KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata badan induk itu memerlukan lagi sokongan daripada kerajaan terutama dalam memajukan bola sepak negara.
Selain sokongan diberikan kerajaan, beliau berkata bantuan kerajaan menerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) turut diharapkan sambil membayangkan satu kolaborasi antara FAM dan GLC berupaya memberikan impak positif kepada kedua-dua entiti.
"Kita perlukan lagi sokongan daripada kerajaan terutamanya untuk naikkan taraf bola sepak Malaysia.
"Kemungkinan bukan hanya daripada kerajaan, tetapi kalau kerajaan dapat menyokong kolaborasi antara GLC besar dengan FAM, itu sesuatu yang bagus, bukan saja dari segi kewangan bahkan boleh membantu FAM pada masa depan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada peranan, bantuan dan perhatian kerajaan terhadap sukan bola sepak ketika ini membantu FAM dalam membangunkan lagi ekosistem bola sepak negara ini, dalam temu bual eksklusif bersama Bernama di Wisma FAM, Kelana Jaya baru-baru ini.
Pada masa sama, Ahli Majlis Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berusia 58 tahun itu berpendapat masih terdapat ruang untuk mengukuhkan lagi tahap hubungan antara FAM dan kerajaan.
Menurutnya, beliau mempunyai hubungan yang baik dengan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, namun perlu ada lebih persefahaman mengenai Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) dan Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD) di Gambang, Pahang.
"Sekarang seperti sedia maklum, NFDP separuhnya dikendalikan oleh MSN (Majlis Sukan Negara) dan separuh lagi oleh FAM. Tetapi ada sesetengah tempat seperti di AMD perlu diberi kepada FAM untuk bukan kita hendak menjadikannya privet, tetapi untuk meletakkan pakar dari luar negara untuk menguruskan AMD.
"...kerana kalau kita tengok dalam tempoh 10 tahun, kita tidak mendapat produk yang baik daripada sana (AMD) untuk lahirkan pemain berkualiti, jadi perlu ada rombakan di situ dan seseorang perlu bertanggungjawab terhadap AMD," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) itu.
Hamidin yang turut dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kewangan AFC berkata beliau telah memberikan pandangannya berhubung isu NFDP dan AMD kepada Hannah dan percaya Ahli Parlimen Segambut itu akan meneliti perkara tersebut dengan sebaiknya.
Pada 10 Mei lepas, Jawatankuasa Pemandu NFDP secara rasmi mengumumkan pelantikan Ketua Pendidikan Kejurulatihan Persatuan Bola Sepak Australia Oscar Francisco Gonzalez sebagai Pengarah Teknikal NFDP berkuat kuasa 21 April lalu.
Gonzalez yang juga diberikan tanggungjawab selaku Pengarah Teknikal AMD dipilih hasil cadangan FAM setelah menemu duga empat calon yang disenarai pendek oleh badan induk itu pada Disember tahun lepas.
Sebagai rekod, kerjasama antara FAM dan NFDP pada Disember 2020 menyaksikan penubuhan skuad projek FAM-MSN, sebagai usaha mencipta laluan kerjaya produk NFDP termasuk graduan AMD dalam membantu barisan pemain muda negara mengharungi transisi ke pentas senior dan profesional.
Skuad itu bersaing dalam Liga Premier selama dua musim pada 2021 dan 2022 sebelum beraksi dalam kancah Piala Liga Bolasepak Malaysia (MFL) musim lalu dan dilapor akan dibubarkan musim ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 14 2024

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata badan induk itu memerlukan lagi sokongan daripada kerajaan terutama dalam memajukan bola sepak negara. - Gambar fail/BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Christopher Raj tidak pertahan jawatan Exco FAM
Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Christopher Raj mengumumkan tidak mempertahankan jawatan berkenaan.

Hamidin tidak pertahan jawatan Presiden FAM
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin, tidak akan mempertahankan jawatan itu dalam Kongres FAM awal tahun depan.

Prestasi pengurusan pasukan, pemain Harimau Malaya tidak berdaya saing - Pekan Ramli
Prestasi pengurusan dan para pemain skuad bola sepak kebangsaan disifatkan lemah dan tidak berdaya saing, ekoran kekalahan 0-4 kepada New Zealand pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1.

FAM bakal wujud unit khas kendali Harimau Malaya, B-23
FAM akan mewujudkan satu unit baharu bagi memantau prestasi dan menguruskan skuad bola sepak negara secara khusus.

FAM akan bentang struktur organisasi Harimau Malaya kepada Perdana Menteri - Hamidin
FAM berjanji untuk membentangkan struktur organisasi pengurusan skuad Harimau Malaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Faisal Halim terharu keprihatinan Hamidin, FAM
Faisal Halim meluahkan rasa terharu di atas kepekaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjaga kebajikan pemain skuad kebangsaan.

Peruntukan khas kerajaan RM5 juta khusus untuk skuad kebangsaan - FAM
FAM menjelaskan peruntukan khas RM5 juta oleh kerajaan kepada badan induk bola sepak negara itu pada Januari lalu adalah khusus untuk mengurus dan meningkatkan keupayaan skuad kebangsaan.

Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.

FAM umum senarai akhir 23 pemain ke Kejuaraan B-16 ASEAN di Surakarta
FAM dalam kenyataan memaklumkan skuad bimbingan Javier Jorda Ribera itu akan berlepas ke Surakarta, esok.

FAM tarik nafas lega, tingkat fokus majukan landskap bola sepak negara
FAM kini memberikan tumpuan memajukan landskap bola sepak negara selepas dua dakwaan salah guna kuasa diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.