SAINGAN kalah mati kejohanan bola sepak Euro 2016 menyaksikan Wales melangkah ke pusingan suku akhir apabila jaringan sendiri oleh Gareth McAuley memberikan kemenangan tipis pasukan itu ke atas Ireland Utara dalam pertarungan sengit di Parc de Princes, Paris awal pagi tadi.
Sebahagian besar permainan dikuasai Ireland Utara yang turut berjaya mengekang ancaman Wales, bagaimanapun ketumpulan jentera serangan menyebabkan mereka gagal menemui penyudah.
Keutuhan Ireland Utara berakhir apabila McAuley yang cuba menahan hantaran lintang Gareth Bale daripada sampai ke Hal Robson-Kanu di depan gol, tertampan bola masuk ke gawangnya sendiri pada minit ke-75.
Kemaraan Wales ke separuh akhir itu merupakan yang pertama dalam kejohanan besar sejak kali terakhir dalam kempen Piala Dunia 1985.
Poland pula mara ke pusingan seterusnya hanya selepas penentuan penalti yang menyaksikan pemain baru Arsenal, Granit Xhaka gagal menyempurnakan sepakan.
Skuad Helang Putih terlebih dahulu di depan menerusi Jakub Blaszczykowski yang mudah melorong bola masuk ke gawang selepas bebas tanpa kawalan pertahanan Switzerland.
Jaringan cantik sepakan gunting Xherdan Shaqiri dari jarak 18 ela enam minit sebelum tamat perlawanan menyentak kegembiraan Poland, memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan yang turut gagal menghasilkan sebarang gol oleh kedua-dua pasukan.
Kegagalan Xhaka dimanfaatkan Grzegorz Krychowiak untuk merembat kencang bola menewaskan penjaga gol Yann Sommer untuk mengakhiri perlawanan di Saint-Etienne itu dengan keputusan 5-4.
Sementara itu pertarungan sengit di Lens pula menyaksikan Portugal terpaksa berhempas pulas hingga ke penghujung masa tambahan untuk menewaskan Croatia dengan satu gol menerusi jaringan Ricardo Quaresma.
Masuk menggantikan Joao Mario pada minit ke-87, Quaresma menanduk masuk bola selepas penjaga gol Daniel Subasic menepis tendangan Cristiano Ronaldo pada minit ke-117 perlawanan.
Nasib tidak menyebelahi Croatia walaupun menguasai permainan dengan 17 percubaan dilancarkan, berbanding Portugal hanya lima.
Beberapa percubaan juga gagal menjelmakan gol, antaranya daripada Marcelo Brozovic dan tandukan Ivan Perisic yang sekadar mengenai palang.
Domagoj Vida hampir menyamakan kembali kedudukan pada saat-saat akhir, namun percubaannya hanya beberapa inci dari sudut kanan palang gol Portugal.
Kemenangan tersebut bermakna skuad Selecao akan bertemu Poland, sementara Wales bakal menerima tentangan Hungary atau Belgium.
Israr Khalid, Anthea Yap
Sun Jun 26 2016
Penyerang Wales Gareth Bale meraikan kemenangan tipis 1-0 Wales keatas Ireland Utara. - AFP PHOTO / Thomas SAMSON
Pilkada 2024: Pertembungan dua 'titan', Jokowi lawan Megawati
207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan di 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota dalam Pilkada serentak. Pertembungan kuasa politik besar Indonesia turut berlaku. Ulasan bersama Tan Sri Johan Jaafar.
Hezbollah akan kekal aktif selepas gencatan senjata
Hezbollah akan kekal aktif selepas perang dengan Israel berakhir, termasuk membantu penduduk Lubnan yang terjejas kembali ke kampung halaman mereka dan membangunkan semula kawasan yang musnah akibat serangan Israel.
A.S akan gesa juga gencatan senjata Hamas-Israel
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, menyifatkan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah sebagai "berita baik".
Pengunduran Tentera Israel secara berperingkat dalam tempoh 60 Hari – Pegawai AS
Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat mengesahkan pengunduran tentera Israel dari Lubnan tidak akan dilakukan serta-merta.
Parlimen: Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan hari ini
Langkah kerajaan menggalakkan pemain industri tempatan untuk mempertingkatkan usaha mengeluarkan kenderaan elektrik bagi memenuhi permintaan tempatan antara yang dibincangkan pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
[TERKINI] Israel - Hezbollah setuju gencatan senjata dikuatkuasa pada Rabu
Gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dijadualkan bermula jam 4 pagi waktu tempatan, pada Rabu.
Piala AFF Wanita: Malayan Tigress buka kempen dengan langkah kiri
Skuad kendalian Soleen Al-Zoubi itu akan meneruskan cabaran menentang Kemboja pada Jumaat ini di Padang Simpanan KM16, Vientiane.
[TERKINI] Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Mangsa banjir di empat negeri meningkat kepada 1,332 daripada 387 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Rabu.
Hezbollah akan kekal aktif berjuang selepas gencatan senjata
Seorang pegawai kanan Hezbollah mengesahkan peranan kumpulan itu akan kekal meneruskan perjuangannya.
Gencatan senjata di Lubnan: Tentera Israel berundur secara berperingkat dalam 60 hari
Amerika juga akan bekerjasama dengan tentera Lubnan untuk memastikan sebarang kemungkinan pelanggaran perjanjian dapat dicegah.
Euro 2020: Cristiano Ronaldo idola semua orang - Griezmann
Tanpa mengira apa jua keputusan pertembungan mereka kelak, Griezmann memuji Ronaldo dan Messi yang disifatkannya sebagai inspirasi.
Michel Platini dibebaskan
Bekas Presiden UEFA, Michel Platini dibebaskan selepas selesai siasatan berhubung penganugerahan hak penganjuran Piala Dunia dan juga Euro 2016.
Final Piala Dunia: Lloris mahu elak kekecewaan Euro 2016
Hugo Lloris berharap Perancis tidak akan mengulangi kegagalan Euro 2016 ketika berdepan Croatia dalam final Piala Dunia, malam ini.
England, Belgium buru sagu hati
Thomas Meunier berkata menewaskan England untuk perebutan tempat ketiga malam esok kini menjadi keperluan minimum untuk Belgium dalam Piala Dunia 2018.
Ibrahimovic tidak campur tangan, kata Andersson
Jurulatih Sweden, Janne Andersson, menegaskan Zlatan Ibrahimovic tidak mempengaruhi persediaan pasukan berkenaan menjelang aksi pembukaan dengan Korea Selatan, malam esok.
Bola sepak persahabatan: Brazil tebus maruah kalahkan Jerman
Gabriel Jesus muncul wira Brazil dengan gol kemenangan untuk menebus kekalahan memalukan pada 2014.
Ibrahimovic mungkin beraksi di Rusia?
Ibrahimovic mengumumkan persaraan daripada skuad kebangsaan selepas Euro 2016, selepas dia gagal untuk menjaringkan gol dalam ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan sekaligus tersingkir awal.
Cristiano Ronaldo diangkat sebagai Raja Media Sosial
Selain hebat di padang dan membawa kejayaan untuk pasukan, Ronaldo juga menjadi pujaan jutaan peminat sedunia di media sosial.
Awas dendam Sepanyol - Bonucci
Anak buah Vicente del Bosque bertandang ke Perancis dengan harapan untuk melakar kejuaraan ketiga, namun disingkirkan Itali yang ketika itu dikendalikan Antonio Conte dalam pusingan 16 terakhir.
Griezmann tidak berhak raih anugerah Euro 2016 - Leboeuf
Bekas pemain antarabangsa Perancis, Frank Leboeuf, berasakan penyerang berusia 25 tahun itu tidak cukup konsisten untuk layak meraih anugerah berkenaan.