Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan melakukan siasatan terhadap ejen bola sepak, Marco Guimaraes susulan kepulangan mengejut Nazmi Faiz Mansor dan terbaru, Ahmad Fakri Saarani.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad mengakui ia situasi yang membimbangkan walaupun ejen terbabit sah berdaftar bersama FIFA.
"Sekarang dah jadi dua kali melibatkan ejen yang sama, pihak FAM bagaimanapun akan membuat penyiasatan dengan lebih teliti berkenaan ejen ini berasaskan pemain di bawah pengurusan beliau,” kata Azzuddin.
Tambah Azzuddin, siasatan akan dilakukan dibawah jawatankuasa integriti badan induk itu.
Mengulas lanjut, Azzuddin yang kecewa dengan keputusan Fakri itu berkata FAM bersedia mengambil satu langkah drastik mewujudkan satu peraturan baru ke atas mana-mana pemain yang mahu berhijrah ke luar negara.
Tanpa perlu lagi mengambil khidmat ejen sebagai orang tengah, FAM sendiri akan bertindak sebagai pengantara dengan kelab luar negara yang berminat mahu mendapatkan khidmat pemain tempatan.
"Ini bukan kerana FAM mahu mencampur tangan, namun dari segi kebaikan pemain itu sendiri,” tambahnya.
Bagaimanapun, Azzuddin menjelaskan idea itu masih di peringkat cadangan supaya insiden yang berlaku kepada Fakri dan Nazmi tidak akan berulang lagi pada masa hadapan.
“Ianya bukan satu keputusan yang tetap buat masa kini oleh kerana masih perlu meminta pandangan dari pihak AFC dan FIFA."
Astro Awani
Thu Feb 28 2013
Mark Zuckerberg bertemu Donald Trump di Mar-a-Lago
Pertemuan ini menjadi tumpuan kerana Meta sebelum ini tamatkan program sebagai tindak balas pada kritikan daripada golongan konservatif.
AWANI Ringkas: Banjir di Kota Tinggi, Johor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar bakal rasmi majlis pecah tanah pembinaan LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang
Majlis perasmian itu akan berlangsung di Tapak Projek Bandar Sri Pinang, George Town, pada 11 pagi ini.
Gajah liar ‘mengamuk’ di Gua Musang, lebih 400 Orang Asli hidup dalam kebimbangan
Haiwan itu akan meninjau ke kawasan rumah buluh penduduk sebelum merobohkan dinding untuk mencari makanan.
AWANI Pagi: Pasar Sera Himpunkan Usahawan PMKS Lokal
Pasar Sera disifatkan sebagai platform untuk usahawan yang terdiri daripada anak muda dan orang tempatan khususnya di Kuantan dan Pahang untuk mengetengahkan produk mereka. Untuk tahu bagaimana tercetusnya Pasar Sera ini, ikuti perkongsiannya dalam AWANI Pagi.
Semarakkan semangat wira badminton negara sempena PETRONAS Malaysia Open 2025
Semarakkan semangat wira badminton negara sempena PETRONAS Malaysia Open 2025, 7-12 Januari di Axiata Arena.
Selain menyaksikan aksi tangkas pemain terbaik dunia, terdapat pelbagai aktiviti dan barangan eksklusif PETRONAS untuk semua.
Ini perjuangan bersama. Ini perjuangan kita.
#PMO25
#GemilangkanLagi
#BadmintonMalaysia
#DemiMalaysia
#IniPerjuanganKita
Selain menyaksikan aksi tangkas pemain terbaik dunia, terdapat pelbagai aktiviti dan barangan eksklusif PETRONAS untuk semua.
Ini perjuangan bersama. Ini perjuangan kita.
#PMO25
#GemilangkanLagi
#BadmintonMalaysia
#DemiMalaysia
#IniPerjuanganKita
AWANI Pagi: Antara GL & ‘Pay and Claim’, Pekerja Terhimpit?
Diskusi 7.30 pagi Sabtu bersama Faizal Ridzuan, Perunding Sumber Manusia membincangkan mengenai dilema terkini kumpulan pekerja susulan inflasi kos rawatan hospital melihat kepada isu antara surat jaminan (GL) dan bayar dahulu, tuntut kemudian (pay and claim) dilaksanakan oleh beberapa syarikat bermula 2025.
Jambatan besi keretapi lama berpotensi jadi tarikan pelancong sempena TMK 2025
Jambatan yang dibina ketika era pemerintahan British itu mempunyai nilai sejarah tersendiri yang harus diketahui umum khususnya generasi muda.
Pegawai Azalina lapor polis terhadap KJ
Setiausaha Politik Azalina, Suraya Yaacob membuat laporan polis terhadap Khairy di Balai Polis Sentul pada Jumaat.
Kebakaran Los Angeles: 11 kematian disahkan pihak berkuasa
Lima kematian berlaku dalam kebakaran di kejiranan Palisades, manakala enam lagi disebabkan oleh kebakaran Eaton.
FAM akan siasat Marco
FAM akan melakukan siasatan terhadap ejen bola sepak, Marco Guimaraes susulan kepulangan mengejut Nazmi Faiz Mansor dan Ahmad Fakri Saarani.
Ahmad Fakri sah wakili kelab divisyen tiga Portugal
Penyerang pasukan Felda United, Ahmad Fakri Saarani mengesahkan bahawa beliau bakal menandatangani kontrak selama setahun untuk beraksi bersama kelab divisyen tiga Portugal.