ELON Musk menarik semula tuntunan saman beliau ke atas OpenAI, Sam Altman dan Gregory Brockman yang difailkan pada Mac lalu.

Tiada sebab diberikan mengapa saman ditarik dan pihak Elon Musk belum mengemukakan sebarang kenyataan rasmi mengenainya.


Sam Altman


Ketika saman difailkan, Musk mendakwa kedua-dua pengasas OpenAI melanggar matlamat asal syarikat ditubuhkan iaitu menjadi syarikat kecerdasan am buatan (AGI) yang tidak mencari keuntungan dan adalah untuk kebaikan manusia.

OpenAI dilihat kini membantu Microsoft mengaut keuntungan demi syarikat dan bukannya untuk kebaikan manusia sejagat.

Di peringkat awal penubuhan, Musk ialah pelabur terbesar ke dalam OpenAI sebelum meletak jawatan pada tahun 2018 kerana pertelagahan dengan Altman.

Sejak dari awal saman difailkan, pakar perundangan mengatakan sukar untuk Musk memenangi kes kerana klausa “untuk kebaikan manusia” tidak pernah tertera dalam dokumen rasmi. -Amanz