Jeffery berkata, kebanyakan pemain profesional di Malaysia masih lagi muda dan mereka perlukan mentor yang berpengalaman serta berkarisma untuk memimpin mereka.
"Pemain-pemain e-sukan di Malaysia ini berada dalam lingkungan usia antara 16 sehingga 23 tahun.
"Jika dalam dunia korporat, eksekutif dan pengurus memerlukan mentor, maka saya tidak nampak kenapa pemain profesional ini tidak memerlukan perkhidmatan jurulatih.
"Jurulatih yang berkarisma mampu membentuk falsafah dan jati diri pemain serta menjadikan mereka ahli pasukan yang baik," katanya kepada Astro AWANI baru-baru ini.
Jelas Jeffery, dia juga mengharapkan supaya kerajaan mewujudkan geran untuk diberikan kepada organisasi-organisasi e-sukan tempatan untuk membina infrastruktur dan keperluan-keperluan pemain yang lebih baik.
BACA: 'Pro gamer' mahu badan disiplin ditubuhkan, jamin kebajikan atlet
"Saya mengharapkan pasukan profesional di negara ini dijaga dengan baik. Sama seperti sukan bola sepak, duit diperuntukkan untuk memastikan fasiliti disediakan dan menggaji jurulatih, pengamal sains sukan dan penganalisis.
"Pemain memang mempunyai abiliti dan skil tersendiri namun mereka harus mempunyai kefahaman falsafah, formasi strategi dan corak permainan yang sama jika berada dalam satu pasukan.
"Memang kehadiran jurulatih mungkin tidak akan memberi impak secara menyeluruh secara tiba-tiba namun dengan seseorang perlu memastikan kekentalan pemain berada di tahap bersedia," tambahnya.
FIFA Online 3: Fire Dragoon muncul sebagai juara Fantasy CUP 2018
Jeffery sebelum ini juga pernah menjadi pengarah besar Fire Dragoon sebelum ia dijenamakan semula sebagai FrostFire.
Ditubuhkan pada 2015, organisasi tersebut bermula dengan dua pasukan e-sukan iaitu Defense of the Ancients 2 (DotA 2) and League of Legends (LoL).
Kini organisasi tersebut telah berkembang dan menguruskan beberapa pasukan e-sukan termasuk Counter-Strike: Global Offensive (CS:GO), FIFA, Arena of Valor and Overwatch dengan pencapaian yang membanggakan di peringkat kebangsaan dan di luar negara.