Perbicaraan pertuduhan pertaruhan Lucas Paqueta akan berlangsung bulan ini dan akan berlangsung selama tiga minggu, menurut Sky Sports News.
Pemain skuad kebangsaan Brazil itu didakwa melanggar peraturan pertaruhan pada Mei tahun lalu.
Difahamkan dia akan menghadapi perbicaraan selama tiga minggu bulan ini, yang bakal menjadi antara prosiding mahkamah paling lama dalam sejarah FA.
Badan induk bola sepak Inggeris memohon penggantungan seumur hidup untuk pemain tengah itu.
Paqueta didakwa melakukan kesalahan dalam empat perlawanan Liga Perdana Inggeris.
Pemain yang mengasas 'Tarian Paqueta' itu menafikan sebarang salah laku tetapi FA telah mendakwanya berhubung kelakuannya dalam perlawanan menentang Leicester pada November 2022, Aston Villa pada Mac 2023, Leeds pada Mei 2023 dan Bournemouth Ogos lalu. -- Stadium Astro
