Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meminta penyokong Harimau Malaya menjaga tingkah laku dan tidak mencemarkan nama baik negara di mata dunia pada perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia dan Thailand, malam ini.
Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berharap tidak berlaku sebarang kekecohan melibatkan penyokong Malaysia dan Thailand pada perlawanan itu yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini.
"Kita sedia maklum, ini satu perlawanan berprofil tinggi. Seluruh warga Asia akan menyaksikan final ini. Jadi saya harap rakyat Malaysia dapat menjaga nilai-nilai baik ... saya tidak mahu kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
"Bagaimanapun, saya hargai sokongan penyokong Harimau Malaya yang sentiasa memberi sokongan padu. Semangat ini harus dipupuk dalam diri setiap rakyat Malaysia," kata Tengku Abdullah selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Khas FAM kali kedua penggal 2014-2018, di sini pada Jumaat.
Tengku Abdullah berkata polis telah membuat segala persiapan keselamatan yang diperlukan bagi memastikan insiden pergaduhan seperti yang berlaku pada perlawanan separuh akhir pertama antara Malaysia dan Vietnam tidak berulang.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu FAM Datuk S. Sivasundram berkata kesemua 90,000 tiket telah habis dijual.
"... disebabkan semua sudah habis maka kaunter akan ditutup sepenuhnya. Tiada tiket tambahan akan dikeluarkan oleh FAM," katanya.
Sivasundram berkata 35,000 keping tiket mula dijual secara dalam talian bermula pada Ahad lepas, manakala 55,000 keping dijual di kaunter bermula, semalam.
FAM menyediakan 2,500 keping tiket untuk pasukan Thailand, namun hanya 260 tiket terjual.
Pada perlawanan akhir pertama Rabu lepas, Malaysia tewas 0-2 kepada Thailand di Stadium Rajamangala, Bangkok.
Bernama
Sat Dec 20 2014
Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berharap tidak berlaku sebarang kekecohan melibatkan penyokong Malaysia dan Thailand pada perlawanan itu yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini. - Foto Fail
Vietjet lancar penerbangan terus Hanoi-Kuala Lumpur, tingkatkan kesalinghubungan ASEAN
Syarikat penerbangan Vietjet, mengumumkan perkhidmatan baharu penerbangan terus di antara Hanoi dengan Kuala Lumpur.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 November 2024
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
Video lelaki menyerupai wanita didakwa memalukan bola sepak Kedah
KDA FC perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempengaruh seorang lelaki menyerupai wanita dalam kempen menarik penyokong hadir.
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
PM berseloroh ambil gaji tahun depan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara berseloroh menyatakan beliau akan mengambil gaji bermula tahun hadapan.
11 mangsa ditempatkan di PPS Segamat
Johor menjadi negeri seterusnya dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
FAM kunci mulut spekulasi Cahill sertai revolusi Harimau Malaya
FAM mengambil pendekatan mengunci mulut berhubung spekulasi legenda bola sepak Australia Tim Cahill akan menjadi sebahagian daripada unit khas FAM.
Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia di sebuah hospital swasta, pada Jumaat.
Peluang terbaik Harimau Malaya kembali raih kemenangan - Stuart
Dua perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 bulan ini peluang terbaik untuk skuad Harimau Malaya buktikan keupayaan meraih kemenangan.
FAM pandang serius insiden pergaduhan Arif Aiman, Tommy Mawat
FAM memandang serius insiden pergaduhan membabitkan pemain JDT Arif Aiman dan pemain Perak FC Tommy Mawat Bada pada perlawanan Liga Super.
Masa tepat TMJ pimpin FAM, Harimau Malaya - Safee Sali
Tunku Ismail disifatkan figura yang paling tepat dan berpengetahuan luas selain faham mengenai industri bola sepak negara.
Orang yang ada dalam industri bola sepak tak berfungsi - TMJ
Tunku Ismail menyifatkan mereka tidak mempunyai visi, komitmen, pengetahuan dan keinginan untuk memajukan bola sepak negara.
'Saya tak sertai FAM, FAM sertai saya' - Tunku Ismail
Tunku Ismail memberikan bayangan kemungkinan satu kerjasama akan terbentuk bersama FAM dalam tempoh terdekat.
Tiada liga B-15, B-16 punca kegagalan pasukan muda - Pengarah Teknikal FAM
Pasukan akan terus bergelut untuk layak ke Piala Asia B-17 pada masa akan datang jika tiada platform bagi para pemain muda terbaik negara bermain perlawanan kompetitif secara tetap.
FAM dedah sebab pilih Laos jadi lawan Harimau Malaya
FAM menjelaskan sebab pemilihan pasukan di ranking ke-187 dunia, Laos sebagai lawan Harimau Malaya bagi perlawanan antarabangsa Tier 1 pada bulan depan.