TOTTENHAM 1 ARSENAL 1

Unai Emery enggan mengkritik pengadil perlawanan selepas sepakan penalti yang diberikan kepada Harry Kane menyelamatkan Tottenham untuk seri 1-1 dengan Arsenal semalam.

The Gunners mendahului permainan di Wembley menerusi jaringan pembukaan Aaron Ramsey dalam separuh masa pertama dan ketika perlawanan berbaki 16 minit, Spurs diberikan sepakan penalti selepas Shkodran Mustafi menjatuhkan Kane.

Ulang tayang menunjukkan Kane sudah berada dalam kedudukan ofsaid sebelum kekasaran yang dilakukan Mustafi, tetapi Emery enggan menuding jari kepada pengadil, Anthony Taylor, dan pasukannya, pengendali kelahiran Sepanyol itu berlembut hati apabila Arsenal turut diberikan sepakan penalti pada penghujung permainan.

"Ia bukanlah keputusan yang baik kerana kami mampu memenangi perlawanan ini. Tetapi saya berasakan ia mampu menjadikan kami lebih kuat untuk aksi berikutnya," kata Emery.

"Sebulan yang lalu, saya telah memberikan pandangan saya. VAR [sistem video bantuan pengadil] akan hadir untuk pegawai perlawanan. Ia amat sukar buat mereka.

"Anda boleh menilai ketika menonton televisyen dan ia mudah sekali. Tetapi tidak buat pengadil yang perlu melihat VAR, ia agak berbeza.

"Bagi saya, pengadil perlawanan ini sangat adil dan saya sangat suka dengan keputusan yang dilakukannya."

Keputusan untuk mengekalkan Spurs yang berkelebihan empat mata ke atas Arsenal dalam persaingan slot ke Liga Juara-Juara (UCL).