ARSENAL muncul pasukan pertama yang berjaya menghentikan Manchester City daripada menjaringkan gol dalam 58 perlawanan berturut-turut di Stadium Etihad selepas kedua-duanya terikat tanpa jaringan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad.
Bukan itu sahaja, ini adalah kali pertama Arsenal berjaya mencatat aksi tanpa bolos atau cleen sheet di kubu keramat City sejak 2015.
Sebagai rekod, Arsenal mencatatkan jumlah bolos tertinggi di Etihad pada Ogos 2021 yang menyaksikan kelab dari utara London itu dibelasah 5-0.
Apa pun, keputusan seri di Etihad memberi peluang kepada Liverpool memintas Arsenal sebagai pendahulu EPL selepas The Reds bangkit menewaskan Brighton 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung lebih awal di Anfield.
Mengulas aksi di Etihad, pengendali Arsenal, Mikel Arteta tanpa berselindung tidak berpuas hati dengan satu mata yang diraih.
"Satu mata tidak akan memberikan anda kegembiraan dan kepuasan. Dengar sini, saya fikir kami telah melaksanakan tugas dengan baik.
"Tidak banyak kelab yang mampu melakukan apa yang kami lakukan di sini (Etihad) hari ini.
"Terutamanya apabila anda sentiasa ditekan dari segenap penjuru. Cara kami bertindak balas, menunjukkan kami bermain dengan ketenangan," ujar Arteta yang dalam misi membawa Arsenal menjuarai EPL buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun.
Keputusan seri di Etihad menyaksikan Arsenal tergelincir ke tangga kedua dengan 65 mata tatkala aksi EPL berbaki sembilan perlawanan.
Sementara itu City kekal di tangga ketiga dengan 64 mata, manakala kemenangan Liverpool ke atas Brighton membolehkan The Reds merampas status pendahulu dengan kelebihan dua mata. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Apr 01 2024
Erling Haaland (dua, kanan) berebut bola dengan William Saliba (dua, kiri) ketika perlawanan EPL antara Manchester City dan Arsenal di Stadium Etihad, Manchester, England, 31 Mac 2024. (Foto AP)
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Manchester City seri dua kali berturut-turut
Perlawanan menyaksikan Erling Haaland gagal menjaringkan gol buat kali pertama untuk The Citizens musim ini.
Perlawanan EPL Man City, Arsenal meriah dengan Astro BIZone Watch Party
Kemeriahan suasana perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Manchester City dan Arsenal lebih dirasai dengan Astro BIZone Watch Party yang diadakan di Uncle Don's USJ Taipan, malam tadi.
Stones pacu kebangkitan City ikat Arsenal di Etihad
Guardiola melakukan lima pertukaran terhadap kesebelasan utama yang bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Brentford, pada 14 Sept lalu.
Pendengaran dakwaan pelanggaran peraturan kewangan terhadap Man City bermula
Juara bertahan itu berdepan 115 pertuduhan melanggar peraturan pertandingan yang bermula sejak musim 2009-2010.
EPL: Haaland pastikan City lakar kebangkitan sebelum menang
Kemenangan itu memastikan City kekal di puncak dengan 12 mata, mendahului tiga mata ke atas Liverpool.
Haaland bakal dapat lanjutan kontrak, gaji RM4 juta seminggu
Erling Haaland dilaporkan hampir untuk menandatangani lanjutan kontrak yang lumayan bersama Manchester City.
EPL: Aksi luar biasa Haaland buat Guardiola tergamam
Guardiola hilang kata-kata untuk menggambarkan Erling Haaland selepas hatrik kelapan Liga Perdana Inggeris yang membolehkan Manchester City.
EPL: Erling Haaland semakin buas
Pep Guardiola memuji Erling Haaland kerana memberi tekanan kepada pertahanan lawan bagaikan haiwan buas.
EPL: Pep Guardiola puji semangat pemain Man City bangkit benam Ipswich
Pengendali Manchester City, Pep Guardiola, memuji semangat anak buahnya selepas bangkit mengatasi pasukan Ipswich Town dalam aksi Liga Perdana Inggeris.
EPL: Haaland bakal setaraf Messi, Ronaldo - Pep Guardiola
Pep Guardiola berpendapat, Erling Haaland semakin memberikan impak tinggi setaraf pemain terbaik dunia, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.