Penerjun wanita negara, Wendy Ng Yan Yee dikenakan penggantungan lapan bulan oleh Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) kerana kesalahan doping.
Setiausaha Kehormat Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), Mae Chen berkata penggantungan terhadap penerjun kelahiran Kuala Lumpur berusia 24 tahun itu berkuat kuasa 26 Ogos 2017, iaitu tarikh sampel B diambil, dan hukuman itu akan berakhir pada 26 April 2018.
"Saya menerima e-mel daripada FINA Khamis malam yang memaklumkan penggantungan Wendy selama lapan bulan berikutan kes dopingnya, maka dia tidak disenaraikan untuk Sukan Komanwel 2018," katanya ketika dihubungi Bernama, pada Jumaat.
Chen memberitahu Wendy akan kembali menjalani latihan bersama skuad terjun kebangsaan pada 15 April untuk persiapan menghadapi Sukan Asia 2018 di Indonesia dari 18 Ogos hingga 2 Sept.
Dalam perkembangan lain, Chen berkata skuad negara dijadual berlepas ke Gold Coast, Australia pada 26 Mac bagi menyesuaikan diri dengan suasana gelanggang pertandingan.
"Sebelum ini saya dimaklumkan upacara menaikkan bendera akan berlangsung pagi 26 Ogos, sebelum skuad negara berlepas ke Gold Coast pada sebelah malam," katanya.
Pada Oktober 2017, Wendy disahkan mengambil bahan terlarang jenis sibutramine selepas sampel B yang uji di makmal Agensi Anti Doping Dunia di New Delhi, turut positif.
Penerjun terbabit didapati melakukan kesalahan itu semasa beraksi pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Ogos lepas, dan Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) sedang dalam proses untuk mendapatkan semula pingat emas yang dimenanginya dalam acara 3m papan anjal individu wanita.
- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 02 2018
![FINA gantung Wendy lapan bulan kerana kesalahan doping FINA gantung Wendy lapan bulan kerana kesalahan doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/41520028495_WENDYNG.jpg)
Penerjun negara, Wendy Ng digantung lapan bulan kerana kesalahan doping - FotoBernama
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645583501_TBSINNER.jpg)
Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis.
![PABM tekad pastikan sukan angkat berat kekal bebas isu doping PABM tekad pastikan sukan angkat berat kekal bebas isu doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736487490_TBAYUBRAHMAT.jpg)
PABM tekad pastikan sukan angkat berat kekal bebas isu doping
Pemeriksaan mengejut oleh ADAMAS adalah antara inisiatif berterusan persekutuan itu bagi memastikan insiden doping tidak berulang.
![Juventus-Pogba capai kata sepakat batal kontrak Juventus-Pogba capai kata sepakat batal kontrak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731725694_PaulPogba.jpg)
Juventus-Pogba capai kata sepakat batal kontrak
Dia pada asalnya digantung selama empat tahun, namun hukumannya disingkatkan kepada 18 bulan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan pada Oktober.
![SUKMA 2024 berjaya capai sifar doping SUKMA 2024 berjaya capai sifar doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71692804684_AzuraAbidin.jpg)
SUKMA 2024 berjaya capai sifar doping
Azura berkata hasil analisis itu baru sahaja diperoleh minggu ini sekali gus menyaksikan temasya SUKMA kali ini bebas doping.
![AIU fail rayuan kes doping pelari pecut AS di Paris 2024 AIU fail rayuan kes doping pelari pecut AS di Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723787361_Knightondoping.jpg)
AIU fail rayuan kes doping pelari pecut AS di Paris 2024
Knighton diuji positif trenbolone steroid pada 26 Mac tetapi US ADA memutuskan keputusan positif itu mungkin disebabkan oleh daging yang tercemar.
![Olimpik 2024: Tahap kesedaran doping tinggi dalam kalangan atlet ke Paris - Adam Adli Olimpik 2024: Tahap kesedaran doping tinggi dalam kalangan atlet ke Paris - Adam Adli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721568216_AdamAdli.jpg)
Olimpik 2024: Tahap kesedaran doping tinggi dalam kalangan atlet ke Paris - Adam Adli
MSN dan ISN sentiasa memastikan 26 atlet negara ke temasya sukan itu bebas daripada penggunaan bahan larangan sehingga gagal ujian doping.
![ADAMAS 'kejar' atlet lengkapkan modul khas Olimpik ADAMAS 'kejar' atlet lengkapkan modul khas Olimpik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717983868_AzuraAbidinjpg.jpg)
ADAMAS 'kejar' atlet lengkapkan modul khas Olimpik
Pihak ADAMAS juga menggerakkan usaha menggalakkan mereka yang berlatih di luar negara melengkapkan modul tersebut secara dalam talian.
![Jia Xin kekal digantung dua tahun - ADAMAS Jia Xin kekal digantung dua tahun - ADAMAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712028856_TBJiaXinjpg.jpg)
Jia Xin kekal digantung dua tahun - ADAMAS
Azura berkata tiada panggilan kedua akan dibuat kepada atlet wanita berkenaan yang disahkan positif doping pada Februari tahun lepas.
![SUKMA 2024: ADAMAS harap sifar doping, tumpuan kepada badang negeri SUKMA 2024: ADAMAS harap sifar doping, tumpuan kepada badang negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712027610_AzuraAbidinjpg.jpg)
SUKMA 2024: ADAMAS harap sifar doping, tumpuan kepada badang negeri
Azura berkata pihaknya menggesa agar kesemua negeri bertanding hadir secara telus dan bersih dalam temasya dwitahunan itu.
![Isu doping: Pogba sedih, terkejut dan kecewa digantung empat tahun Isu doping: Pogba sedih, terkejut dan kecewa digantung empat tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81657684297_PaulPogba.jpg)
Isu doping: Pogba sedih, terkejut dan kecewa digantung empat tahun
Paul Pogba berkata dia 'sedih, terkejut dan patah hati' selepas digantung daripada bola sepak kerana kesalahan doping.