KUALA NERUS: Pemain sayap sensasi Terengganu FC (TFC) Faisal Halim mengesahkan bahawa beliau tidak akan bersama pasukan itu lagi untuk mengharungi kancah Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Bagaimanapun pemain muda kelahiran Pulau Pinang itu belum bersedia mengumumkan destinasi terbaharunya walaupun khabar angin kuat mengatakan bahawa beliau akan menyertai skuad The Red Giants.
Faisal berkata buat masa ini beliau mahu berehat bersama keluarga selepas melalui musim panjang dan penuh cabaran dengan skuad Penyu yang baru sahaja menamatkan saingan Piala Malaysia selepas terkandas di peringkat separuh akhir.
"Sudah tentu saya tidak lagi bersama Terengganu musim depan. Perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Selangor FC Isnin lalu adalah aksi terakhir saya bersama Terengganu.
"Saya sedang menunggu sekiranya dipanggil untuk skuad kebangsaan, jika tidak dipanggil, saya mahu berehat panjang dan menghabiskan masa bersama keluarga tersayang," katanya ketika ditemui di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) baru-baru ini.
Dalam pada itu, Faisal turut memohon maaf kepada Ketua Jurulatih TFC Nafuzi Zain kerana tidak dapat lagi 'sehaluan' pada musim depan.
Menurutnya, beliau perlu membuat keputusan terbaik untuk masa depan walaupun sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan akan tetap bersama Nafuzi walau ke mana sahaja destinasinya.
"Buat jurulatih Nafuzi, saya mohon maaf kerana tak dapat sehaluan pada musim depan, tetapi saya perlu buat keputusan sukar untuk saya dan keluarga.
"Keputusan saya bukan sebab gaji, tetapi demi masa depan dan saya harap dia (Nafuzi) dapat maafkan saya," katanya yang tidak mampu menahan sebak dan menitiskan air mata.
Pada masa sama Faisal turut mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada peminat bola sepak Terengganu yang sentiasa memberi sokongan moral kepada beliau sepanjang tempoh dua tahun di bumi Darul Iman.
Katanya sokongan tersebut akan menjadi kenangan terindah dan paling bermakna sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak profesional.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 23 2022
Faisal turut mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada peminat bola sepak Terengganu yang sentiasa memberi sokongan moral kepada beliau sepanjang tempoh dua tahun di bumi Darul Iman. - Gambar fail BERNAMA
Warga emas rugi lebih RM400,000 ditipu pelaburan tidak wujud
Dalam tempoh 3 April hingga 18 Jun mangsa telah membuat pindahan wang ke lapan akaun berbeza secara berperingkat berjumlah RM400,900.
Polis tahan dua lelaki, rampas ganja bernilai lebih RM25,000
Polis menahan dua lelaki dan merampas dadah jenis ganja bernilai lebih RM25,000 dalam serbuan di Cyberjaya dan Dengkil, Selangor, pada Jumaat.
Dr Abdul Majid Tokoh Maal Hijrah Selangor
Bekas Timbalan Mufti Selangor Datuk Dr Abdul Majid Omar dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Selangor sempena sambutan Maal Hijrah 1446H/2024M peringkat negeri itu.
Port lumba haram Persiaran Raja Muda Musa digempur
Lokasi terbabit bukan sahaja menjadi tumpuan anak tempatan di sekitar malah turut didatangi individu dari luar daerah Klang.
Lapan maut, dua juta terjejas banjir di Bangladesh
Keadaan banjir mungkin bertambah buruk di bahagian utara negara itu dalam beberapa hari akan datang.
Hari terakhir rebut tawaran menarik di Program MADANI Rakyat 2024 Zon Timur
Tumpuan hari ini pastinya terarah kepada program pertukaran topi keledar lama di reruai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Taufan Beryl: Lapangan terbang Mexico dibuka semula
Pelancong dilihat sanggup beratur dalam barisan yang panjang sementara lapangan terbang perlahan-lahan kembali ke mod operasi.
Hamas terima cadangan AS runding tebusan - Laporan
Hamas telah menggugurkan tuntutan agar Israel terlebih dahulu melakukan gencatan senjata kekal sebelum menandatangani perjanjian itu.
PM baharu Britain mansuh rancangan hantar migran ke Rwanda
Dasar Rwanda akan dibatalkan kerana hanya kira-kira 1 peratus pemohon suaka akan dikeluarkan dan ia akan gagal bertindak sebagai penghalang.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [07 Julai 2024]
Fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- PM seru umat Islam istiqamah, hayati hijrah Rasulullah
- Analisis pasca PRK Sungai Bakap
- Fahmi jumpa penyedia platform media, tangani isu buli siber
#AWANInews #AWANIPagi
- PM seru umat Islam istiqamah, hayati hijrah Rasulullah
- Analisis pasca PRK Sungai Bakap
- Fahmi jumpa penyedia platform media, tangani isu buli siber
#AWANInews #AWANIPagi
TFC tidak jangka menang besar, bawa bekalan selesa ke Sabah
Badrul Afzan mengakui agak terkejut apabila pemainnya mampu berada dalam kedudukan selesa pada separuh masa pertama dengan empat jaringan.
Piala FA: Terengganu berpesta gol, Penang bawa bekalan tipis ke Alor Setar
Keputusan itu menyaksikan finalis Piala FA 2022 itu membawa bekalan selesa ke tempat lawan pada aksi suku akhir kedua 6 Julai depan.
Perak FC enggan terluka lagi di tangan TFC
Katanya, skuad kendalian Tomislav Steinbruckner itu telah mencipta enam jaringan selain hanya bolos sekali dalam tiga aksi Liga Super.
TFC di kedudukan teratas liga, benam Kelantan 3-0
Pasukan tuan rumah memperoleh jaringan pertama menerusi pemain import kelahiran Nigeria, Ismaheel Akinade pada minit ke-35.
Isu samun: Terengganu pandang serius kejadian melanda Akhyar Rashid
Akhyar Rashid mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala dan kaki, namun beliau dilaporkan berada di dalam keadaan stabil.
Steinbruckner nafi dapat khidmat Ponstonjski untuk TFC
Pengendali skuad Terengganu FC (TFC) Tomislav Steinbruckner menafikan desas-desus bakal mendapat khidmat pemain Croatia, Igor Ponstonjski.
Ke mana destinasi Rahadiazli?
Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner, sejak musim lalu lagi menuntut pemain kebangsaan itu agar mencari cabaran baru.
TFC pinjamkan dua pemain ke pasukan lain
Dua pemain Terengganu FC (TFC) akan dipinjamkan ke pasukan lain sebagai langkah penjimatan kelab musim ini.
Penghijrahan ke TFC keputusan sendiri - Akhyar Rashid
Bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) Akhyar Rashid mengakui penghijrahannya ke skuad Penyu musim ini, atas pilihannya sendiri.
Wajah baharu TFC 'skuad idaman' Steinbruckner
Pengendali Terengganu FC (TFC) Tomislav Steinbruckner menyifatkan pasukan yang dibentuk bagi menghadapi musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) tahun ini merupakan skuad idaman.