PENOLONG pengadil, Constantine Hatzidakis, akan kembali menjalankan tugasnya dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di antara Manchester United dan Aston Villa hujung minggu ini selepas digantung satu perlawanan berikutan perkelahiannya dengan pertahanan Liverpool, Andy Robertson.
Rakaman televisyen menunjukkan bahawa penjaga garisan itu kelihatan menyiku pemain kebangsaan Scotland berkenaan sewaktu separuh masa ketika Liverpool terikat 2-2 dengan Arsenal di Anfield pada 9 April lalu tetapi Persatuan Bolasepak England (FA) kemudian mendapati tiada sebarang salah laku yang dilakukannya.
Hujung minggu lalu, Hatzidakis terlibat dengan perlawanan Liga Kejuaraan di antara Preston dan Blackburn sebelum bertindak sebagai pegawai video bantuan pengadil (VAR) sewaktu Leeds United menentang Leicester City di Elland Road awal pagi tadi.
Dia kini akan bertindak sebagai pembantu kepada pengadil, Jarred Giller, bagi perlawanan United menentang Villa di Old Traffrod hujung minggu ini berdasarkan pengumuman yang dikeluarkan EPL semalam.
Hatzidakis dilaporkan sudah menghubungi dan memohon maaf kepada Robertson menerusi satu panggilan video dan pemain itu menerima penjelasannya, sekali gus menyaksikan tiada sebarang tindakan lanjut diambil FA berhubung insiden itu. - Stadium Astro
Astro Arena
Wed Apr 26 2023
Hatzidakis dilaporkan sudah menghubungi dan memohon maaf kepada Robertson menerusi satu panggilan video. - Gambar/ Stadium Astro
ACL2: Faisal Halim gembira raih minit perlawanan paling lama sejak serangan asid
Faisal Halim berbesar hati selepas membuat debut ketika membantu Gergasi Merah meraih kemenangan pertama dalam kempen ACL2 2024/25, semalam.
Kematian Orang Asli dalam tahanan: Polis teruskan siasatan pelbagai sudut
Polis akan meneruskan siasatan kematian seorang lelaki Orang Asli berusia 25 tahun ketika dalam tahanan pada 4 Mei lalu.
Teka-teki terjawab, Nabila Razali hamil anak sulung
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali umum sedang hamil anak sulung dan dijangka bersalin pada Januari tahun depan.
Atlet menembak sensasi Korea Selatan ditawar jadi 'pembunuh upahan'
Atlet menembak Korea Selatan Kim Ye-ji ditawar menjadi 'pembunuh upahan' selepas penampilan uniknya mendapat perhatian seluruh dunia.
MQSS medan lahirkan generasi celik al-Quran - KPM
Kemahiran yang ditonjolkan dalam MQSS bukan bersifat pertandingan atau persaingan mencari seorang juara.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini susut daripada kenaikan semalam berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi.
Liga Europa: Tottenham kekal rentak kemenangan
Tiga mata skuad bimbingan Ange Postecoglou dijana Pape Sarr dan Brennan Johnson pada setiap babak menundukkan anak buah Pascal Jansen.
Mangsa banjir di PPS Perak bertambah, beberapa tempat di Selangor, Kedah dinaiki air
Di Selangor, 1,968 individu daripada 480 keluarga terjejas akibat banjir dipindahkan ke enam PPS yang dibuka pagi ini.
AS sahkan kes baharu selesema burung H5 melibatkan manusia di California
Tiada kaitan ditemukan antara kedua-dua kes setakat ini, menandakan ia kejadian berasingan penularan virus dari haiwan kepada manusia.
Pegawai bank mengaku tidak bersalah dua tuduhan gangguan seksual
Rosman Jamaluddin, 52 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S Punitha.
EPL: Penolong pengadil siku Andy Robertson akan kembali beraksi
Hatzidakis dilaporkan sudah menghubungi dan memohon maaf kepada Robertson menerusi satu panggilan video.
Liverpool masih belum tewas di Liga Perdana Inggeris
Manchester United gagal mencari kemenangan di halaman sendiri apabila Adam Lallana menjaringkan gol penyamaan untuk Liverpool.
Salah paksa Lloris buat silap untuk Liverpool kalahkan Spurs
Liverpool terus memberi tekanan kepada juara bertahan, Manchester City hasil kemenangan ke atas Tottenham di Anfield.
The Reds tidak lagi kebal
Leroy Sane muncul wira pasukan Manchester City dengan menjaringkan gol kemenangan pasukannya.