KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan senarai akhir 26 pemain skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon yang akan beraksi pada Piala Asia 2023 di Doha, Qatar dari 12 Jan hingga 10 Feb ini.

Kesemua 26 pemain itu adalah yang dipanggil ke kem latihan pusat skuad kebangsaan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sejak 26 Dis lepas sekali gus menyaksikan Pan Gon tidak membuat sebarang perubahan menjelang kejohanan berprestij itu.

Daripada 26 pemain yang dibawa, tiga merupakan penjaga gol, sembilan pemain pertahanan, enam pemain tengah dan lapan penyerang termasuk pemain naturalisasi terbaharu Romel Morales.

Malaysia, pasukan di ranking dunia ke-130 diundi dalam Kumpulan E bersama Jordan (87), Bahrain (86) dan juara dua kali Korea Selatan yang merupakan pasukan ke-23 dunia.

Malaysia yang menamatkan penantian 42 tahun untuk layak secara merit ke Piala Asia akan memulakan saingan kumpulan menentang Jordan di Stadium Al Janoub pada 15 Jan (1.30 pagi 16 Jan waktu Malaysia), Bahrain di Stadium Jassim Bin Hamad (20 Jan) dan aksi terakhir bertemu Korea Selatan di Stadium Al Janoub pada 25 Jan.

Hanya juara dan naib juara setiap kumpulan bersama empat pasukan tempat ketiga terbaik akan layak ke pusingan 16 terbaik.

Ini merupakan kali keempat Malaysia beraksi di Piala Asia selepas layak secara merit pada edisi 1976 di Iran dan 1980 di Kuwait serta ketika menjadi tuan rumah bersama pada 2007.

Sebagai aksi pemanas badan, anak buah Pan Gon yang tiba di Doha seawal 1 Jan lepas dijadual bertemu Syira pada perlawanan persahabatan antarabangsa di sana pada 8 Jan ini.

Berikut senarai akhir 26 pemain skuad Harimau Malaya ke Piala Asia 2023 di Doha, Qatar dari 12 Jan hingga 10 Feb:













































































































































NamaUmurPosisi
Muhammad Azri Ab Ghani25Penjaga Gol
Ahmad Syihan Hazmi Mohamed28Penjaga Gol
Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman22Penjaga Gol
Matthew Davies29Pertahanan
Shahrul Mohd Saad21Pertahanan
Daniel Ting32Pertahanan
Muhammad Syahmi Safari26Pertahanan
Dominic Tan27Pertahanan
Junior Eldstal33Pertahanan
Dion Cools28Pertahanan
La'vere Lawrence Corbin-ong33Pertahanan
Ahmad Khuzaimi Piee31Pertahanan
Stuart John Wilkin26Tengah
Endrick Dos Santos29Tengah
Mohamed Syamer Kutty Abba27Tengah
Brendan Gan36Tengah
Mohd Afiq Fazail30Tengah
Natxo Insa38Tengah
Mohamad Faisal Abdul Halim26Penyerang
Darren Lok34Penyerang
Muhammad Safawi Rasid27Penyerang
Arif Aiman Mohd Hanapi22Penyerang
Mohamadou Sumareh30Penyerang
Paulo Josue35Penyerang
Muhammad Akhyar Abdul Rashid25Penyerang
Romel Morales27Penyerang




-- BERNAMA