BEKAS penyerang England dan Manchester City, Francis Lee meninggal dunia pada usia 79 tahun malam tadi, demikian diumumkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan.

Lee, yang turut pernah menjadi pengerusi City pada era 1990-an, menjaringkan 148 gol daripada 330 penampilannya bersama kelab itu dari 1967 hingga 1974.

City berkata dalam satu kenyataan: "Dengan penuh dukacita dan berat hati, kami mengumumkan mengenai pemergian bekas pemain dan pengerusi Manchester City, Francis Lee.

"Semua di Manchester City menyampaikan salam takziah kami buat sahabat dan keluarga Francis dalam menghadapi waktu yang amat sukar ini." - Stadium Astro