Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) diminta mengkaji semula hukuman ke atas lebih 200 pemain yang terlibat dalam rasuah pada 1994 bagi membolehkan mereka mencurah bakti dalam sukan bola sepak negara.
Presiden Persatuan Bekas Pemain Bola Sepak Kedah (KEFA) Faridzul Kassim berkata dengan cara itu ia dapat memberi peluang kepada mereka untuk berbakti semula dengan persatuan atau kelab bola sepak di peringkat negeri.
Beliau mendakwa kebanyakan daripada mereka yang merupakan pemain berbakat ketika itu menyuarakan rasa tidak puas hati dengan hukuman digantung seumur hidup yang dikenakan FAM ketika itu walaupun ada juga pemain yang terlibat tetapi terlepas daripada hukuman.
"FAM perlu kaji faktor kenapa mereka berbuat demikian... Mungkin sebab mereka tidak dibayar gaji oleh persatuan bola sepak negeri ketika itu. FAM perlu tahu dan ambil berat mengenai perkara itu," ujarnya.
Faridzul yang juga bekas pemain bola sepak Kedah berkata ramai daripada pemain berkenaan yang berumur lewat 40-an hingga 50-an menyuarakan hasrat untuk membantu FAM memeriahkan sukan bola sepak negara.
Faridzul berkata pihaknya menerusi Persatuan Bekas Atlet Kebangsaan telah menghantar surat berhubung perkara tersebut kepada FAM pada 2011, tetapi ditolak tanpa sebarang alasan.
Katanya pemain terbabit mahu berkongsi ilmu serta pengalaman yang ada dengan pemain generasi baharu bagi memeriahkan sukan bola sepak negara.
"FAM boleh melantik mereka sebagai Inspektor perlawanan bagi meninjau sama ada ada unsur rasuah dalam mana-mana perlawanan dengan pengalaman yang ada pada mereka.
"Mereka boleh cari pemain muda yang berpotensi untuk menggantikan pemain sedia ada dan boleh membantu FAM dalam menangani isu rasuah dalam kalanganpemain hari ini," kata Faridzul.
"Itu sahaja hasrat mereka untuk kembali dalam arena bola sepak kerana mereka ini adalah idola suatu ketika dahulu. Mereka juga mampu membantu FAM menyedarkan pemain muda yang berjinak-jinak dalam menjual perlawanan bagi mencari kekayaan pantas," katanya.
Beliau berkata mereka juga mahu mengembalikan kegemilangan bola sepak negara ini selepas arena bola sepak di negara ini mengalami kejatuhan dan ketandusan pemain tempatan yang hebat.
Katanya di Kedah seramai enam bekas pemain bola sepak dikenakan hukuman itu pada tahun 1994.
Bernama
Mon Mar 07 2016

FARIDZUL: Surat berhubung perkara tersebut telah dihantar kepada FAM pada 2011, tetapi ditolak tanpa sebarang alasan.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.

Atur perlawanan: Pengasas 'Tarian Paqueta' berdepan hukuman gantung seumur hidup
Pemain West Ham, Lucas Paqueta, berdepan hukuman berat daripada Persatuan Bola Sepak England (FA) berikutan terlibat dalam isu atur perlawanan.

Ukraine gantung seumur hidup Tymoshchuk
Persatuan Bolasepak Ukraine (UAF) turut melucutkan lesen kejurulatihan Tymoshchuk dan tidak mengiktiraf segala pencapaian dan sumbangannya buat pasukan kebangsaan negara itu.

FAM diminta kaji semula hukuman ke atas 216 pemain terlibat rasuah pada 1994
Kebanyakan mereka yang merupakan pemain berbakat ketika itu menyuarakan rasa tidak puas hati dengan hukuman digantung seumur hidup yang dikenakan FAM.