IPOH:Kerajaan negeri tidak mempunyai masalah jika bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu terus dikekalkan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) untuk mengemudikan badan sukan itu dalam menghadapi kancah Liga Malaysia musim depan.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak Khairul Shahril Mohamed berkata perkara penting yang perlu dilaksanakan adalah memastikan skuad The Bos Gaurus terus berjaya mengharumkan nama negeri.
"Terpulang pada beliau, kita di peringkat kerajaan negeri hanya nak memastikan perjalanan pasukan Perak berada dalam keadaan cukup baik kerana bola sepak merupakan sukan yang cukup rapat di hati rakyat.
"Di peringkat kerajaan negeri, kita akan akan memantau pergerakan atau apa jua yang berlaku di PAFA kerana hasrat kita untuk pastikan semua berjalan lancar," katanya ketika ditemui pada sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.
Pada 16 Dis lalu, Ahmad Faizal memaklumkan beliau akan meletak jawatan sebagai Presiden PAFA selepas berakhirnya Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.
Bagaimanapun beliau dalam kenyataan sama memaklumkan bersedia untuk terus menyumbang idea dan pendapat kepada kepimpinan PAFA yang akan diterajui oleh presiden baharu nanti.
Selain itu, Khairul Shahril berkata sekiranya Ahmad Faizal kekal dengan pendiriannya untuk meletak jawatan, perkara itu perlu diputuskan dalam Kongres Tahunan PAFA yang dijadual berlangsung pada awal tahun hadapan.
"Semuanya bergantung kepada kongres itu. Kita tiada kuasa dan kita juga tak berhasrat untuk letakkan mana-mana individu untuk jawatan tersebut," katanya.
Mengulas persiapan Perak, katanya, setakat ini ia berjalan lancar dan urusan kemasukan pemain-pemain baharu ke dalam pasukan juga telah diselesaikan oleh pihak pengurusan.
"Kita harap perkara ini akan terus melonjakkan momentum para pemain untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam memastikan Perak terus kekal sebagai antara pasukan disegani dalam kancah bola sepak negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 23 2020
![Faizal Azumu boleh terus kekal sebagai Presiden PAFA Faizal Azumu boleh terus kekal sebagai Presiden PAFA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71606715114_AhmadFaizalAzumu.jpg)
Kerajaan negeri tidak mempunyai masalah jika bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu terus dikekalkan sebagai Presiden PAFA. - Gambar fail
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Ahmad Faizal letak jawatan Presiden PAFA Ahmad Faizal letak jawatan Presiden PAFA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41603360503_AhmadFaizalAzumu.jpg)
Ahmad Faizal letak jawatan Presiden PAFA
Datuk Adly Shah Ahmad Tah pula mengumumkan peletakan jawatan sebagai Timbalan Presiden Pafa dan Pengurus Pasukan Liga Super Perak.
![MB Perak kesal Presiden Pafa letak jawatan MB Perak kesal Presiden Pafa letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/61541776744_FaizalAzumu.jpg)
MB Perak kesal Presiden Pafa letak jawatan
Hasnul disifatkan telah menjalankan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin sehingga pasukan Perak berjaya meraih Piala Malaysia.
![MB Perak percaya Presiden Pafa akan buat keputusan tepat MB Perak percaya Presiden Pafa akan buat keputusan tepat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/51541567215_HasnulZulkarnain.jpg)
MB Perak percaya Presiden Pafa akan buat keputusan tepat
Ahmad Faizal berkata beliau memahami kekecewaan dan permintaan penyokong pasukan The Bos Gaurus (TBG).
![Presiden Pafa tidak berganjak walaupun didesak letak jawatan Presiden Pafa tidak berganjak walaupun didesak letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/81541567117_HasnulZulkarnain.jpg)
Presiden Pafa tidak berganjak walaupun didesak letak jawatan
Hasnul Zulkarnain berkata desakan itu adalah bermotifkan politik dan serangan peribadi sejak beliau mengambil alih jawatan Presiden Pafa.