BADAN induk bola sepak dunia, Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA) telah meluluskan teknologi Pengadilan Bantuan Video (VAR) dalam temasya Piala Dunia di Rusia yang akan membuka tirainya Jun ini.
Menurut presidennya, Gianni Infantino, mereka mahu memberi alat untuk pengadil memudahkan tugas mereka untuk membuat keputusan yang lebih baik, lebih-lebih lagi dalam temasya terbesar sukan itu.
“Kita perlu mengikut arus masa.
“Tidak mustahil pada 2018 semua orang (yang sedang menyaksikan siaran langsung bola sepak) di ruang tamu tahu hanya beberapa saat selepas permainan sama ada pengadil membuat kesilapan atau tidak,” jelasnya.
Perkara itu diumumkan selepas sidang Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) yang berlangsung di sini sebulat suara bersetuju untuk memperkenalkan pelaksanaan VAR secara kekal awal bulan ini.
Badan itu bersetuju meluluskan teknologi itu berdasarkan hasil kajian bebas yang dijalankan sebuah universiti Belgium, KU Leuven.
“Pada mulanya saya skeptikal, tetapi tanpa mencuba kita tidak tahu bagaimana kemampuannya.
“Tanpa VAR, seseorang pengadil boleh membuat satu kesalahan besar setiap tiga perlawanan. Dengan VAR, angka itu kami sudah lihat daripada beberapa percubaan yang menunjukkan bahawa kesilapan dibuat sekali setiap 19 perlawanan,” terangnya.
VAR diperkenalkan pertama kali kepada dunia bola sepak dalam Piala Dunia Kelab pada Disember 2016, dan turut dicuba dalam temasya Piala Konfederasi 2017.
Ia turut cuba dilaksanakan dalam beberapa saingan piala domestik England musim ini, juga di Jerman dan Itali.
Bagaimanapun, sistem ini mengundang beberapa kontroversi dan menyebabkan beberapa keputusan salah dilakukan pengadil.
Antara paling hangat diperkatakan adalah selepas Tottenham Hotspurs membelasah Rochdale 6-1 dalam saingan Piala FA lewat Februari, di mana satu gol tidak disahkan dan pembatalan penalti yang telahpun berjaya disempurnakan.
Susulan itu, Liga Perdana Inggeris belum pasti untuk mengaplikasikan teknologi itu musim depan, malah UEFA turut menolak penggunaannya dalam saingan Liga Juara-Juara 2018/2019.
Israr Khalid
Sat Mar 17 2018
Perkara itu diumumkan selepas sidang Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) sebulat suara bersetuju untuk memperkenalkan pelaksanaan VAR secara kekal awal bulan ini. - Foto fail REUTERS/Hamad I Mohammed
Mohon maaf kepada rakyat Jepun, China bukan isu papan tanda - Menteri Pelancongan
Permohonan maaf yang dibuat kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini ialah berhubung insiden kemalangan, kata Tiong King Sing.
Pasca Pemilu: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih dalam Pilkada serentak hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Imigresen, MPAJ gempur apartmen Pandan Mewah, 119 pendatang tanpa izin ditahan
Jabatan Imigresen tahan 119 pendatang dalam operasi bersepadu bersama MPAJ, PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara di Apartmen Pandan Mewah.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
31 diselamatkan, 4 mayat ditemukan selepas bot pelancong karam di Laut Merah
Bot berkenaan yang membawa 44 orang, karam berhampiran bandar pesisir pantai Marsa Alam pada awal pagi Isnin.
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
UEFA, FIFA kekal haramkan Rusia sertai mana-mana pertandingan bola sepak dunia
Keputusan itu juga secara automatik menjadikan Rusia tidak akan menyertai kejohanan Piala Dunia 2026.
Ranking Harimau Malaya melonjak
Mengikut kiraan semasa tidak rasmi, Malaysia melonjak lima anak tangga daripada kedudukan 133 dunia ke kedudukan ke-128 dunia.
Tidak berdisiplin, FIFA beri Indonesia hukuman
Jawatankuasa Disiplin FIFA beri amaran bersama hukuman denda kepada Indonesia susulan tindakan tidak berdisiplin semasa aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.
Harimau Malaya jatuh satu anak tangga, kini ranking ke-133 dunia
HARIMAU Malaya turun satu anak tangga dari kedudukan 132 ke-133 dunia dalam kemas kini terbaharu ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Khamis.
Nidzam puas hati tapi mahu kemenangan jadi satu kebiasaan buat Selangor
Ketua Jurulatih Selangor FC Nidzam Jamil berpuas hati dengan persembahan dan kedudukan pasukan bimbingannya dalam kesemua kejohanan sebelum jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 7-15 Okt ini.
FIFA sahkan Mats Deijl tidak layak wakili Harimau Malaya
FIFA mengesahkan bahawa pemain Go Ahead Eagles dari Belanda, Mats Deijl, tidak melepasi syarat kelayakan untuk menyertai Harimau Malaya.
80 perlawanan Liga Malaysia guna VAR - Sivasundaram
Sebanyak 80 perlawanan membabitkan aksi Liga Super, Piala Malaysia, Piala FA, dan Challenge Cup bagi musim 2024-2025 telah menggunakan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) setakat ini.
FIFA tangguh lagi permintaan Palestin gantung Israel
FIFA menangguhkan sekali lagi keputusan terhadap cadangan Palestin supaya Israel digantung daripada sukan bola sepak antarabangsa.
Arab Saudi cadang bina stadium atas bangunan 350 meter untuk Piala Dunia 2034
Stadium NEOM akan dibina di bangunan terpanjang dunia The Line dengan kapasiti melebihi 46,000 penduduk.
Program F4S: Potensi lahir bakat muda bola sepak, terap nilai murni
Pengenalan program F4S oleh FIFA bukan sekakar berpotensi melahirkan bakat muda dalam sukan bola sepak tetapi turut menerapkan nilai-nilai murni yang boleh diadaptasi dalam kehidupan seharian.