Pemain profesional e-sukan FIFA 18, Amirul 'AmTuah' Afandi menyifatkan mutu persembahannya dalam Kejohanan Permainan Video Bola Sepak Asia (AFGC) baru-baru ini, bukanlah satu perkara yang membanggakan selepas tewas di peringkat separuh akhir.
AmTuah berkata kekalahan tersebut amat memeritkan baginya apabila dia terkandas buat dua tahun berturut-turut dalam kejohanan itu di peringkat yang sama.
“Secara keseluruhan, ia bukanlah satu prestasi yang membanggakan kerana saya tahu sebenarnya saya boleh mencapai keputusan yang lebih baik lagi.
“Mungkin selepas ini saya perlu menjalani latihan mental yang lebih kukuh memandangkan kalau dilihat perbandingan skil teknikal dengan pemain Asia lain tidak jauh bezanya.
“Walau bagaimanapun, saya mohon maaf kerana tidak dapat membawa pulang trofi kejuaraan ini,” jelas AmTuah ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad.
Dalam pertandingan separuh akhir AFGC tersebut, AmTuah tewas di tangan pemain Singapura, Syamil Sabirin 2-0.
Tidak mahu lagi menoleh ke belakang, AmTuah yang merupakan juara Virtuelle Bundesliga Asia Tenggara itu berhasrat untuk mengadakan lebih banyak perlawanan persahabatan pada masa akan datang, bersama pemain-pemain FIFA 18 di rantau ini bagi memperbaiki mutu persembahannya.
Sementara itu, seorang lagi wakil Malaysia, Muhammad Luqman Haziq ‘Fenrir’ Hajiman turut terkandas di pusingan separuh akhir apabila terpaksa akur dengan kekalahan menerusi sepakan penalti kepada jaguh Jepun, Subaru Sugano.
“Mungkin saya kalah dari segi pengalaman memandangkan Subaru sudah berada dalam arena profesional e-sukan ini selama tujuh tahun.
“Walaupun kejohanan itu juga mengalami beberapa isu teknikal, saya percaya saya sudah memberikan yang terbaik. Rezeki kemenangan untuk kejohanan itu belum lagi sampai untuk saya,” katanya kepada Astro AWANI.
AFGC yang berlangsung di Marina Square, Singapura itu menyaksikan finalis Piala e-Dunia FIFA (FIWC) pada 2015 dan 2017, Subaru muncul juara selepas mengalahkan pemain tuan rumah Syamil 2-1 pada final.
Kejohanan yang dianjur Persatuan Permainan Video Atas Talian dan Sukan Siber Singapura (SCOGA) itu mengumpulkan 24 pemain terbaik FIFA 18 daripada 13 negara Asia dan menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM10,000.
Mariah Ahmad
Mon Jul 16 2018

Amirul 'AmTuah' Afandi (kanan) dan Muhammad Luqman Haziq 'Fenrir' Hajiman sebelum ini masing-masing menjuarai peringkat kumpulan dalam AFGC. - Foto Gamesbond
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

FIFA 18: "Kandas separuh akhir, memang tak membanggakan" - AmTuah
AmTuah berkata kekalahan tersebut amat memeritkan baginya apabila dia terkandas dalam separuh akhir dua tahun berturut-turut dalam kejohanan itu

FIFA18: AmTuah, Fenrir mara ke pusingan kalah mati AFGC
AmTuah berkata meskipun dia berpuas hati dengan prestasinya itu namun tumpuan sepenuhnya perlu diberikan kepada persiapan menjelang perlawanan menentang juara bertahan kejohanan itu Kartikeya Behl.

FIFA18: AmTuah, Luqman, Shige beraksi di pentas Asia
Siapa bakal bergelar yang terbaik di Asia dalam arena e-sukan FIFA 18?