Setelah menerima desakan daripada pelbagai pihak, Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) akhirnya bersetuju untuk memperkenalkan tiket khas untuk kanak-kanak sebanyak 2,000 keping bagi menyaksikan aksi final Piala FA di Stadium Shah Alam, 14 Mei ini.
FMLLP merupakan sebuah entiti swasta yang menguruskan Liga Malaysia bermula musim ini.
Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam menjelaskan perkara itu dipersetujui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada mesyuarat Jawatankuasa Exco yang bersidang hampir empat jam di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini, hari ini.
Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal berdepan wakil Liga Perdana, PKNS FC pada aksi final nanti.
"Tiket berkenaan berharga RM5 sekeping dan diagihkan berdasarkan pengagihan tiket dewasa sebelum ini, yang JDT mendapat lebih banyak tiket berbanding PKNS FC.
"Namun keputusan akhir akan dimaklumkan kepada kedua-dua pasukan secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat berkenaan.
Kevin memaklumkan persetujuan untuk menjual tiket berkenaan diputuskan setelah mendapat nasihat anggota exco FAM selain meneliti maklum balas daripada orang ramai.
Beberapa pihak termasuk Presiden Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) Ahmad Khawari Isa sebelum ini mempersoalkan ketiadaan tiket khas untuk kanak-kanak dan pelajar bagi menyaksikan aksi final berkenaan.
Dalam perkembangan sama, beliau menasihatkan ibu bapa yang telah membeli tiket untuk menyaksikan aksi final itu supaya mendaftarkan anak mereka berusia enam sehingga 12 tahun untuk menyertai Program Khas Final Piala FA, bermula hari ini di laman sesawang FMLLP www.footballmalaysia.com.
"Hanya ibu bapa yang membeli tiket final sahaja dibenarkan mendaftarkan anak mereka untuk menyertai Program Khas ini," katanya.
Menerusi program berkenaan, yang turut mendapat kerjasama daripada penaja utama Piala FA iaitu Superbest Power, seramai 1,000 kanak-kanak terpilih berpeluang melihat sendiri di sebalik tabir perjalanan aksi final berkenaan di samping berjumpa pemain kedua-dua pasukan.
JDT mara ke final setelah mencatat kemenangan agregat 4-3 ke atas Kedah manakala PKNS FC turut mencatat kemenangan agregat 4-3 ke atas Perak dalam satu lagi aksi separuh akhir, 30 April lepas.
Bernama
Mon May 09 2016
Khairi Zainal dan anaknya Nurqasrina Syaza menunjukkan tiket yang dibeli daripada kaunter tiket Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, pada Isnin, bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala FA 2016 di Stadium Shah Alam Sabtu ini. - fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Jemputan ditarik: Radhi Mat Din tidak berkecil hati
FMLLP telah mencadangkan untuk menjemputnya ke majlis pembukaan tirai Perlawanan Akhir Piala Malaysia namun pilihan itu didakwa tidak dipersetujui oleh exco Kedah.
Annuar tuntut keadilan ke atas pasukan Kelantan
Annuar berkata pihak pengurusan FMLLP tidak seharusnya melakukan sesuatu tindakan secara bebas tanpa mengadakan perbincangan bersama KAFA berkaitan tindakan yang dikenakan terhadap pasukan TRW itu.
Batalkan pemindahan Ghaddar jika KAFA belum cukup syarat - Annuar
Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa meminta Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) membatalkan pemindahan bekas pemain importnya, Mohammed Ghaddar yang
FMLLP perlu rujuk KAFA sebelum keluarkan kenyataan - Annuar
Liga-M seharusnya merujuk kepada persatuannya terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan pengambilan dua pemain import baharu pasukan Kelantan.
FMLLP kembali wujudkan tiket final piala FA untuk kanak-kanak
Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam berkata keputusan itu dibuat setelah mendapat nasihat anggota exco FAM.