ARSENAL 3 SOUTHAMPTON 3
Arsenal bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat Southampton 3-3 tetapi pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu keciciran mata buat kali ketiga berturut-turut awal pagi tadi.
Selepas mensia-siakan kelebihan dua gol sebelum terikat 2-2 dalam dua perlawanan terakhir, Arsenal kali ini ketinggalan 0-2 seawal 14 minit pertama menentang Southampton di Stadium Emirates.
Carlos Alcaraz memanfaatkan kesilapan Aaron Ramsdale untuk meletakkan pelawat di depan seawal 27 saat pertama sebelum bekas pemain The Gunners, Theo Walcott, menggandakan kelebihan itu pada minit ke-14.
Gabriel Martinelli, bagaimanapun, mengecilkan jurang jaringan itu pada minit ke-20, sekali gus menyaksikan Arsenal menamatkan separuh masa pertama dengan ketinggalan 1-2.
Duje Caleta-Car menambah derita Arsenal dengan jaringannya pada minit ke-66 tetapi gol lewat permainan daripada Martin Odegaard dan Bukayo Saka, masing-masing pada minit ke-88 dan 90, menyaksikan Arsenal kini berkelebihan lima mata di atas pencabar terdekat, Manchester City - yang berkelebihan dua perlawanan dalam tangan - menjelang pertemuan kedua-dua pasukan itu, awal pagi Khamis ini. - Stadium Astro
Astro Arena
Fri Apr 21 2023
Pemain Arsenal Eddie Nketiah (kiri) cuba menanduk bola ketika perlawanan EPL menentang Southampton di Stadium Emirates. - Foto AP
Bumitra, TH anjur Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan pada 3-5 Jan 2025
Karnival bakal berlangsung di Movenpick Hotel Convention Centre KLIA di Sepang, Selangor, dengan menyasarkan kehadiran 20,000 pengunjung.
Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.
Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan
Hanif berkata pengoperasian pusat penyelarasan itu tertangguh kerana menunggu pemeteraian perjanjian oleh Thailand, Vietnam dan Filipina.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Kolonel Nadav Shoshani menyebut, terdapat begitu banyak senjata tersebut yang berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Rundingan bebaskan tebusan capai kemajuan - Netanyahu
Netanyahu mendakwa tekanan ketenteraan kini menyebabkan kumpulan Hamas semakin berlembut dalam hal tuntutan mereka.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Lelaki ditahan, 2 OKU mangsa pemerdagangan diselamatkan
Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun ditahan polis dalam operasi khas berkaitan kes pemerdagangan orang di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
EPL: Di mana sahaja saya tamatkan karier, saya akan gembira - Mohamed Salah
Dua gol dan dua bantuan gol oleh Salah memastikan Liverpool terus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pendahulu EPL.
Liverpool langgar habis Tottenham di London
Gol Liverpool dijelmakan Luis Diaz (m-23, m-85), Mohamed Salah (m-45, m-61), Alexis Mac Allister (m-36), dan Dominik Szoboszlai (m-46).
Manchester United diaibkan Bournemouth di Old Trafford
Amorim mempertaruhkan bintang Belanda Joshua Zirkzee di bahagian depan dibantu Bruno Fernandes dan Amad Diallo di bahagian tengah.
Arteta dalam dilema selepas belasah Crystal Palace
Pemain sayap England itu dipaksa keluar pada minit ke-24 dan kemudiannya meninggalkan Stadium Selhurst Park dengan bertongkat.
Aston Villa tambah derita Manchester City
Rogers sekali lagi menjadi duri dalam daging buat angkatan Guardiola apabila meledak jaringan kedua minit ke-65.
Harry Maguire positif rundingan kontrak baru di Manchester United
Pemain pertahanan itu memasuki tahun terakhir kontrak sedia adanya bersama The Red Devils.
EPL: Southampton pecat pengurus Martin selepas kekalahan teruk di tangan Tottenham
Southampton memecat pengurus Russell Martin selepas kekalahan memalukan 5-0 di laman sendiri kepada Tottenham pada Ahad.
Arsenal bawa keluar satu mata dari Fulham
Keputusan itu menyaksikan Arsenal mengumpul 29 mata selepas mengharungi 15 perlawanan lima mata di belakang Liverpool.
Prestasi Manchester City kembali 'yoyo'
Haaland mengetuai kebangkitan City apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-30 untuk mengikat separuh masa pertama dengan keputusan 1-1.
Manchester United diaibkan Nottingham Forest di Old Trafford
The Red Devils tunduk mengalah buat kali pertama di laman sendiri di bawah bimbingan Amorim selepas mengharungi lima perlawanan.