KUALA LUMPUR: Pasukan sukan tarian negara menampilkan gerak tari mempersonakan untuk merangkul dua emas dan satu gangsa dalam Festival Sukan Tarian 2024 di Bremen, Jerman, semalam.
Dua emas itu diperoleh menerusi Cherry Yeo dalam acara Latin Solo Wanita Dewasa serta Yap Wan Xin bagi kategori Latin Solo Wanita Remaja manakala Kimberly Chew menyumbang gangsa menerusi acara Latin Solo Wanita Junior ll.
Menurut Persekutuan Dance Sport Malaysia (MYDF) hari ini, lebih membanggakan Cherry yang memenangi tigas emas dalam Festival Tarian Mallorca (MDF) di Sepanyol tahun lepas kini menduduki tempat keenam teratas dunia di bawah kategori Latin Solo Wanita Dewasa.
Yap pula kini menghuni kedudukan tiga teratas dunia bagi kategori Latin Solo Wanita Remaja.
Acara ranking dunia itu diiktiraf Persekutuan Sukan Tarian Dunia (WDSF), bermula Jumaat lalu dan berakhir semalam, menarik penyertaan sekitar 250 peserta daripada 46 negara seperti Croatia, Georgia dan China.
"Kejayaan pasukan negara tidak dapat dicapai tanpa sokongan, dedikasi dan bimbingan pakar jurulatih Chua Zjen Fong dan Evon Chong dari MY DanceSport Academy. Komitmen mereka untuk memupuk bakat atlet ini telah memainkan peranan penting dalam mencapai prestasi yang luar biasa ini," menurut kenyataan MYDF.
Selain itu, MYDF merakamkan penghargaan kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan Kementerian Belia dan Sukan atas pembiayaan penyertaan dan sokongan padu bagi membolehkan pasukan negara itu mengharumkan nama negara di pentas dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 03 2024
Acara ranking dunia itu diiktiraf Persekutuan Sukan Tarian Dunia (WDSF) dan menarik penyertaan sekitar 250 peserta daripada 46 negara seperti Croatia, Georgia dan China.
Arteta tak kisah sindiran 'stay humble' Haaland
Arteta turut menegaskan bahawa hubungannya dengan Pep Guardiola tetap positif.
Zaid cadang KJ sertai Pas kerana UMNO sudah tiada masa depan
Zaid turut menolak idea jika Khairy mahu menubuhkan parti politik baharu kerana bakal berdepan laluan sukar.
Remaja ditemukan lemas di Lata Tebing Tinggi
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditemukan lemas ketika mandi bersama rakan-rakannya di Lata Tebing Tinggi, Selama pada Sabtu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berkenaan insiden itu pada 4.53 petang sebelum tiba ke lokasi kejadian 14 minit kemudian.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berkenaan insiden itu pada 4.53 petang sebelum tiba ke lokasi kejadian 14 minit kemudian.
Trump arah serangan udara di Somalia, sasar anggota ISIS
Penilaian awal menunjukkan beberapa anggota ISISI terbunuh, tanpa sebarang kecederaan terhadap penduduk awam.
Pengurusan taman tema akan dipanggil - MB Selangor
Kerajaan Selangor akan memanggil pihak pengurusan sebuah taman tema terkenal di Shah Alam berikutan insiden seorang pengunjung cedera tertimpa pelampung permainan gelongsor air kaca yang terjatuh pada Rabu lalu.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit.
PM hulur sumbangan kepada bapa tunggal di Kuantan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada seorang bapa tunggal dikenali sebagai Mohammad yang menyara lima anak di Kampung Chengal Lempong, Kuantan, Pahang.
Ringgit dijangka bergerak berhati-hati, dipengaruhi tarif AS
Ringgit dijangka diniagakan antara RM4.41–RM4.44 minggu depan, dengan trajektori bergantung pada dasar tarif AS dan hubungan perdagangan Malaysia-China.
Bursa Malaysia dijangka pulih, aktiviti dagangan meningkat minggu depan
Sentimen pasaran yang lebih baik dijangka menggalakkan pembelian saham berharga rendah, dengan FBM KLCI berpotensi pulih selepas dagangan perlahan minggu ini.
Daftar nama, permudah mangsa terima bantuan - TPM Fadillah
Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, sekiranya terputus hubungan, mangsa banjir boleh terus menghubungi pihak sekretariat supaya bantuan dapat dihantar.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak & Sabah menurun
Jumlah mangsa banjir di Sarawak dan Sabah terus berkurang, namun beberapa daerah masih terjejas dengan PPS masih beroperasi bagi menempatkan mangsa yang terkesan.
Pintu kaca dilastik, stesen minyak dipecah masuk
Sebuah stesen minyak dipecah masuk selepas cermin pintu kaca premis tersebut dilastik sehingga pecah dalam kejadian di Pekan Sook di Keningau.
Festival Sukan Tarian: Wakil Malaysia bawa pulang dua emas, satu gangsa
Pasukan sukan tarian negara merangkul dua emas dan satu gangsa dalam Festival Sukan Tarian 2024 di Bremen, Jerman.