Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akhirnya memutuskan untuk meminda Artikel 88 yang membenarkan para pegawainya selain daripada Presiden dan Setiausaha Agung untuk membuat kenyataan media berkaitan badan induk bola sepak kebangsaan itu.
Sebelum ini, artikel berkenaan hanya membenarkan Presiden dan Setiausaha Agung FAM sahaja yang boleh menyeluarkan kenyataan media.
Naib Presiden FAM Datuk Afandi Hamzah berkata para pegawai berkenaan bagaimanapun tertakluk kepada beberapa syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Eksekutif FAM.
"Jawatankuasa Eksekutif akan membuat satu garis panduan tentang kenyataan akhbar sebelum diedarkan kepada semua ahli gabungan FAM supaya tidak lagi timbul sebarang permasalahan selepas ini khususnya berkaitan Artikel 88," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Kongres Tahunan FAM ke-49 yang disempurnakan oleh Presidennya Sultan Ahmad Shah dan turut dihadiri oleh timbalannya, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah serta setiausaha agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin.
Afandi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM berkata ahli majlis turut bersetuju meminda Artikel 68 yang tidak membenarkan mana-mana ahli gabungan FAM atau pemain untuk membawa sebarang kes berkaitan bola sepak terus ke mahkamah.
Beliau sebaliknya menegaskan ahli gabungan FAM atau pemain perlu melalui prosedur yang ditetapkan seperti membawa kes berkenaan ke jawatankuasa kecil dalam FAM untuk proses penyelesaian sebelum membawa kes mereka ke mahkamah.
"Sekiranya mereka terus berdegil dan membawa kes berkenaan terus ke mahkamah, maka mereka akan dikenakan tindakan di bawah Artikel 68 (iaitu maksimum gantung seumur hidup)...bagaimanapun mereka boleh membuat rayuan kepada FAM untuk pertimbangan," katanya.
Sebelum pindaan itu, Artikel 68 tidak membenarkan mana-mana ahli gabungan atau pemain yang mempunyai kes berkenaan bola sepak untuk membawa kes mereka terus ke mahkamah untuk proses penyelesaian terakhir.
Mengenai perkara lain, Afandi berkata ahli majlis bersetuju mengenai cadangan pemindahan Wisma FAM di Petaling Jaya ke Putrajaya sebagaimana yang diumumkan oleh Sultan Ahmad Shah, baru-baru ini.
Katanya, sebuah tapak seluas 7.69 hektar sudah dikenal pasti di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu untuk proses pembinaan bangunan baharu FAM selain bangunan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF).
"Kita berharap pembinaan dua bangunan ini membolehkan Malaysia menjadi hab bola sepak di Asia...Kos pembinaannya masih belum ditentukan kerana kita perlu meneliti beberapa perkara dengan lebih lanjut," katanya.
Afandi berkata satu lawatan ke tapak berkenaan akan diadakan oleh FAM bersama Pengerusi Perbadanan Putrajaya Tan Sri Aseh Che Mat pada minggu depan bagi melihat kesesuaian tempat berkenaan.
Bernama
Sat Aug 17 2013
![FAM pinda Artikel 88 benarkan pegawai berikan pendapat - Afandi FAM pinda Artikel 88 benarkan pegawai berikan pendapat - Afandi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/61361491853_295x200.jpg)
Kim Pan-gon letak jawatan berikutan komitmen peribadi
Pengurus pasukan kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon menyatakan perletakan jawatan tersebut kerana komitmen peribadi.
#AWANInews
#AWANInews
![Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721102997_SimposiumDronKeban.jpg)
Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi
Penggunaan dron membolehkan pemantauan pencemaran alam sekitar dan hidupan liar serta pencerobohan hutan dilaksanakan dengan lebih berkesan.
![Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718142997_KimPanGon.jpg)
Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya
Kim Pan-gon, bakal menjadi satu-satunya individu yang bakal meninggalkan pasukan manakala Pau Marti bersama staf sokongan yang lain kekal di Kelana Jaya.
![Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721109015_bekaspengawalperib.jpg)
Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan
Bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi cedera setelah motosikal ditunggangnya melanggar sebuah SUV di lebuh raya PLUS.
![Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719996195_MKulasegaran.jpg)
Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran
RUU Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini selepas cadangan ketetapan bagi penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.
![Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108438_azizi.jpg)
Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
Kita perlu belajar hidup dengan COVID-19 - Pakar
Itu kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohamad Zaki yang berkata pihaknya akan berusaha semampu mungkin dalam menggalakkan praktis kendiri dikalangan orang awam bagi mencegah penularan wabak seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
LHDN lulus 141,406 permohonan PKPS 2.0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan program khas pengakuan sukarela (PKPS) 2.0 yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain kategori seperti pertubuhan.
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![Tindakan tepat FAM Tindakan tepat FAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/41364917212_295x200.jpg)
Tindakan tepat FAM
Datuk K Rajagobal dibebaskan daripada sebarang tindakan oleh Tindakan Jawatankuasa Tatatertib FAM, merupakan satu langkah yang betul.
![FAM tidak harus terpengaruh dengan media FAM tidak harus terpengaruh dengan media](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/41366970406_295x200.jpg)
FAM tidak harus terpengaruh dengan media
Jawatankuasa Tatatertib FAM tidak seharusnya terpengaruh dengan laporan media.
![Rajagobal kunci mulut isu langgar Artikel 88 FAM Rajagobal kunci mulut isu langgar Artikel 88 FAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/41364917212_295x200.jpg)
Rajagobal kunci mulut isu langgar Artikel 88 FAM
Ketua jurulatih skuad kebangsaan Datuk K. Rajagobal terus bersikap 'kunci mulut' terhadap isu pertuduhan melanggar Artikel 88 Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
![Rajagobal, Artikel 88 dan media Rajagobal, Artikel 88 dan media](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/41364917212_295x200.jpg)
Rajagobal, Artikel 88 dan media
Minggu ini, tumpuan terarah kepada kedudukan pengendali skuad bola sepak kebangsaan, Datuk K Rajagobal yang sudah diberi surat pertuduhan dari Persatuan Bola Sepak Malaysia,FAM.
![Raja mungkin mangsa terbaru Artikel 88 Raja mungkin mangsa terbaru Artikel 88](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/41364202332_295x200.jpg)
Raja mungkin mangsa terbaru Artikel 88
Minggu ini bola sepak mencuri tumpuan dan fokus kembali terarah kepada Artikel 88.
![FAM dijangka keluar surat pertuduhan Rajagobal minggu depan FAM dijangka keluar surat pertuduhan Rajagobal minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-11/71353922249_295x200.jpg)
FAM dijangka keluar surat pertuduhan Rajagobal minggu depan
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dijangka mengeluarkan surat pertuduhan ke atas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K.Rajagobal yang didakwa melanggar Artikel 88 Statut FAM, minggu depan.
![Shabery mahu FAM pastikan Artikel 88 tidak bercanggah FIFA Shabery mahu FAM pastikan Artikel 88 tidak bercanggah FIFA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/51357457676_295x200.jpg)
Shabery mahu FAM pastikan Artikel 88 tidak bercanggah FIFA
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memastikan Artikel 88 dalam statutnya tidak bercanggah dengan peraturan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).