PETALING JAYA: Kemelut dalaman Kelantan FC melibatkan ketua jurulatihnya Choi Moon-sik dan pihak pengurusan kelab dijangka berakhir apabila perkara yang berupaya menjejaskan imej negara itu mendapat perhatian Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata beliau sudah meminta Liga Bolasepak Malaysia (MFL) berhubung dengan Kelantan FC bagi mendapatkan penjelasan sebenar mengenai perkara itu.
"Saya tak nak masuk campur tetapi saya sudah maklum kepada mereka (MFL) bagi mendapatkan penjelasan daripada Kelantan dan melihat apakah isu ini sebenarnya kerana saya tidak mahu tengok dari sudut sosial media takut ada fakta yang salah.
"Jadi kita minta penjelasan dari situ kita akan ambil tindakan susulan tetapi (jika terdapat kesalahan) MFL akan ambil tindakan terlebih dahulu sebagai pengendali Liga Malaysia," katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih FAM 2023 di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini, semalam.
Kelantan membuat kejutan apabila merehatkan Moon-sik dan melantik penolong ketua jurulatih Rezal Zambery Yahya sebagai pengendali interim, kurang daripada satu jam sebelum aksi Liga Super menentang Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Nerus, Selasa lepas.
Jurulatih Korea Selatan berusia 52 tahun itu yang menyertai Kelantan pada Januari lepas menjadi jurulatih pertama direhatkan musim ini.
Susulan nasib menimpa Moon-sik, media tempatan melaporkan ejen jurulatih itu membuat beberapa dakwaan negatif terhadap pengurusan The Red Warriors (TRW) di media sosial dan sedia membawa perkara ini ke pengetahuan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Pemilik Kelantan Norizam Tukiman kemudian tampil mempertahankan keputusan kelab apabila mendedahkan kekalahan berterusan, kesukaran berkomunikasi antara pemain dan jurulatih dan tiada laporan prestasi menjadi punca Moon-sik direhatkan.
Kelantan kini di posisi kedua tercorot Liga Super dengan mengumpul empat mata selepas hanya meraih satu kemenangan dan seri sekali dalam tujuh perlawanan .
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 08 2023
Moon-sik (gambar) menyertai Kelantan pada Januari lepas menjadi jurulatih pertama direhatkan musim ini. - Foto Facebook TRW Kelantan FC
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Status Kelantan FC sertai Liga A1 diketahui esok
Status penyertaan Kelantan FC dalam saingan semi-pro Liga A1 2024 yang merupakan nafas baharu kepada saingan Liga M3 bermula Jun depan akan diketahui esok.
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
‘Saya tidak lari bayar baki gaji’
Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukimann memberi jaminan akan menyelesaikan tunggakan gaji dihadapi pasukan The Red Warriors secara berperingkat.
Rayuan ditolak, Kelantan FC terpaksa lupakan Liga Super
Kelantan FC terpaksa melupakan hasrat untuk kekal dalam saingan Liga Super musim 2024-2025, selepas Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menolak rayuan kelab itu bagi Lesen Kebangsaan.
Kelantan FC tidak layak beraksi di Liga Super
Kelantan FC gagal untuk mendapatkan lesen kebangsaan sekali gus tidak layak untuk bertanding dalam saingan Liga Super musim depan.
Liga Super: Kuching City tumbang di Sarawak, PDRM bedil Kelantan
Kuala Lumpur City FC menewaskan Kuching City FC 3-2, manakala PDRM FC berpesta gol dengan membelasah Kelantan FC 7-2.
Kelantan FC serah dokumen tunggakan pembayaran gaji - MFL
Unit pelesenan kelab Liga Bolasepak Malaysia (MFL) telah menerima dokumen berhubung tunggakan pembayaran gaji pemain dan pegawai pasukan Kelantan FC semalam.
Nasib malang Kelantan FC
Skuad The Red Warriors (TRW) kini merupakan pasukan terbanyak bolos dalam sejarah Liga Malaysia (Liga-M) untuk semusim.
Yusri mahu pemain Perak FC kekalkan momentum kemenangan
Pengendali Perak FC Yusri Che Lah mahu anak buahnya mengekalkan momentum kemenangan selepas berjaya menewaskan Kelantan FC dalam aksi Liga Super di Stadium Perak Ipoh, malam tadi.
The Bos Gaurus tak ambil mudah cabaran Kelantan FC
Yusri yakin Kelantan FC akan bermain bermati-matian bagi melakar kemenangan sekali gus memperbaiki kedudukan yang ketika ini di tangga tercorot.