak negara bakal dibentangkan minggu hadapan dalam satu pertemuan di antara Kementerian Belia dan Sukan bersama exco Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Menterinya Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata ia dibuat selepas mendapat perkenan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
"Satu perjumpaan bersama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan turut diadakan bagi membincangkan formula berkenaan.
Menurutnya, dengan formula itu semua pihak akan berperanan membantu membangunkan sukan bola sepak negara.
"Saya perlu muktamadkan formula itu dahulu. Minggu depan saya akan bentangkan kepada exco FAM.
"Saya harap mereka akan menerimanya. Saya membantu sahaja sebagai Menteri Belia dan Sukan, tetapi ia memerlukan persetujuan FAM," katanya selepas merasmikan FIT Malaysia Fasa Dua Johor di Stadium Batu Pahat, Johor.
Khairy Jamaluddin berkata masalah yang melanda badan induk bola sepak negara perlu diselesaikan dengan segera.
Ia berikutan pasukan negara bakal berdepan beberapa perlawanan penting, termasuk Piala AFF Suzuki pada hujung tahun ini serta perlawanan kelayakan Piala AFC tahun depan.
Astro Awani
Sat Jul 30 2016
KHAIRY JAMALUDDIN: Saya membantu sahaja sebagai Menteri Belia dan Sukan, tetapi ia memerlukan persetujuan FAM. -Gambar fail
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Masa tepat TMJ pimpin FAM, Harimau Malaya - Safee Sali
Tunku Ismail disifatkan figura yang paling tepat dan berpengetahuan luas selain faham mengenai industri bola sepak negara.
Orang yang ada dalam industri bola sepak tak berfungsi - TMJ
Tunku Ismail menyifatkan mereka tidak mempunyai visi, komitmen, pengetahuan dan keinginan untuk memajukan bola sepak negara.
'Saya tak sertai FAM, FAM sertai saya' - Tunku Ismail
Tunku Ismail memberikan bayangan kemungkinan satu kerjasama akan terbentuk bersama FAM dalam tempoh terdekat.
Tiada liga B-15, B-16 punca kegagalan pasukan muda - Pengarah Teknikal FAM
Pasukan akan terus bergelut untuk layak ke Piala Asia B-17 pada masa akan datang jika tiada platform bagi para pemain muda terbaik negara bermain perlawanan kompetitif secara tetap.
FAM dedah sebab pilih Laos jadi lawan Harimau Malaya
FAM menjelaskan sebab pemilihan pasukan di ranking ke-187 dunia, Laos sebagai lawan Harimau Malaya bagi perlawanan antarabangsa Tier 1 pada bulan depan.
Sukan tradisional, sukan rakyat dipertimbang dalam Karnival Liga Sukan UNITI tahun depan - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara akan mempertimbangkan untuk memasukkan acara sukan tradisional dan sukan rakyat ke dalam Karnival Liga Sukan UNITI bagi edisi tahun depan.
Peruntukan RM15 juta buat FAM bukan untuk pembayaran gaji - Hannah
Hannah berkata peruntukan tersebut khas untuk mendapatkan jurulatih bagi memperkasa skuad Harimau Malaya dan pasukan yang berkenaan.
Penubuhan unit baharu pantau skuad kebangsaan perlu lebih penjelasan
Perancangan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mewujudkan unit baharu bagi memantau prestasi dan menguruskan pasukan bola sepak negara secara khusus perlu penjelasan yang lebih menyeluruh.
Harimau Malaya bakal ada lagu sendiri, Warner Music sudah bayangkan penyanyinya
Skuad bola sepak kebangsaan atau nama julukannya, Harimau Malaya akan mempunyai sebuah lagu tema rasmi selepas ini.
FAM terus cari pemain warisan berkualiti perkuatkan Harimau Malaya
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terus terbuka untuk mencari dan menerima pemain warisan berkualiti dari luar negara.