KUALA LUMPUR: Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) menyeru Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) supaya melihat semula semula format pertandingan Piala Dunia 2023 semasa di Bhubaneswar, Rourkela, India.
Berdasarkan format semasa, Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal, berkata adalah tidak adil bagi pasukan seperti Malaysia, yang mencatatkan lebih banyak kemenangan namun menamatkan kejohanan itu lebih rendah daripada pasukan yang mencatatkan satu kemenangan di India.
Ketika impian Speedy Tigers untuk mara ke suku akhir musnah selepas tewas kepada Sepanyol 3-4 menerusi penentuan penalti 'shoot-out' sudden death' dalam saingan 'Crossover', Subahan percaya bahawa pasukan negara harus bermain untuk klasifikasi tempat ke-9-12 dan bukannya menentang Afrika Selatan untuk perlawanan klasifikasi tempat ke-9-16.
"Afrika Selatan kalah setiap perlawanan dalam Kumpulan A dan akhirnya menamatkan saingan lebih tinggi daripada kami. Kita tidak boleh berbuat banyak kerana itu adalah peraturan FIH tetapi saya serius menyeru badan antarabangsa ini untuk melihat semula perkara ini kerana ia tidak adil.
"Saya tidak percaya kami menamatkan 13, kami sepatutnya bermain untuk tempat 9-12," katanya pada sidang media semasa Mesyuarat Eksekutif Lembaga MHC, di sini, semalam.
Skuad Speedy Tigers, kendalian A. Arul Selvaraj, yang muncul naib juara Kumpulan C, kalah 3-6 kepada Afrika Selatan pada klasifikasi tempat kesembilan hingga 16, Khamis lalu.
Pada edisi Piala Dunia kali ini, skuad negara menamatkan saingan di kedudukan ke-13 berkongsi kedudukan bersama Perancis selepas menewaskan Jepun 3-2, pada Sabtu.
Pada edisi 2018 di India, Malaysia menamatkan saingan di tempat ke-15.
Dalam pada itu, Afrika Selatan menduduki tempat ke-11 selepas tewas 2-5 kepada tuan rumah, India, pada perlawanan klasifikasi 9-12.
Subahan berpendapat adalah lebih baik FIH menggunakan format edisi sebelum ini di mana pasukan yang menduduki tangga tercorot kumpulan tersingkir terus daripada pertandingan dan kedudukan mereka akan dikira berdasarkan prestasi mereka dalam aksi kumpulan.
Katanya, skuad negara akan berkumpul semula selepas pulang ke tanah air, Selasa ini, dan akan memberi tumpuan memenangi pingat emas Sukan Asia di Hangzhou, China dari 23 Sept hingga 8 Okt. dalam usaha memperoleh slot automatik ke Sukan Olimpik Paris 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 29 2023

Subahan bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat Eksekutif Lembaga MHC, di Stadum Hoki Bukit Jalil, semalam. --fotoBERNAMA
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Skuad hoki dalam dewan berdepan kumpulan maut di Piala Dunia
Skuad hoki dalam dewan lelaki berdepan tugas getir pada penampilan sulung Piala Dunia 2025 di Porec, Croatia, dari 3 hingga 9 Februari depan.

KHM akan lantik empat pembantu jurulatih untuk skuad remaja
Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) bakal melantik empat jurulatih tambahan bagi membantu ketua jurulatih skuad kebangsaan Sarjit Singh mengendalikan skuad remaja negara pada masa akan datang.

Hoki: Ketua jurulatih baharu Speedy Tigers akan dilantik secepat mungkin
Jawatan ketua jurulatih pasukan hoki kebangsaan akan diisi secepat mungkin dan dijangka sebelum bulan Ramadan.

'Habuan' menanti skuad hoki 5s lelaki negara - Subahan
Skuad hoki 5 sebelah (5s) lelaki negara bakal menerima habuan sewajarnya susulan kejayaan mara ke pentas final edisi sulung kejohanan Piala Dunia Hoki 5s 2024 berlangsung di Muscat, Oman.

Arul sedia terima sebarang keputusan KHM
Arul berkata beliau mempunyai perancangan tersendiri buat pasukan kebangsaan sekiranya KHM masih terus memberi peluang kepadanya.

MHC perlu RM12 juta untuk harungi musim 2024 - Subahan
Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) memerlukan sekurang-kurangnya RM12 juta bagi menampung perbelanjaan dan melicinkan pengurusan persatuan dalam mengharungi musim 2024.

Hoki: KHM kecewa pencapaian Young Tigers di JWC 2023
Presiden KHM Datuk Seri Subahan Kamal kecewa dengan prestasi ditunjukkan oleh skuad hoki remaja negara di Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023.

Salur peruntukan cukup kepada ISN - Subahan
Ia bagi memastikan ISN dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada persatuan sukan kebangsaan tanpa memikirkan kekangan kewangan.

Subahan menang tanpa bertanding presiden KHM penggal ketiga berturut-turut
Datuk Seri Subahan Kamal hari ini secara rasmi mempertahankan jawatan nombor satu Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) bagi penggal 2023-2027.

Young Tigers perlu segera baiki kelemahan untuk saingan Piala Dunia Remaja
Skuad remaja kebangsaan perlu memperbaiki segera beberapa kelemahan sebelum menghadapi kejohanan Piala Dunia Remaja bulan depan.