ED Woodward akan meninggalkan peranannya sebagai naib pengerusi eksekutif Manchester United seperti yang dilaporkan Stats Perform News.
Perkhabaran itu tiba selepas spekulasi bahawa perancangan untuk menganjurkan Liga Super Eropah akan menemui kegagalan.
Woodward dilaporkan sebagai salah satu faktor pendorong kepada pasukan yang terlibat untuk merancang menubuhkan liga berkenaan pada Ahad lalu
Cadangan itu ternyata tidak digemari ramai dan mendapat kritikan daripada penyokong, pakar bola sepak dan pemain -- termasuk pemain United seperti Marcus Rashford dan Luke Shaw -- pengurus dan ahli politik, di mana Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) turut menjanjikan hukuman berat buat kelab-kelab yang terlibat.
Turut dimaklumkan bahawa Woodward, 49, akan meninggalkan kelab itu pada penghujung 2021 dan akan meneruskan peranannya sehingga tarikh itu.
Pemergian Woodward itu dikatakan dilakukan secara baik dan tiada kena-mengena dengan Liga Super Eropah.
Watak yang sering menjadi buah mulut penyokong United, Woodward, bertindak sebagai ketua eksekutif kelab itu dan menjadi penasihat kepada keluarga Glazer ketika mereka mengambil alih Old Trafford pada 2005.
Dua tahun kemudian, Woodward mengambil alih peranan komersial di kelab itu sebelum dilantik sebagai naib presiden eksekutif pada 2012 selepas David Gills mengumumkan persaraan.
Walaupun dia dapat memastikan perpindahan besar seperti Paul Pogba dan Bruno Fernandes, keberadaan Woodward di United sering mendapat kritikan peminat.
Astro Arena
Wed Apr 21 2021

Pemergian Woodward dikatakan dilakukan secara baik dan tiada kena-mengena dengan Liga Super Eropah. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Proteslah secara aman - Solskjaer
Demonstrasi peminat yang tidak berpuas hati dijangka akan berlaku sebelum pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan Liverpool di Old Trafford, malam esok.

Ed Woodward akan tinggalkan Manchester United
Perkhabaran itu tiba selepas spekulasi bahawa perancangan untuk menganjurkan Liga Super Eropah akan menemui kegagalan.

#GlazerOut: Kempen halau pemilik Manchester United diperhebatkan
Kempen #GlazerOut dimulakan semula oleh penyokong Manchester United yang mahu pemiliknya melepaskan penguasaan terhadap kelab itu.

Manchester United akan ke Singapura, Julai ini
Manchester United akan menentang Inter Milan di Singapura pada 20 Julai sebelum ke China bagi menjalani persiapan musim baharu.

Bila Manchester United akan pecat Jose Mourinho?
Jose Mourinho dan Paul Pogba tidak akan kekal di Manchester United. - Stan Collymore.

Mourinho akan bersama United sehingga 2021, dengan syarat...
Pengendali dari Portugal mahu lebih berperanan dan berpengaruh dalam sebarang keputusan pengurusan kelab sekiranya mereka mahu dia kekal bersama The Red Devils.

Kelab China tawar RM602 juta untuk Wayne Rooney
Manchester United sedang mempertimbangkan untuk menjual kapten pasukan Wayne Rooney pada penghujung musim selepas menerima bidaan lumayan dari sebuah pasukan Liga Super China.