MATEO Kovacic berasa selesa di Chelsea walaupun terdapat desas-desus yang mengaitkan pemain kebangsaan Croatia itu untuk menyertai Manchester City atau Bayern Munich menjelang penghujung musim ini.
Kovacic sedang menuju ke tempoh 12 bulan terakhir kontraknya bersama Chelsea dan kegagalannya untuk memeterai kesepakatan baru menyaksikan dia mungkin akan meninggalkan pasukan itu.
City kelihatan berminat untuk mendapatkan khidmatnya bagi memperkuatkan jentera tengah mereka menjelang jendela perpindahan akan datang dengan ketua pasukan, Ilkay Gundogan, dilaporkan sedang mempertimbangkan tawaran daripada Barcelona.
Kovacic juga dikaitkan untuk menyertai bekas pengurus Chelsea, Thomas Tuchel, yang sedang bergelut di Bayern sejak menggantikan Julian Nagelsmann bulan lalu.
Pemain berusia 28 tahun itu merupakan tonggak utama di bawah tiga pengendali berbeza di Stamford Bridge musim ini dan kekal mempamerkan aksi terbaiknya bersama kelab London berkenaan.
Bercakap kepada saluran media kelab itu, Kovacic berkata: "Saya sudah berada di sini selama lima tahun, masa berlalu dan saya berada di Chelsea dalam tempoh terpanjang berbanding kesemua kelab lain.
"Saya benar-benar rasakan ini rumah saya. Tiada apa untuk tidak digemari di London. Keluarga saya gembira dengannya, di mana ia memudahkan saya.
"Makanan juga baik, mungkin bukan Itali atau Sepanyol tetapi London amat luar biasa.
"Saya hanya boleh katakan perkara yang baik mengenai London dan England. Kami berasa amat-amat selesa di sini." - Stadium Astro
Astro Arena
Tue Apr 25 2023

Kovacic (tengah) juga dikaitkan untuk menyertai bekas pengurus Chelsea, Thomas Tuchel, yang sedang bergelut di Bayern sejak menggantikan Julian Nagelsmann bulan lalu. - Foto AP
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

EPL: Kovacic lengkapkan perpindahan dari Chelsea ke Manchester City
Kovacic menyertai pasukan bimbingan Pep Guardiola itu selepas lima tahun bersama Chelsea.

EPL: Kovacic selesa di Chelsea walau dikaitkan ke Manchester City, Bayern Munich
Kovacic sedang menuju ke tempoh 12 bulan terakhir kontraknya bersama Chelsea.

Lampard gusar kecederaan Barkley
Barkley terpaksa dikeluarkan apabila terhincut-hincut selepas 43 minit permainan dalam kemenangan 1-0 ke atas Newcastle United dalam EPL itu sebelum digantikan oleh Mateo Kovacic.

Real Madrid sahkan kehadiran Courtois
Real Madrid telah bersetuju dengan terma untuk mendapatkan penjaga gol, Thibaut Courtois, melalui kontrak selama enam tahun.