Axelsen, dalam satu kenyataan, memaklumkan bahawa keputusan itu diambil berikutan kecederaan kaki kiri yang dialaminya.
Pemain Denmark yang menduduki ranking kedua dunia itu berkata dia perlu benar-benar cergas sebelum kembali beraksi dalam mana-mana kejohanan.
Juara lima kali itu juga memaklumkan bahawa dia bersedia untuk menerima sebarang hukuman daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
"Malangnya saya tidak dapat menyertai Final Jelajah Dunia HSBC pada Disember ini," katanya dalam kenyataan itu.
"Saya mengalami kecederaan di kaki kiri yang menyebabkan saya mengalami kesukaran dan saya telah dinasihatkan untuk menanganinya dengan segera untuk mengelakkan masalah jangka panjang.
"Saya sangat kecewa tidak dapat bermain di Hangzhou.
"Setelah memenangi kejohanan itu sebanyak lima kali, ia menjadi salah satu kejohanan kegemaran dan menjadikan keputusan ini sesuatu yang pahit untuk ditelan.
"Bagaimanapun keutamaan saya adalah untuk mendapatkan 100 peratus kecergasan sebelum kembali bersaing," katanya. -- Stadium Astro