FINAL Piala Malaysia edisi ke-50 hari ini harus menampilkan tanggapan yang sama-sekali berbeza – Kedah selaku pasukan ‘favourite’ sambil Selangor akan menggalas label ‘underdog’.
Hanya 12 bulan lalu, kedudukannya adalah berlawanan.
Selangor, di bawah bimbingan Mehmet Durakovic, menepati label sebagai ‘pasukan pilihan’ untuk menterjemahkannya sebagai pasukan bergelar juara dengan menundukkan Kedah 2-0 hasil jaringan awal pada setiap separuh masa.
Jika seminggu dalam kancah politik adalah satu tempoh yang panjang, 12 bulan dalam arena sukan turut menampilkan pelbagai perubahan.
Barangkali kedua-dua pasukan saling tidak menyukai label terbaru masing-masing kini, apatah lagi Selangor dengan sejarah gemilang kejuaraan terbanyaknya dalam kempen ini sambil Kedah lebih gemar tampil sebagai pasukan berstatus pencabar.
Namun, liku-liku berbeza buat skuad Merah-Kuning mahupun skuad Hijau-Kuning, baik dalam Liga Super, Piala FA mahupun laluan ke final Piala Malaysia kali ini, mencadangkan Kedah yang lebih wajar diangkat sebagai pasukan ‘favourite’ pada ketika tidak ramai yang menaruh harapan buat Selangor mengulangi kemaraan ke final.
Apakah yang berbeza daripada final tahun lalu?
Ia harus dimulai dengan Selangor kehilangan sentuhan magis Durakovic – yang menukar sekumpulan pemain biasa tanpa nama-nama besar menjadi barisan serba penakluk dalam Piala Malaysia – hanya untuk khidmatnya tidak dilanjutkan apabila musim berakhir.
Di tempatnya, tampil Zainal Abidin Hassan yang hanya mampu bertahan selama enam bulan apabila kepemimpinan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) tunduk kepada desakan penyokong dan kehambaran keputusan, untuk dia dipecat. Kini semuanya disandarkan ke bahu K. Gunalan yang masih mempunyai banyak untuk dibuktikan.
Di sebelah Kedah pula, kelebihan memihak mereka. Dinafikan tunjuk-ajar Tan Cheng Hoe mulai suku akhir Piala Malaysia musim lalu gara-gara perguruannya di China, Hijau-Kuning mendapat sentuhannya sepanjang musim ini.
Di sebalik Cheng Hoe mendapat tekanan penyokong untuk berundur menuju peringkat pertengahan musim ini, ‘Mr Nice Guy’ bola sepak Malaysia ini menyerlahkan kecekalan untuk mengemudi kemaraan Kedah sejauh ini dan harus bertepatan untuk ia berkesudahan dengan bergelar juara.
Sebagai sokongan kepada Liridon Krasniqi yang gagal menyerlah dalam final tahun lalu, Kedah kini memiliki bekas pemain Piala Dunia New Zealand, Shane Smeltz, dan Thiago Augusto -- di tempat Carlos Kahe dan Sandro da Silva ketika jendela perpindahan lalu – dan Lang Merah semakin mantap sejak itu.
Sebaliknya, Guilherme de Paula tiada lagi untuk mencatur gerakan Selangor, yang memilih untuk menagih sentuhan Patrick Ronaldinho Wleh dan Mauro Olivi yang menjadi tajuk utama hanya atas sebab-sebab berlawanan.
Persoalan besar yang menyelubungi kem Selangor ialah sejauh mana keharmonian dalam pasukan sejak pemecatan Zainal, meninggalkan Razman Roslan, Khairul Azhan Khalid, Hafiz Kamal dan R. Gopinathan yang menyusuli jurulatih itu dari Pahang, dalam keadaan terkapai-kapai.
Lebih daripada semua itu, keputusan dalam pelbagai perlawanan mendatangkan perbandingan ketara. Skuad Merah-Kuning bergelut dalam saingan liga (tangga kelima), ditunjukkan jalan keluar lebih awal dalam kempen Piala FA dan Piala AFC sehinggalah Piala Malaysia menjadi talian hayat buat mereka memburu satu-satunya trofi yang tinggal.
Kedah, sebaliknya, tampil pasukan ketiga terbaik pada musim pertama mereka kembali ke Liga Super di samping mara sejauh separuh akhir Piala FA dengan kekalahan kepada pasukan yang kemudiannya muncul juara, JDT.
Mengambil kira semua perbandingan itu, sewajarnyalah Kedah diangkat sebagai ‘favourite’ dengan dendam kekalahan musim lalu, menjadi motivasi tambahan buat mereka menjulang piala simbol keagungan bola sepak Malaysia malam nanti.
LALUAN KE PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2016:
KEDAH SELANGOR
Peringkat kumpulan Peringkat kumpulan
13 Julai Kedah 4 Sarawak 3 12 Julai Selangor 1 K Lumpur 0
20 Julai T-Team 0 Kedah 2 20 Julai Selangor 3 Kelantan 3
29 Julai Kedah 0 JDT II 0 30 Julai Pahang 1 Selangor 0
9 Ogos JDT II 2 Kedah 3 9 Ogos Selangor 3 Pahang 0
13 Ogos Kedah 0 T-Team 1 12 Ogos Kelantan 1 Selangor 4
19 Ogos Sarawak 0 Kedah 3 20 Ogos K Lumpur 1 Selangor 1
Suku Akhir Suku Akhir
28 Ogos N Sembilan 0 Kedah 0 28 Ogos PKNS 3 Selangor 4
17 Sept Kedah 5 N Sembilan 0 17 Sept Selangor 1 PKNS 0
Separuh Akhir Separuh Akhir
30 Sept Kedah 2 PDRM 1 1 Okt Selangor 2 T-Team 1
15 Okt PDRM 0 Kedah 0 15 Okt T-Team 0 Selangor 3
*Shaukei Kahar merupakan pengulas sukan ternama tanah air dan juga penulis buat Astro Arena.
**Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Astro AWANI.
Shaukei Kahar
Sun Oct 30 2016
Mengambil kira semua perbandingan itu, sewajarnyalah Kedah diangkat sebagai favourite dengan dendam kekalahan musim lalu menjadi motivasi tambahan. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Rusia teruskan uji peluru berpandu baharu
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia akan meneruskan ujian peluru berpandu hipersonik baharu, dalam situasi pertempuran sambil menegaskan simpanan senjata sedia digunakan.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kerajaan MADANI tumpu pembangunan negara, tidak layan kenyataan picisan - Anwar
Kerajaan MADANI terus menumpukan inisiatif membangunkan negara dan tidak melayani kenyataan picisan yang tidak membantu ke arah usaha tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Piala Skuasy Malaysia: Sivasangari, Eain Yow mara ke final
Sivasangari melangkah ke final dengan kemenangan bergaya 11-3, 11-8, 11-6 ke atas pemain Scotland Georgia Adderley dalam masa 31 minit.
Masters Korea: Peluang Aaron Chia-Soh Wooi Yik padam kemarau kejuaraan
Aaron Chia-Soh Wooi Yik menundukkan gandingan Taiwan dalam masa 36 minit untuk mara ke final kedua Jelajah Dunia tahun ini.
Amirudin mahu Selangor pamer aksi terbaik, rampas Piala FA
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari mahu pasukan Selangor FC berjuang sehabis baik dan merampas kembali Piala FA pada pertemuan dengan JDT malam ini.
Olimpik Paris 2024: Brazil mara ke final bola sepak wanita
Brazil mengejutkan juara Piala Dunia Sepanyol dengan kemenangan 4-2 untuk memastikan tempat dalam perlawanan akhir bola sepak wanita.
Piala FA: JDT melangkah ke final, kalahkan KDA FC dengan agregat 5-1
Johor Darul Ta'zim (JDT) menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 3-0 untuk melangkah ke perlawanan akhir Piala FA dengan agregat 5-1, malam ini.
Olimpik Paris 2024: Dua atlet negara tamat perjuangan
Harapan dua atlet negara di Sukan Olimpik Paris 2024 lebur apabila masing-masing terkandas di pusingan kelayakan pada Sabtu.
EURO 2024: Keunggulan Sepanyol atau 'magis' England, final dambaan fanatik bola sepak
Ramalan paling sukar dalam bola sepak ialah ketika aksi final kerana ia bukan soal taktikal dan skil semata-mata, ia melibatkan keinginan, siapa paling dahagakan kemenangan.
EURO 2024: Harry Kane sedia 'tinggalkan' pencapaian terdahulu demi julang gelaran bersama England
HARRY Kane mengakui dia sedia 'tinggalkan segala pencapaian yang diperoleh sepanjang kerjaya' untuk memenangi Euro 2024 bersama England, apabila bakal bertemu Sepanyol awal pagi esok.
Malaysia, Thailand buat perhitungan di final double, regu
Skuad negara berjaya mencapai sasaran layak ke final acara regu dan double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
Wan Muhammad Arif-Roy King kalahkan gandingan adik-beradik Popov untuk mara ke final
Pasangan nombor 65 dunia itu mengejutkan gandingan adik-beradik Popov dengan 21-17, 21-17 pada perlawanan peringkat separuh akhir.