KUALA LUMPUR: Industri sukan elektronik (e-sukan) negara menerima khabar baik apabila Timbalan Perdana Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kerajaan akan meneruskan sokongan kepada peserta dan penggiat sukan tersebut.
Ahmad Zahid, yang menghadiri Grand Final Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Malaysia Musim 13 di Serdang dekat sini pada Ahad berkata beliau akan mendapatkan pengiktirafan kepada industri e-sukan di peringkat Kabinet.
"Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS) saya akan membawa pengiktirafan sukan ini di peringkat Kabinet," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh penganjur MPL Malaysia, MOONTON Games.
Pada perlawanan akhir, Selangor Red Giants mengatasi juara bertahan Homebois, 4-2 dan mengesahkan penampilan sulung mereka di Piala Pertengahan Musim MLBB (MSC) 2024.
Keputusan itu menyaksikan Homebois bersaing dengan tujuh pasukan di peringkat wild card MSC 2024 bagi memburu satu slot di pertandingan utama.
Justeru, Ahmad Zahid menghantar mesej semangat kepada Selangor Red Giants dan Homebois sebelum mereka mewakili negara dalam MSC 2024.
"Ukirkan nama Malaysia yang cemerlang di persada antarabangsa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 02 2024

Ahmad Zahid menghantar mesej semangat kepada Selangor Red Giants dan Homebois sebelum mereka mewakili negara dalam MSC 2024. - Gambar MOONTON Games.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Mobile Legend Bang Bang diperkenal di Sukan Asia 2026
Sukan Asia bakal berlangsung di Nachi-Nagoya, Jepun dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.

Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.

Malaysia berhasrat jadi tuan rumah bagi lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid juga menggalakkan pasukan Malaysia untuk bangkit dengan lebih kuat dan bersaing sekali lagi pada kejohanan terbabit tahun hadapan.

ESI rancang jadikan Malaysia hab kejohanan e-sukan dunia
Ia antara usaha berdasarkan rangka tindakan e-sukan negara bagi menjadikan Malaysia mempunyai fasiliti terbaik sukan itu.

MLBB sah dipertandingkan di Sukan SEA 2025 Thailand
Permainan sukan elektronik (e-sukan) Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) telah disahkan sebagai acara pingat di Sukan SEA 2025 di Thailand.

SRG pertahan kejuaraan MPL musim ke-14
Selangor Red Giants pertahan gelaran juara Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang (MLBB) (MPL) Malaysia Musim ke-14 selepas menewaskan Vamos 4-2.

Suntikan RM20 juta dalam belanjawan beri semangat baharu perkasa e-sukan
Peruntukan RM20 juta menerusi Belanjawan 2025 dijangka dapat memperkasakan lagi pembangunan e-sukan secara menyeluruh termasuk menjayakan pembinaan sebuah stadium khusus untuk sukan itu.

Sedia infrastruktur sesuai sokong industri e-sukan - Ahmad Zahid
Latihan dan bimbingan tidak seharusnya tertumpu kepada usaha melahirkan seorang atlet e-sukan semata-mata, tetapi juga sebagai pencipta kandungan digital atau pembangun perisian.

Kerajaan nantikan lebih banyak pasukan e-sukan raih pengiktirafan dunia
Kerajaan MADANI menyokong penuh pembangunan industri e-sukan yang terus berkembang pesat dan menantikan kemunculan lebih banyak pasukan e-sukan yang mampu bersaing hebat serta meraih pengiktirafan.

'Honor of Kings' bawakan pek bahasa Melayu bersama dialek negeri, 'skin' karakter silat
Wira-wira bertutur dalam dialek negeri seperti Kelantan, Negeri Sembilan, Sabah, Pulau Pinang, Pahang, dan Sarawak.