Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic mengesahkan beliau akan terus membimbing skuad 'Bos Gaurus' untuk Liga Malaysia 2019.
Jurulatih berasal dari Australia berumur 53 tahun itu menyatakan bahawa Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menyatakan hasrat untuk mengambil bekas jurulatih itu bagi membimbing pasukan Liga Super Selangor untuk musim akan datang.
"Saya ingin berterima kasih kepada Raja Muda Selangor dan saya berbual mesra bersama beliau selepas perlawanan akhir Piala Malaysia dan memang ya saya bersetuju untuk sertai Selangor, tetapi selepas menjelaskan semua situasi dengan keluarga saya.
"Beliau memberi restu untuk saya terus bersama Perak dan saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada beliau," Durakovic memberitahu pemberita selepas majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2018 di sini malam tadi.
Pada majlis itu, Durakovic dinamakan sebagai Jurulatih Terbaik.
"Saya telah bersama pasukan bola Selangor selama 25 tahun dan mereka seperti keluarga saya dan Insya-Allah, saya akan kembali kepada Selangor."
Nama Durakovic tidak asing kepada Selangor, apabila membawa tiga kali kemenangan Piala Malaysia sebagai pemain iaitu pada 1995,1996 dan 1997 dan sebagai jurulatih pada 2015.
Durakovic menyatakan bahawa Perak telah bersiapsiaga untuk menghadapi tugas berat pada pusingan kelayakan Liga Kejuaraan Asia 2019, tetapi yakin para pemain dapat memberikan yang terbaik pada kejohanan itu.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuat keputusan untuk memberi slot kelayakan ACL 2019 kepada Perak selepas Pahang gagal mengemukakan rayuan selepas dikenakan larangan selama dua tahun kerana membantah arahan FAM untuk mengambil bahagian dalam Piala AFC sebelum itu.
"Ia bukan tugas yang mudah bila memerlukan sebuah skuad yang besar dan berpengalaman luas, tetapi harap-harap kita boleh mendapat kewangan yang baik untuk mendapatkan pemain yang terbaik," kata Durakovic.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 06 2018
Mehmet Durakovic memenangi anugerah Jurulatih Terbaik pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2018 (ABK18) yang diadakan 5 Nov, 2018. --fotoBERNAMA
Jutaan rakyat Amerika tunai tanggungjawab
Jutaan rakyat Amerika Syarikat mula membuang undi mereka pada Selasa ketika pusat mengundi dibuka di seluruh negara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 5 November 2024.
10 Berita Pilihan - (5 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 6 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
ACLE: JDT benam juara Liga K1 Ulsan HD 3-0
JDT berjaya membenam juara Liga K1 Korea (Liga K1), Ulsan HD 3-0 pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024/25 Zon Timur di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.
Iran akan bertindak balas terhadap serangan Israel dengan 'cara terkawal dan diperhitungkan'
Iran pada Selasa berikrar akan bertindak balas terhadap serangan Israel pada Oktober dengan "cara yang terkawal dan diperhitungkan".
MINDEF sentiasa usaha tingkat kesejahteraan warga, anak-anak ATM
Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa berusaha meningkatkan kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Lelaki dicari bantu siasatan samun bersenjata kedai runcit
Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes samun sebuah kedai runcit dengan menggunakan parang di Jalan Pokok Machang, di sini semalam.
Mahkamah tolak rayuan lelaki tuntut RM29,000 gaji tertunggak daripada syarikat pembersihan
Seorang lelaki gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk menuntut RM29,000 gaji tertunggak daripada sebuah syarikat perkhidmatan pembersihan yang dimiliki warga Bangladesh.
Masa tepat TMJ pimpin FAM, Harimau Malaya - Safee Sali
Tunku Ismail disifatkan figura yang paling tepat dan berpengetahuan luas selain faham mengenai industri bola sepak negara.
Orang yang ada dalam industri bola sepak tak berfungsi - TMJ
Tunku Ismail menyifatkan mereka tidak mempunyai visi, komitmen, pengetahuan dan keinginan untuk memajukan bola sepak negara.
KAFA tumpu pembangunan anak tempatan kembalikan kegemilangan 'The Red Warriors'
KAFA memberi tumpuan kepada pembangunan akar umbi dalam kalangan anak tempatan bagi mengembalikan semula kegemilangannya.
Peminat Red Devils Malaysia gembira dengan pemecatan Ten Hag
Raf berkata, ia wajar susulan prestasi buruk kelab itu terperosok di tangga ke-14 dengan hanya tiga kemenangan selepas sembilan perlawanan.
Apa yang tidak kena dengan Harimau Muda?
Pekan melihat bagai ada lompong yang perlu ditambah baik kerana kesemua pemain yang dipilih adalah dalam kalangan yang terbaik.
Indonesia di hadapan Malaysia, dibezakan tiga anak tangga
Indonesia berada pada tempat ke-130 dunia, turun satu anak tangga, kerana merekodkan satu seri (Bahrain) dan satu kekalahan (China).
Pemangku Sultan Johor terima menghadap PM
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi di sebuah hotel di ibu kota.
Jaringan sendiri Shahktar untungkan Arsenal
The Gunners terlepas sepakan penalti pada separuh masa kedua dan mensia-siakan beberapa peluang yang baik.
ACLE 2024/2025: JDT tewas 1-3 kepada Gwangju
Keputusan itu menyaksikan Gwangju berada pada tangga teratas peringkat kumpulan dengan mengutip sembilan mata selepas tiga perlawanan.
Messi tidak tolak kemungkinan beraksi di Piala Dunia 2026
Messi menekankan bahawa dia lebih fokus untuk mengekalkan prestasi terbaiknya berbanding risau tentang pencapaian masa depan.