Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkongsi misi dan visi mengenai hala tuju bola sepak negara ketika melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini.
Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pada pertemuan berlangsung lebih 30 minit itu petang tadi, beliau memaklumkan kepada Perdana Menteri mengenai perancangan membina ibu pejabat baharu FAM dan pusat latihan kebangsaan yang lengkap di Presint 5, Putrajaya.
"Saya ucapkan terima kasih kepada Tun Dr Mahathir kerana memberi saya ruang berkongsi visi dan misi FAM serta perancangan membina ibu pejabat baharu FAM dan pusat latihan kebangsaan yang dilengkapi tiga padang latihan, termasuk satu dalam dewan.
"Kami mengharapkan impian ini menjadi kenyataan dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya dalam entri terkini yang dimuat naik di laman Facebook rasmi FAM hari ini.
Ketika ini, FAM berada di peringkat akhir rundingan dengan pemaju untuk membangunkan ibu pejabat baharu badan induk itu di Presint 5, Putrajaya.
Bangunan asal FAM di Jalan Birch (sekarang Jalan Maharajalela), tidak jauh dari Stadium Merdeka, dibina setinggi enam tingkat dengan kos RM317,000 dan dirasmikan pada Disember 1961, sebelum badan induk bola sepak kebangsaan itu berpindah ke pejabat sedia ada di Wisma FAM setinggi empat tingkat di Kelana Jaya bernilai RM1.85 juta pada 1979.
Dalam kunjungan yang disertai Setiausaha Agung FAM Stuart Ramalinggan itu, Hamidin turut membentangkan pelan hala tuju jangka panjang FAM yang terkandung dalam F:30.
Beliau turut mengemas kini maklumat kepada Dr Mahathir susulan perjanjian persefahaman (MoU) antara FAM dan Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) yang ditandatangani pada 5 April lepas.
"Saya bagi pihak FAM mempelawa wakil pejabat Perdana Menteri untuk menyertai rombongan FAM ke Jepun, pada satu tarikh yang akan ditetapkan," katanya.
Bulan lepas, Hamidin membawa Presiden FIFA, Gianni Infantino dan Presiden JFA Kohzo Tashima, untuk melakukan kunjungan hormat ke atas Dr Mahathir sebelum menandatangani MoU dengan Tashima.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 13 2019
FAM berkongsi misi dan visi mengenai hala tuju bola sepak negara ketika melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri. - Foto Facebook/FAM
Tujuh ditahan culik remaja perempuan 15 tahun
Tujuh ditahan dipercayai terbabit dalam kes culik seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dalam kejadian di Taman Kem, Pelabuhan Klang pada 16 November lalu.
[TERKINI] Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Polis menahan enam individu termasuk seorang wanita dipercayai terlibat dalam kes kecurian sebuah kereta mewah jenis Ferrari, yang dilaporkan hilang 17 Nov di sebuah pusat cuci kereta di Hulu Kelang.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
Bekas pengerusi Hamas temui Dr Mahathir
Perbincangan antara delegasi lapan anggota Hamas yang diketuai Khalid dan Dr Mahathir berlangsung selama kira-kira sejam.
FAM kongsi visi dan misi hala tuju bola sepak negara dengan Tun M
FAM berkongsi misi dan visi mengenai hala tuju bola sepak negara ketika melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Arca Putrajaya tarikan terbaharu di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan
Lebih menarik, majlis pelancaran mercu itu disempurnakan sendiri Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, sebagai tarikan baharu ke pusat pentadbiran kerajaan persekutuan.
Kalam akhir PM Najib bagi Parlimen ke-13
Dalam sidang media khas tersebut, Ahli Parlimen Pekan itu mengakhiri ucapan dengan satu kiasan buat seluruh rakyat Malaysia.