AYMERIC Laporte mendedahkan mesej kirimannya langsung tidak diendahkan Didier Deschamps sebelum bertindak memilih Sepanyol berbanding Perancis di peringkat antarabangsa.
Pertahanan tengah Manchester City itu mengisytiharkan untuk memperkuatkan La Roja bulan lalu sebaik diberikan kewarganegaraan Sepanyol sekali gus mendorong namanya tersenarai dalam skuad 24 pemain menjelang Euro 2020.
Laporte mewakili Perancis di peringkat belia termasuk B-21 tetapi bukan sahaja tidak pernah diberikan penampilan senior, bahkan dihubungi Deschamps.
Pemain berusia 27 tahun itu telah membuat permulaan positif dalam kariernya bersama juara dua kali berkenaan dengan memastikan kekebalan benteng dalam tiga daripada empat awalnya.
Dia juga turut menemui penyudah gol dalam kemenangan 5-0 ke atas Slovakia, minggu lalu.
Sepanyol menduduki tempat kedua Kumpulan E dan akan berhitung dengan Perancis dalam suku akhir sekiranya masing-masing mengalahkan Croatia dan Switzerland dalam pusingan 16.
Sebelum kempen bermula, Deschamps menegaskan dia hanya pernah dihubungi sekali oleh bekas tonggak Athletic Bilbao itu bagi membincangkan masalah kecederaannya sebelum pemain tersebut bertindak menafikannya.
"Enam tahun lalu mereka ada menghubungi saya. Tetapi pada 2019? Tidak, mereka tidak menelefon saya. Sungguhpun saya tidak ingin membangkitkan kisah ini lagi, saya tetap menghantar mesej tetapi tiada balasan," katanya kepada The Guardian.
"Saya ada buktinya di sini. Mungkin (Deschamps) telah menukar nombor telefonnya. Mungkin. Saya tidak tahu tetapi saya menghantar ke nombor yang sama yang sama ketika dia mula-mula menghubungi saya.
"Saya tidak mendapat jawapan daripadanya ketika itu. Bagaimanapun, atas segala yang berlaku jadi saya tidak menganggap bahawa saya cukup penting buat Perancis untuk memaklumkan apa-apa perkembangan kepada mereka.
"Kepentingan saya kepada mereka lebih merupakan isu media. Saya tidak berselindung mengenai hajat untuk mewakili mereka, bukannya tidak berusaha.
"Saya tidak mengatakan bahawa Perancis tidak menginginkan saya tetapi saya berterima kasih kepada pihak yang sudi mempertaruhkan saya.
"Sepanyol melakukannya dan saya berusaha untuk mengembalikan kepercayaan itu."
Astro Arena
Mon Jun 28 2021

Aymeric Laporte ketika bermain dalam perlawanan Euro 2020 pusinan 16 antara Croatia dan Sepanyol di Stadium Parken, Copenhagen, 28 Jun, 2021. (Foto AP)

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

ACLE: Ronaldo, Laporte pacu kemenangan Al-Nassr
Selepas tiga perlawanan, ketiga-tiganya masih belum kalah - Al-Hilal dan Al-Ahli menduduki dua tempat teratas; Al-Nassr pula di tangga keempat.

Pertahanan City, Aymeric Laporte berkelana ke Liga Pro Saudi
Laporte dilaporkan bersetuju untuk menyertai Al-Nassr selepas lima tahun setengah di England.

Euro 2020: Perancis tidak sudi, Laporte enggan terhegeh-hegeh
Pertahanan tengah Manchester City itu mengisytiharkan untuk memperkuatkan La Roja bulan lalu sebaik diberikan kewarganegaraan Sepanyol.

Kapten Ramos tiada dalam senarai Sepanyol ke Euro 2020
Bekas ketua jurulatih Barcelona, Luis Enrique, tidak menamakan seorang pun pemain Madrid dalam senarai akhir pemainnya.

Piala EFL: Laporte yakin City bakal julang lebih banyak gelaran
Laporte merupakan peledak gol kemenangan ke atas Tottenham di Wembley semalam, menanduk masuk jaringan tunggal hasil sepakan percuma Kevin De Bruyne pada minit ke-82.

Man City kekal kejuaraan Piala EFL kali keempat berturut-turut
Separuh masa pertama berkesudahan 0-0 apabila kedua-dua pasukan buntu untuk memanfaatkan peluang.

Kemenangan penting buat City - Guardiola
Raheem Sterling meledak gol tunggal perlawanan selepas 23 minit di Stadium Etihad, menampan masuk rebound selepas Bernd Leno menepis keluar percubaan Phil Foden.

COVID-19: Dua tonggak City, Mahrez, Laporte diuji positif
Dua pemain itu telah dijangkiti COVID-19 walaupun tidak menunjukkan sebarang gejala dan kini perlu menjalani kuarantin.

Laporte tidak boleh selesaikan semua masalah City - Guardiola
Penyandang juara EPL itu, yang semakin jauh ketinggalan oleh pendahulu liga, Liverpool, hanya tidak dibolosi dua kali sahaja sejak 20 perlawanan yang lalu.