JULIAN Nagelsmann dilaporkan tampil menjelaskan bahawa dia bukan lagi seorang calon untuk menjadi pengurus baru Chelsea.
Nagelsmann dipecat secara mengejut oleh Bayern Munich bulan lalu dengan Tomas Tuchel dipilih untuk menggantikan tempatnya bersama pasukan gergasi Bavaria itu, yang sedang berusaha menyekat Borussia Dortmund daripada memintas mereka dalam perebutan gelaran Bundesliga musim ini.
Dengan mendapat tumpuan besar berdasarkan kejayaannya sewaktu membimbing Hoffenheim dan RB Leipzig sebelum memacu Bayern menjuarai Bundesliga musim lalu, dia dilihat menjadi antara calon untuk menggantikan Graham Potter di Stamford Bridge.
Nagelsmann sebelum ini dilaporkan sudah berbincang dengan Chelsea untuk mengisi kekosongan berkenaan selepas tamat kempen musim ini tetapi laporan yang tersebar luas sejak Jumaat mendakwa bahawa dia sudah terkeluar daripada perebutan kerusi panas itu.
Ditanya mengenai laporan itu oleh Sky Sports di Jerman, Nagelsmann berkata: "Untuk membatalkan sesuatu, anda perlu komited kepada sesuatu."
Chelsea kini menduduki tangga ke-11 Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas gagal memenangi kesemua lima perlawanan terakhir dalam kejohanan itu dengan kali terakhir mereka mencatatkan kemenangan adalah ketika menewaskan Leicester City sewaktu masih lagi di bawah kendalian Potter pada 11 Mac lalu.
Sejak melantik Frank Lampard selaku pengurus sementara sehingga penghujung musim ini, Chelsea tewas empat perlawanan berturut-turut dalam kesemua kejohanan, termasuk sewaktu tersingkir daripada Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di tangan Real Madrid awal pagi Rabu lalu.
Astro Arena
Sat Apr 22 2023

Nagelsmann sebelum ini dilaporkan sudah berbincang dengan Chelsea untuk mengisi kekosongan jawatan pengurus selepas tamat kempen musim ini. - Foto Astro ARENA
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

EURO 2024: Mengapa jersi Jerman bukan hitam, merah atau kuning?
Bendera Jerman terdiri daripada warna merah, kuning dan hitam - jadi mengapa jersi utama mereka berwarna putih dalam bola sepak antarabangsa?

Euro 2024: Neuer kekal dalam perancangan utama Jerman
Pengurus Jerman, Julian Nagelsmann, menegaskan Manuel Neuer kekal sebagai penjaga gol pilihan utamanya untuk Euro 2024.

EPL: Nagelsmann tiada dalam senarai calon pengurus baru Chelsea
Dengan kejayaannya membimbing Hoffenheim dan RB Leipzig serta Bayern, Nagelsmann dilihat antara calon menggantikan Graham Potter.

Mane masih sesuaikan diri cara Bayern Munich
Nagelsmann berkata, bekas penyerang sensasi Liverpool tersebut juga harus lebih yakin pada diri sendiri.

Saya tolak lamaran Real Madrid, dakwa Nagelsmann
Julian Nagelsmann mendedahkan dia menolak peluang untuk menggantikan Zinedine Zidane di Real Madrid.