Aura Hari Merdeka seakan-akan merasuk pelumba muda itu yang bermula baik dengan mengekalkan jarak di antara kedudukan lima terbaik sepanjang awal perlumbaan.
Menuju pusingan terakhir, Qabil Irfan tidak menunggu lama untuk menggunakan sepenuhnya kuasa jentera Ohvale dengan memecut dari kedudukan kelima sebelum menamatkan saingan selaku naib juara.
"Saya cuba mengejar kelompok hadapan yang jauh mendahului dan mula merapati kedudukan selepas lima pusingan dan akhirnya menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua," katanya.